PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Program Rai Bloggers - nak saja aku carut !

4 Safar 2011 | radens albanjari.

Tirai 2011 bulan ini nampaknya sendat dengan program pimpinan PAS buat program untuk bloggers. Itu juga tanda bahawa bloggers tetap relevan. Juga boleh disebut, bahawa 'petanda' PRU13 makin hampir. Bila sudah dihimpun, tentu akan terbit 'agenda-agenda' dan teknik-teknik baru dari corong mulut bloggers, bagaimana nak men'GASAK' Umno dan BN melalui media baru.

15hb. Januari 2011 - dimaklumi bahawa ada 2 event besar melibatkan bloggers. Dewan Pemuda PAS (DPP) Pusat akan menganjurkan Himpunan Dunia Media Baru Peringkat Kebangsaan di Hotel Green Park Temerloh Pahang diantara lain katanya mahu mengeratkan hubungan DPP dengan semua pengamal media baru termasuk blogger, facebooker, websiter, dan twitter. Itu di Temerloh Pahang. 


Musykhilnya mengapa event sebesar itu(baca di peringkat Kebangsaan) diagendakan di Pahang? Tidak direncanakan di Kuala Lumpur ? Hairan ! Tak bolehkah di'centralise'kan di KL kerana tajuknya 'peringkat kebangsaan'. Mudah untuk blogger seantero malaya turun. Hairan ! Mungkin Ketua Pemuda PAS ada jawapannya kot?

Juga pada tarikh yang sama, 15hb. Januari 2011 itu telah sedia dimaklumi bahawa TGNA melalui Sekretariat Penerangan Negeri Kelantan pula mengadakan Majlis Makan Malam dan Perjumpaan Bersama Bloggers di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur. 

Tak ker menyusahkan bloggers namanya tu ! Andai program di Temerloh itu diadakan pada waktu siang dan tamat pada jam 4 petang, mahu ada bloggers yang kebas kaki 'merempit' semula ke KL kerana mengejar event bersama TGNA pada jam 8.30 malam pula, yang jaraknya lebih 100 km dari Temerloh. Itu satu hal, tak terfikir ker mereka-mereka yang meng'agenda'kan event tu bahawa 'minyak' kenderaan sekarang dah naik. Nak ajer aku carut !

Dan pada 20hb. Januari 2011, (cuti Thaipusam) dikhabarkan juga akan ada satu lagi perjumpaan blogger-blogger di Taman Melewar dianjurkan oleh Penerangan PAS Pusat dimana setiap negeri perlu menghantar 3 nama bloggers ke program tersebut.

Hebat sungguh nampaknya usaha-usaha meraikan bloggers muttakhir ini. Sehebat kerajaan Umno BN menaikkan harga minyak petrol sekarang. Meriah..! Meriah kerana agenda itu berturut-turut dan atur tarikhnya juga rapat-rapat. Program hebat ! Tapi..bloggers macam aku jelas terkulat-kulat. Memikirkan poket yg semakin kering, lebih-lebih lagi penggal sekolah baru saja bermula. Sedangkan semua event itu 'penting' dan mustahak bagi seorang bloggers yg menyokong hasrat Pakatan Rakyat menumbangkan BN untuk hadir. 

(*) sekadar menulis kerana tak sanggup nak mencarut melihat program yang diatur untuk bloggers PAS@Pakatan Rakyat macam tak profesional. Adhoc sana sini. Jangan dah tawan Putrajaya semua agenda untuk rakyat dan negara pun hangpa buat macam tu jugak..adhoc ikut suka hati ! Mampuihh macam ni..!

2 comments:

  1. ~♥ UmmiAnni ♥~ said...

    aku sokong ko yg carut wak...klu tringat program blogger yg mula2 aku ikut anjuran pas pusat ni..mcm tk berapa nk puas hati..pengisiannya tk banyak yg menepati kehendak aku..tang org lain aku tak tau la...

    betol ke blogger diraikan..dua tiga kali dh berlaku..bila part event yg besar..blogger duk tang mana..?maleh nk ckp dah..layan je lahhh..

  2. Anonymous said...

    Geng-geng UG ni tak habis-habis nak tutup kepala ahli. Dah TGNA nak jumpa di KL, sengaja buat Program di Temerloh.
    Nak berpolitik, tapi hampas!

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |