PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Semangat Bersih 2.0 : Sukar dikawal lagi..terus membara !



SEHINGGA catatan ini dibuat sebanyak 1,029 laporan polis dibuat oleh berbagai pihak supaya himpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dijangka akan diadakan pada 9 Julai depan dibatalkan. Laporan itu datang dari berbagai pihak. Ia juga datang dari dua puak yang cuba membuat kacau atau provokasi himpunan berkenaan iaitu Perkasam dan Pemuda Umno.

Bukankah aneh, mereka yang juga berura-ura untuk mengadakan himpunan dengan maksud mereka sendiri, tetapi mereka juga - atau budak-budak mereka juga membuat laporan. Ini jelas bahawa tujuan mereka berhimpun itu sebahagian dari usaha mengagalkan himpunan Bersih. Mengagal tidak menjadi kesalahan tetapi kalau menimbulkan kekacauan sesuatu yang tidak patut.

Saya yakin tekanan dan larangan ke atas himpunan itu akan berterusan dan akan kemuncak pada minggu depan. Seminggu menjelang himpunan akan kita saksikan sesuatu yang akan berlaku. Semua pihak kini sudah masuk tahap gajah laut yang masuk bulan-bulan mengawan. Nafsu sekarah sudah memuncak di kepala. Masing-masing telah melurut misai untuk menampakan wajah bengking dan digeruni. Kepala juga dililit dengan kain merah kononnya sebagai sign mati, walhal mereka tidak ubah umpama anak 'kuba' culas saja?



Tidak dapat kawal lagi. Keadaan ini saya lihat sengaja diwujudkan untuk mengagalkan himpunan berkenaan. Nampak sekali himpunan Bersih 2.0 ini menakut dan membimbangkan pihak parti kerajaan. Membimbangkan individu yang ingin bertengek di punggung kerajaan. Ia tidak seperti himpunan Bersih pertama lalu. Walaupun ada larangan, tetapi tekanan tidak sehebat apa yang dihadapi Bersih hari ini.

Hari ini pihak berkuasa sudah mulai bertindak. Macam-macam laporan bertujuan menakutkan orang ramai dilakukan. Bendera Bersih yang dinaikkan dicabut waktu malam. Baju-baju Bersih yang dijual kepada umum dirampas. Bersih kini menjadi najis buat mereka. Konotasi kepada himpunan berkenaan pula diwar-warkan sebagai haram, dan mereka yang menggerakkan himpunan itu sebagai pengacau.

Apakah dengan tekanan yang semakin kuat ia melemahkan mereka yang menggerak himpunan berkenaan? Tidak. Malah mereka menjadi semakin bersemangat. Mereka menjadi semakin berani dan ghairah. Ini dapat dilihat luapan anak-anak muda yang ingin turun ke lapangan untuk sama-sama berhimpunan. Tampaknya semangat Dataran Tahrir di Kaherah Mesir sudah mula mengalun ke dalam diri. Ia sudah mula bergelora. Lihatlah dalam Facebook hampir 90 peratus pelayar Fb telah mengenakan badge berwarna kuning.

Kenapa kerajaan UBN takut kepada himpunan kali ini. Jawabnya senang saja sebab himpunan kali ini akan berlipat ganda dari segi penyertaan dengan himpunan tahun 2007 lalu. Kalau himpunan 2007 dulu dianggarkan 100,000 orang ramai pelbagai bangsa dan lapisan usia berarak memenuhi jalan-jalan raya dan lorong menuju ke Istana Negara, kali ini jumlah akan meningkat hingga 300,000. Sudah cukup.

Semalam sewaktu minum dengan seorang bekas menteri dari Sabah, beliau ada memberi pandangan berhubung dengan himpunan Bersih itu. Tanpa saya mempromo beliau, bekas menteri itu berkata, himpunan Bersih kali ini membahayakan Umno. Umno perlu menyekatnya habis-habisan.

Saya bertanya kenapa. Dia menjawan; "kalau himpunan Bersih kali ini lebih besar dari himpunan 2007 dulu, ini bermakna kerajaan BN akan tumbang. Dalam tahun 2007 dulu dengan adanya Bersih.. BN kehilangan majoriti dua pertiga di parlimen, kali ini pasti akan tumbang," katanya dengan bersemangat. Nampak dia juga sudah tidak yakin dengan partinya sendiri. Kenapa?

Saya tidak mahu mengulas pandangan bekas menteri berkenaan. Itu adalah menurut pandangannya. Beliau lihat dari perspektifnya. Namun beliau yakin kalau Bersih berjaya BN akan terguling. Kerana itu katanya BN akan menggunakan apa saja untuk menghalang himpunan berkenaan.

Iya, saya melihat demikian. Kini BN sedang berusaha untuk menghalangnya. Sebab kalau Bersih berjaya ini bererti riwayat BN akan berakhir. Berakhirnya BN bermakna Umno juga turut akan lemah dan kemungkinan Umno akan hilang dari atas tanah air ini. Ke mana atau macam mana orang-orang kaya, para bangsawan yang selama ini hidup goyang kaki atau hidup kerana memakan komisyen apabila kerajaan yang menjadi tempat mereka membuncitkan perut sudah tidak ada lagi. Sesekali teringin juga kita mencatat akan kegusaran ataupun ledakan kemarahan mereka bila mana kerajaan akan datang tidak berlaku adil kepada mereka?

Usaha mengahalang nampaknya semakin kuat dan bersemangat juga. Baik pihak Perkasam atau pemuda Umno yang tidak dihormati tidak tidur malam. Mereka terus memerah otak bagaimana hendak mengacau himpunan berkenaan. Mereka membuat provokasi dengan harapan Bersih jangan sampai diadakan.

Usaha mana-mana pihak di luar kerajaan tidak akan berguna. Ugutan dan ancaman Perkasam tidak siapa pedulikan lagi. Nampak semuanya sedia bermandi darah dengan Perkasa atau Ibrahim sendiri. Kata-kata, ingtan dan ancaman Ibrahim yang bersifat rasis dan perkauman itu tidak sedikit pun menggetarkan sesiapa. Sesiapa pun tidak hairankan kepada Ibrahim Ali. Secebis penghormatan pun tidak ada. Usahkan pendokong Bersih, semut hitam yang kecil juga tidak hairan dengan Ibrahim.

Saya percaya kalau Ibrahim mati tanpa belum bertaubat kepada orang yang dikhianatinya, mayatnya bukan saja dikerumini lalat tetapi turut juga akan digonggong semut untuk dibuang ke laut. Kalau semut sudah tidak mahukan Ibrahim, usahlah lagi manusia.

Jadi berdasar kepada andaian tadi maka usah menggalkan Bersih akan diteruskan. Pada saya ada dua saja kemungkinan akan diambil oleh pihak UBN untuk gagalkan Bersih setelah gerombolan Perkasam dan Pemuda Umno yang hendak dihantar menjadi benteng tidak berjaya; pertama mungkin penagkapan ke atas beberapa penggerak Bersih akan dilakukan.

Menjelang sehari untuk berhimpu polis akan mengutip seorang demi seorang, lokapkan mereka. Dengan cara ini ia boleh melumpuhkan. Kedua ialah dengan menasihat Yang Dipertua Agong supaya mengeluarkan titah membatalkan himpunan berkenaan. Seperti mana yang dilakukan di Pulau Pinang bagi mengagalkan pemilihan jawatankuasa masjid ala-ala pilihan raya, ia akan dilakukan terhadap Bersih.

Ada orang berpendapat Agong tidak ada kuasa untuk berbuat demikian. Tetapi berpandukan kepada beberapa peristiwa lampau kerajaan UBN tidak akan mempedulikan sama ada apa yang dibuat itu menurut perlembagaan atau sebaliknya, kalau keadaan menekannya apa saja dilakukan. Bukankah UBN dikenal dengan kerajaan zalim dan kejam?

Iya UBN akan melakukan apa saja. Semua kekuatan pasukan pertahanan akan digunakan. Dari rela, polis, hatta tentera juga akan digunakan kali ini. Dan UBN kena pertahankan ini kerana impilikasi dari himpunan Bersih kali ini adalah besar. Sekiranya Bersih ini gagal tidak dan himpunan tidak mencapai sasaran tetapi dari segi maksud dan semangat ia sudah pun dicapai. Kerana apa yang saya lihat dari himpunan Bersih itu bukan sangat mengharapkan kerajaan melunasi lapan tuntutan tetapi ia hanya mahu mencipta ombak untuk mengelorakan orang ramai supaya menjatuhkan UBN. - (sumber : MSO Melayu)

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |