Bil eletrik bini rusmah RM10 juta, tu pun nak terkujat ? Ptuihhh...!
JUMLAH PERBELANJAAN SETAHUN
Rumah Kediaman PM dan TPM
Kos sewa RM32,972,115.55 setahun
Kos baik pulih RM3,581,744.78 setahun
Bil elektrik RM10,267,868.15 setahun
Bil air RM1,967,386.55 setahun
Macam-macam la hangpa ni. 2 buah kediaman, bil eletrik cecah RM160 ribu sebulan pun nak ribut. Sikit tu ! Rumah Nik Aziz bil api ajer RM3 juta sebulan bro, Lim Guan Eng lagi gila, RM6 juta sebulan. Pendek kata, kalau rumah Nik Aziz atau LGE bukak jer lampu malam-malam, jiran-jiran tak payah pasang lampu dah..cerah sampai ke pagi.
Hairan ker? Tok sah la hairan, hangpa ingat luas tapak kediaman depa tu beso rumah teres ? Sri Perdana tu jer dah makan 42.5 ekar bro ! Kira logik ler kos 'karan' jer dah cecah RM 10 juta setahun. Banyak ker RM10 juta ? Cer tanya kak mah ! Celah 'cincin' dia jer duit api banyak tu bro ! Lihat apa ada di dalam sebahagian Sri Perdana dibawah.
Logik ker tak logik ? Jangan la hangpa pi banding rumah PM dan TPM dengan foto kat bawah. Memang ler hancuss !! Kak mah kata, cincin mahal-mahal, kalau gelap mana nak lip-lap lip lap, tu pasal lampu kena terang, baru ler berpinor bijik mata. Tak gitu yeop ?
Subhanallah ! Bil Eletrik RM160 ribu sebulan jib ? MP Pakatan persoal, bil elektrik PM saja RM10 juta setahun
KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat meminta penjelasan kerajaan berhubung kos penyelenggaraan kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya yang menjangkau hampir RM49 juta setahun.
Dalam jawapan bertulis menteri di Jabatan Perdana Menteri semalam, sejumlah RM48,789,115.03 dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air.
Kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu didedahkan berjumlah RM32,972,115.55 sementara kos baik pulih pula RM3,581,744.78 setahun.
Lebih memeranjatkan, bil elektrik bagi kediaman perdana menteri dan timbalannya sahaja berjumlah RM10,267,868.15 dan bil air pula mencecah RM1,967,386.55 untuk tempoh yang sama.
Ahli parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud berkata penjelasan itu penting ketika rakyat diseru supaya berjimat cermat dan mengubah gaya hidup ekoran tindakan kerajaan mengurangkan subsidi.
“Apabila mendidik orang ramai supaya berjimat, ia sepatutnya bermula dengan pemimpin,” katanya kepada wartawan di lobi parlimen hari ini.
Sementara itu, Ahli parlimen Rasah, Anthony Loke pula menyatakan hairan tentang belanja besar yang ditanggung, terutama kos elektrik dan air yang mencecah jutaan ringgit setahun.
“Kami tidak tahu sebesar mana keluarga perdana menteri dan timbalannya sehingga hari ini,” katanya.
Menurutnya jika jumlah itu dibahagikan sepanjang lima tahun dan mengikut bulanan, kerajaan membelanjakan RM160,000 untuk bil elektrik dan RM33,000 untuk bil air bagi kedua-dua kediaman rasmi.
“Ini cukup untuk bayar bil elektrik saya untuk selama 100 tahun dan air pula cukup untuk 6,000 orang,” katanya. (sumber : http://www.keadilandaily.com/?p=16129)
0 comments:
Post a Comment