PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

2 'bangsawan' melayu dimalukan di London. Mana Perkasa bro ?


" hanya segelintir, lagipun mereka sudah diresapi komunis, " Mungkin itu ulasan yang akan diberikan oleh kedua adik beradik sepupu bangsawan itu. Tetapi di dalam hati mereka hanya Tuhan saja yang tahu betapa aibnya mereka. Betapa tidak, rakyat negara sendiri mengejek kedatangan mereka. Apa yang sepatutnya mereka terima mendapat sambutan dan alu-alu rakyat Malaysia sebagai menandakan kebangaan kerana pembesar mereka mengunjungi London.

Sebenarnya bagi mereka yang mementingkan maruah dan integriti tidak berbangkit sama ada jumlah yang membuat protes itu ramai atau tidak, tetapi yang penting ianya terjadi dan berlaku. Hatta kalau pun seorang saja yang mengangkat sepanduk mengecam Najib dan Hishamuddin sudah mencukupi. Kalau Najib dan Hishmuddin dan rombongannya bermaruah mereka wajar merasakan malu dengan apa yang berlaku.

Kalau tidak percaya, cari serorang gila atau tidak 'berapa sara' untuk menanti kedatangan Anwar Ibrahim di mana-mana airport di luar negeri. Pasti tindakan lelaki itu akan diperbesarkan oleh televisyen dan akhbar arus perdana negara ini akan mengulas betapa Anwar dicemuh bukan saja dalam negeri tetapi di luar negara juga. Kejadian itu hatta dilakukan oleh orang gila pasti akan dieksploitasikan.

Ini sudah dapat ditengok sendiri dengan apa yang berlaku di dalam negara. Ada perbuatan yang dibuat oleh mereka yang bejat moralnya, cemar peribadinya tetapi diangkat dan diangungkan begitu rupa sekali kerana ianya menghemtam dan mengodam Anwar. Media berkenaan yang setaraf dan sama cemar dengan orang itu tidak mengirakan apakah sumbernya berwibawa, berintegriti atau sebaliknya. Yang penting mereka membelasah Anwar.

Kalau berlaku kejadian itu, pasti Utusan Melayu akan meletakkan gambar lelaki gila yang mengangkat sepanduk itu di muka depan. Begitu juga dengan tv3 akan menyiarkan berulang kali akan gambar lelaki berkenaan menjulang sepanduk mengutuk dan mengejek Anwar.

Dalam perhitungan akhbar dan tv berkenaan angka tidak menjadi masalah. Malahan angka akan ditambah kerana itulah kerja mereka. Apa yang penting ialah ia berlaku di luar negara yang membawa dan memberi imej besar. Malangnya sehingga hari ini berlaku terjadi lagi ada rakyat Malaysia mengangkat sepanduk di lapanngan terbang mengecam Anwar dan Wan Azizah.

Tetapi kerana Najib dan Hishamuddin selalu dilindungi dan dikosmetikkan oleh media massa seolah-olah kejadian itu tidak begitu memalukannya. Ia seolah-olah tidak terjadi apa-apa. Saya tidak tonton tv atau baca akhbar penjilat buntut UBN dua tiga hari lepas maka tidak tahu apakah ada berita penentangan warga kita di London itu ke atas Najib.

Kalau mengikut makrifat saya, mungkin tidak ada. Baik tv3 atau Utusan tidak akan tergamak untuk menyiarkan berita berkenaan kerana ia amat-amat memalukan Najib dan Hishamuddin. Kalau mereka menyiarkan aksi berkenaan ibarat seperti meludah ke langit akan terkena batang hidung mereka sendiri.

Inilah sikap media massa kita yang sering di perkatakan. Mereka tidak akan menyiarkan apa-apa berita atau peristiwa yang boleh menjatuhkan imej orang yang mereka sayangi. Sebaliknya media akan jadi gila dan mabuk memperbesarkan berita-berita kecil untuk memburukkan pihak pembangkang. Sikap inilah menyebabkan rakyat tidak percaya kepada media masa kita. SELANJUTNYA BACA DI SINI



1 comments:

  1. Anonymous said...

    perkasa tu dengan rakyat msia bolehlah tujuk hebat..melalak ..mgm anjing kurap..tapi bila org luar buat..mana ada telor.....

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |