(1) Blogger lapar? Rakyar 2 kali makin lapar !
Radens | 2 Jan 11
Skandal
Jika anda ada skandal seks, 2011 tahun yang menakutkan ! Blogger sedang 'kelaparan'. Laparkan isu ! Sejak isu Selising, rogol amah, buntingkan perempuan, dan 3 lagi akan menyusul, betul-betul boleh bikin 'telor' mereka-mereka yang terlibat ditelan 'kantung' jauh ke dalam. Jenuh bercungkil jari kalau nak rasa 'telor' tu. Dalam sangat beb, tersontotnyer !! Petaka apa yg sudah melanda negara !
Harga barang terus naik
Rakyat bawahan terus dihimpit derita. Bawang besar, bawang merah, putih sayuran di pasar, ikan dan ayam terus melonjak gila bila harga naik setiap hari. Esok sekolah mula dibuka. Anak2 mula melangkah ke sekolah. Ada ibu bapa yang terus tidak dapat lelap tidur beberapa malam ini kerana tidak cukup duit. Wang gaji setiap bulan sekadar 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'. Baca pula dibawah,
Pak Menteri poya-poya ? | Oleh Patrick Lee | MalaysiaToday
Belanja Najib ke luar negara RM9 juta
DEWAN NEGARA | KUALA LUMPUR: Sejak mengambil alih tampuk pentadbiran April 2009, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan hampir RM9 juta untuk perjalanan ke luar negara.
Senator PKR Dr Syed Husin Ali mendedahkan satu senarai yang mengandungi butiran perjalanan tersebut di Dewan Negara pagi ini. Senarai tersebut yang diperoleh dari Jabatan Perdana Menteri menunjukkan Najib telah ke luar negeri atas urusan rasmi 42 kali yang membabitkan sejumlah RM8,724,895.91.Perjalanan paling mahal merupakan lawatan ke Jepun, Amerika Syarikat dan Vietnam. Kos perjalanan tersebut bernilai RM2,094,635.39 dan berlaku di antara 5 dan 22 April tahun ini.
Sementara itu, Syed Husin turut mendedahkan bahawa Sidang Wanita Pertama yang berlangsung Oktober lalu mengakibatkan perbelanjaan sebanyak RM4.498 juta. Sidang tersebut dimulakan oleh isteri Najib, Rosmah Mansor.
Nasib pesawah.
Nasib mereka tidak sama dengan nasib Rosmah. Nasib pesawah pada setiap guni padi akan dipotong 30 kilo setiap seguni. Jika sehektar sawah, padi dibanting sebanyak 40 guni, maka 1200 kilo dipotong PERCUMA saja, atas keringat pesawah. Untung atas angin yg melampau, broker-broker padi. Sama melampau dengan bajet rosmah yang sebanyak RM4.498 juta itu. Ada pesawah diakhir musim, sekadar menetes airmata kerana pendapatan dari usaha tidak seberapa. Sedang dirumah ada 6-7 anak yang wajib disara. Pesawah luar bandar, golongan marhaen. Jarang sungguh ada menteri atau YB yang sudi melihat susah jerih mereka. Kecuali bila hampir pilihanraya.
:: bersambung
0 comments:
Post a Comment