PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Hujah :Dr. Asri perlu dijauhi ?

Oleh : Amir Bani Salim
Hujah Amir Bani Salim


Semua orang mempunyai hak untuk mentafsir pandangan Dr Asri. Apabila semua orang menggunakan "hak" itu maka akan terhasillah pelbagai tafsiran yang pastinya mempunyai pro dan kontra yang tersendiri. Pada aku, semuanya soal hati. Di mana "kita" sebelum kita membaca pandangan Dr Asri? Sudah membuat keputusan sebelum membaca atau membuat keputusan pro atau kontra itu selepas membaca?

Apa pun, berlapang dadalah dalam semua hal kerana Islam mengajar kita begitu. Sama ada Dr Asri mempunyai agenda atau tidak, itu soal yang kedua. Soal yang pertama adalah perhalusi pandangannya dengan mengenepikan sentimen dan persepsi.

Begitu juga dengan Dr Asri, dalam Islam segala galanya ada dua. Contohnya, halal-haram, dosa-pahala, syurga-neraka. Tidak ada pilihan ketiga kerana semuanya dua-dua. Jika ada yang ketiga di antara halal dan haram maka itu dipanggil syubhah atau Melayu sebut syubahat. Syubahat ini boleh jadi halal dan boleh jadi haram kerana tidak jelas dan kabur hukumnya dan elok dijauhi.

Dalam hal Dr Asri ni, eloklah beliau menyatakan pendiriannya tentang BN atau PR. Tidak ada istilah berkecuali dalam soal hukum. Menyokong dan membangkang (dalam masa yang sama) dalam keadaan tidak ada "stand", maka itulah batu api sebenarnya.

Dalam hal Dr Asri ni, eloklah beliau menyatakan pendiriannya tentang BN atau PR. Tidak ada istilah berkecuali dalam soal hukum. Menyokong dan membangkang (dalam masa yang sama) dalam keadaan tidak ada "stand", maka itulah batu api sebenarnya.

Hujah Nizam berkaitan artikel diatas :
Mungkin ada beberapa yang kurang tepat ... bukan semuanya dalam Islam ada dua . Contohnya,

1. Halal & Haram - ada perkara dinamakan sunat, harus & makruh.
2. Dosa & Pahala - ada perkara yang dua2 tak dapat. Bila kita berbuat perkara harus.
3.Syurga & Neraka - ini hanya Allah &RasulNya Maha mengetahui, kita hamba tidak tercapai alam disana.

Tetapi ada perkara lain seperti lelaki& wanita dimana khunsa ada antara keduanya. Bumi & langit dimana ada kita diantaranya. Indahnya islam bukan ya atau tidak semata2. Namun tidak dinafikan ada perkara2 yang memang sebegitu.

Bila kita tidak memihak kepada sesiapa bukan bermaksud kita tidak ada stand. tetapi kita mungkin sebagai pihak yang berkecuali. Didalam masalah, antara dua orang berkelahi ... hakim menjadi orang ketiga dan WAJIB tidak memihak kepada sesiapa.

Dalam hal Dr. Asri, kita kena paham bahawa orang yang kita sokong kadang kala membuat salah. Siapa kata Nik aziz betul 100% seperti Nabi? sudah tentu jawapannya "tiada siapa kata nik aziz macam nabi". tapi perlakuan & pendirian kita menjurus ke arah itu!! 

Batu api ialah seseorang yang membuatkan orang lain membenci orang lain. dalam hal ini. Cuba pandang kepada perlakuan saudara dalam hal ini saudara menulis kenyataan ini supaya orang membenci Dr. asri? Jika ya ... apa bezanya saudara? Yang baik datang dari Allah, yang buruk dari kelemahan akal fikiran dan ilmu yang sedikit.

(*) Radens - Tunggu apa kata Ustaz MRK pula.

1 comments:

  1. Anonymous said...

    sebenarnya dr.asri ni tak memihak kepada sesiapa.nak sokong umno,umno ada kelemahannya.nak sokong pas,pas pun ada kelemahannya.
    yelah,bukan malaikat dalam kedua-dua parti tu.
    jadi,ambil langkah berkecuali.tegur-menegur mana yang tak betul..tak gitu...

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |