PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Siri Tangkap Hantu albanjari - Misi Tangkap PELESIT !

Oleh : albanjari
Sejak wak siarkan kisah ‘toyol’ tahun lalu, respon khalayak sangat bagus. Kalau nanti ada anak2 cucu wak tanya tentang ‘toyol’, tak ler wak gagap nak bercerita. Habis cerita toyol, cerita lain pulak yg timbul.

Apa tak nyer, wak ke pasar, ada orang tanya bab toyol, wak minum kat warung, ada org yg kenal wak, terus nak interview wak pasal toyol, tak cukup dgn tu, yg calling2 wak pun ada. Adeh..wak ni bukan broker tangkap ‘hantu’ beb !! Tapi yg sedey, ada pulak yg mahu wak jadi ‘consultant’ utk tangkap hantu. Hoi..kalau nak belagak jadi ‘konsultan’ tangkap hantu, baik tak payah..bukan buleh nak kaya..!! Silap2 kena sampuk, naik hantu dibuatnya..kecoh 1 kampung..pakat bersawang la blog.

Kalau nak tolong tu boleh la runding-runding. Minggu lepas, lepas pekena ‘cendol’ pulut, ada sahabat ber’hajat’. Cukup ler wak namakan sahabat tu dengan pak aji cendoi. Katanya dia ada masalah, dah lama dah..sejak dia balik ke kampung isterinya di KK., dan duduk dirumah pusaka arwah mertua dia. Apa yang jadi..kalau hang nak tau, ni nak bagi tau..kut2 boleh bantu. Dah tak tahan..! ‘benda’ tu hanya mai, bila bini dia tak dak kat rumah, arakian bila bini pi ziarah ke rumah anak2 dia kat KL atau kat mana2 lah..dia.., ‘standard’ laa..mana nak buleh ikut, dia kan meniaga..nanti lari kustomer, sapa nak bagi soru ! Meniaga cendoi bukan macam meniaga ‘streamyx’.

Seminggu bini dia tak dak, pakat seminggu la dia tidoq dalam kereta depan rumah..nak masuk rumah takut ! macam2 dia dok tengok..macam2 dia dok rasa, bulu roma asyik tegak memanjang, pasai apa ? dia pun rasa ‘pasai’ ada ‘benda’ laa..tapi tak tau nak buat macamana ! Wak pendekkan kisah ni, ini semua pasal ‘saka’. Tau kaa..’saka’ tu apa ? bukan sakai noo..! Wak nak bagi tahu, ‘saka’ tu,

” saka tu asalnya dari jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama ehingga sebati dengan diri manusia tersebut. Dan ianya berlaku samada seseorang itu sedar atau tidak, kerana ianya diwarisi dari keturunannya.

Saka ini wujud apabila nenek moyang terdahulu mempelajari ilmu tertentu yang membabitkan jin dan diperturunkan kepada pembawa saka tanpa diketahui atau boleh jadi juga jin tersebut sendiri memilih untuk mendampingi keturunan yang dikehendakinya, pendek kata..ikut suka jin tu la dia nak dok dengan sapa..!!

Selalunya ‘saka’ ini jadi masalah apabila nenek moyang pembawa saka itu telah meninggal dunia…ini kerana ketika mereka hidup, toknek hangpa(mereka) bukan toknek wak..hahaha.. telah bersahabat dan membela jin-jin tersebut yang dikenali dengan pelbagai nama.

Nama-nama seperti hantu raya, pelesit, pontianak, polong dan lain-lain memang terkenal di kalangan masyarakat melayu. Namun hakikatnya semuanya itu adalah sama iaitu makhluk Allah s.w.t. yang dikenali dengan nama jin dan syaitan…”

Panjang jugak wak bagi definasi tentang saka ni, kalau tak faham jugak..memang sah, yg dok baca jenis otak cap ayam !! Dari apa yang wak rasa, sahabat yg nak dibantu ini, sebenarnya mempunyai masalah dengan ‘saka’ iaitu jenis jin dari kategori ‘palesit’. Tau ka pelesit tu apa pulak ? Adeh..nak kena bukak wikipedia la jawabnya..takpa..wak tulis kat bawah ni,

[..] Pelesit merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu pelesit dipercayai diberi makan darah dari jari tangan tuannya.

Hantu pelesit dikatakan mampu menjelma sebagai sejenis belalang pelesit, belalang kecil yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus, dan masuk kerumah mangsa. Pelesit ini kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka. Hantu Pelesit dikatakan akan dipelihara oleh wanita bagi tujuan membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya. Selain itu hantu pelesit juga digunakan bagi mendapatkan wang. Hantu pelesit akan menyerang seseorang mangsa dan hanya keluar apabila tuannya datang datang membantu menghalaunya keluar, dengan itu mendapat bayaran kerana membantu mengubati mangsa.

Hantu pelesit biasanya dikatakan disimpan dalam botol kecil dan diberi makan darah yang dititik daripada hujung jari tuannya setiap kali bulan mengambang..[ wikipedia ]

Oleh kerana sahabat ini begitu berhajat, maka wak dan tok aji beserta Bang Li akan cuba dengan segala ilmu dan kederat yg ada, memusnahkan ‘saka’ yg menjelma sebagai hantu ‘pelesit’ tu pulak. Maka misi ‘tangkap’ hantu dah masuk ke siri ke-2 pulak, yang lebih mendebarkan. Wak rasa pun dah berdebar, tu belum betui2 lagi.

Maka..InsyaAllah, misi menangkap hantu ‘pelesit’ ini akan dilaksanakan pada bulan Ogos nanti, lepas kita demo Bersih kat KL lah..! Misi ini lebih bahaya dari misi tangkap ‘toyol’. Wak namakan misi ni ‘misi pelesit’. INGAT !! Pelesit ini adalah jenis jin yang mudah merasuk dan menyerap ke tubuh manusia…kepada yg lemah semangat, pi tidoq dgn bini lagi baguih…!!

Juga, wak tawarkan kepada sesiapa yg mahukan pengalaman ‘ngeri’ berhadapan dengan puaka dari jin dan syaitan ini, untuk bersama-sama menganggotai ‘MISI PELESIT’ ini, ANDA dipelawa dengan tangan terbuka. Risiko tanggung sendiri. So..kepada yang berani tu, sila tawarkan diri dan hantarkan pengenalan diri anda ke email wak, albanjari_online@yahoo.com, tuliskan butir2 lengkap seperti NAMA, NOMBOR TELEFON RUMAH, TELEFON BIMBIT, WARIS TERDEKAT UNTUK DIHUBUNGI (penting ni..mana tau kot kena sampuk dek pelesit kaa..senang nak call waris..untuk dapatkan hujung jari bagi di cucuk agar darah yang keluaq, buleh kami titik kat mulut laki hangpa..! ) dan hanya untuk LELAKI sahaja. Perempuan tak diterima untuk join team ini. Wak hanya terhadkan kepada 30 orang sahaja.

Cepat hubungi wak melalui email, siapa cepat dia dapat join !! Jangan malu..bila lagi nak jumpa ‘pelesit’, kena pulak jenis pelesit muka macam Maya Karin..sapa nak jawab..mantappp !!!

(*) Bulan Ogos, selain dari MISI PELESIT, ada lagi misi tangkap HANTU RAYA di Simpang Lima, Parit Buntar, wak akan perincikan misi tersebut dalam entri yg akan datang !!


0 comments:

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |