Mayat & Iktibar : Bunyi 'aneh' dari dalam kubur
1 Safar 1432H
radens albanjari |.
Siri Mayat dan Iktibar diteruskan semula bermula pada minggu ini. Terima kasih atas sokongan dan email-email pembaca yang mahukan agar siri ini terus dimuatkan di albanjari online. InsyaAllah, setakat ini siri ini kekal dan terus menemui pembaca pada setiap hari khamis. Untuk makluman siri kisah ini diperolehi dari kisah benar yang berlaku.
radens albanjari |.
Siri Mayat dan Iktibar diteruskan semula bermula pada minggu ini. Terima kasih atas sokongan dan email-email pembaca yang mahukan agar siri ini terus dimuatkan di albanjari online. InsyaAllah, setakat ini siri ini kekal dan terus menemui pembaca pada setiap hari khamis. Untuk makluman siri kisah ini diperolehi dari kisah benar yang berlaku.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin. ***
Seusai talqin habis dibacakan, hadirin yang berada di tanah perkuburan itu saling pandang memandang antara satu dengan lain. Tok Imam Saufi yang tadi mengusap wajahnya dari kedua belah tangannya mengakhiri bacaan doa jua turut terdiam.
Imam Hamid diam memasang telinga. Maaf tok Imam, tok imam dengarkah apa yang saya dengar? tanya imam Hamid kepada Imam Saufi. Yaa..ana juga dengar..! Semakin lama..semakin kuat bunyi itu dapat didengari.
Bunyinya seperti dari dalam kubur ini..., tok imam !" balas imam Hamid sambil memandang wajah imam Saufi. Beberapa orang yang hadir di sisi kubur 'aneh' yang baru menerima jenazah petang itu mula bergerak menjauhkan diri, cuak dan takut barangkali. Hanya tinggal tok imam, beberapa orang saja lagi bersama waris2 si mati.
Betul tok imam, bunyinya dari dalam liang kubur arwah si Kadeer(nama sebenar dirahsiakan) ini..!! Cuba tok imam tekapkan telinga tok imam ke tanah..dan dengar betul-betul..! arah imam Hamid.
Bunyi ketukan seperti orang mengetuk pintu jelas sungguh dapat didengar. Bezanya ketukan itu seperti ketukan orang meminta tolong, bunyi ketukan papan keranda diketuk bertalu-talu dari dalam kubur. Aneh !!
Habis apa kita nak buat tok imam? Imam Hamid mula gusar. Setelah berunding dengan waris si mati, perkara aneh ini kena bawa kepengetahuan pejabat agama. Beberapa ahli waris mula mempertikaikan samada jenazah yang dikebumikan ini betul-betulkah sudah mati? atau masih hidup? Orang mati tidak akan ketuk keranda seperti meronta-ronta mahu keluar dari lubang kubur, mustahil sungguh..hal ini hanya orang hidup saja boleh buat.
Oleh kerana jenazah ini dikebumikan pada jam 3 petang, maka urusan menghubungi pejabat agama daerah masih upaya dibuat. Beberapa orang dari pejabat agama yang turut datang membuat tinjauan ke kubur itu juga mengesahkan bahawa mereka juga mendengar akan bunyi 'aneh' ketukan dari dalam kubur arwah.
Suasana di tanah perkuburan makin kecoh bila mana waris mendesak agar kubur arwah ini dikorek segera. Beberapa ahli mula tidak puas hati. Ini kerana bunyi ketukan itu berterusan dapat didengari.
Setelah rundingan dibuat, permit mengorek semula kubur ini perlu diperolehi dari pihak polis. Waris si mati makin mendesak. Tiada pilihan nampaknya. Ketika permit polis bagi mengorek semula kubur diterima, jam sudah menunjukkan jam 7 malam. Suasana ditanah perkuburan itu mula dibanjiri oleh orang ramai. Tak sampai 3 jam kisah ini sudah mula diketahui, naik kecoh satu pekan di bandar kecil ini dengan cerita bunyi dari kubur.
Kelihatan beberapa anggota polis yang datang bertindak menyuraikan orang ramai agar tidak menganggu tugas2 bagi mengorek semula kubur arwah. Ruang perkaranga masjid terus dibanjiri orang ramai.
Macamana ni tok imam, nak korek sekarang ker? " tanya siak. Yer..jawab tok imam. Sebelum itu jangan lupa bawa generator ke kuburan. Dah hampir malam sangat ni..! Elok saja peralatan untuk mengorek dan lampu dilimpahkan ke kawasan kubur arwah, kerja-kerja mengorek semula pun dilakukan oleh 4 orang termasuk 2 siak. Bunyi ketukan terus berbunyi. Elok saja mata cangkul mencecah tanah kubur arwah, azan maghrib pun berbunyi dari corong masjid.
Tiba-tiba siak Majid menjerit kuat, cangkul yang dipegangnya terlepas dari genggaman dan spontan pula melompat ke tepi kubur seperti menahan kesakitan, seraya melaungkan kalimah Allahu Akbar ! Semua yang ada dipinggir kubur arwah tergaman tanpa suara..! Masing-masing terkejut. " tanah nya panasss...!! " hanya itu yang terpacul dari mulut siak Majid
II
Untuk pengetahuan pembaca, seperti yang diceritakan kepada penulis bahawa arwah Kadeer ini berketurunan india muslim atau sekarang dkenali dengan panggilan 'mamak'. Sewaktu hidup arwah bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran milik rakannya di sebuah pekan kecil. Pekan kecil ini pula terletak di utara Perak, dipinggir sempadan negeri Kedah. Hanya dipisahkan oleh sungai. Oleh kerana ketika itu tidak banyak restoran dibuka di pekan kecil ini, maka sudah pastilah tumpuan orang ramai ke restoran Kadeer bekerja itu sangat luar biasa.
Antara masakan yang menjadi kegilaan pelanggan hasil tangan Kadeer tentulah masakan karinya yang sangat popular. 25 tahun lalu, lokasi restoran yang cukup strategik memang membuatkan pelanggan ke kedai makan itu tidak pernah putus. Diseberang jalan pula tersergam sebuah bank ternama, siapa yg tidak kenal bank yg berlambangkan harimau atau dikenali sebagai Malayan Banking.
Apa yang menghairankan rakan-rakan pekerja restoran itu, semua lauk-pauk yang berpuluh jenis itu hanya dibereskan olehnya seorang diri sahaja. Itulah hebatnya Kadeer. Oleh kerana hebatnya Kadeer dalam ilmu memasak, restoran itu begitu maju dan sentiasa beroleh untung berlipat ganda, rakannya yang menjadi taukeh sudah melihat bahawa aset penting restoran ini, tidak lain tidak bukan, Kadeer.., itulah aset penting dan tunjang majunya restoran ini, untuk tidak mahu Kadeer beralih arah, maka rakannya yang juga taukeh restoran ini telah menjodohkan adik perempuannya kepada Kadeer. Dengan adanya ikatan ini, sudah tentu Kadeer tidak akan kemana-mana lagi.
(*) Kerja-kerja mengali semula kubur arwah disambung semula selepas Maghrib. Orang ramai semakin ramai menumpu ke tanah perkuburan. Di dalam masjid, bacaan Yaasin untuk arwah juga turut diadakan. Waris arwah juga turut berada di situ. Bunyi ketukan masih kedengaran dari arah dalam kubur.
Mulut Imam Saufi tidak putus-putus kumat kamit dengan bacaan ayat-ayat suci. Juga kadang-kala beliau berdoa sambil menadah tangan mohon dipermudahkan urusan ini. Kini sudah lebih 20 minit tanah dicangkul dan dikorek. Permukaan papan keranda mula kelihatan.
III
Papan keranda pun dibuka. Imam Saufi, pegawai polis, doktor juga orang dari pejabat agama kini mengambil alih tugas. Yang peliknya, ketika papan penutup keranda dibuka, tidak langsung dilihat bahawa mayat ini 'hidup'. Cuma kedudukan mayat ini saja sedikit berubah. Hampir 15 minit kerja-kerja pengesahan dilakukan keatas mayat. Dan akhirnya mayat itu kekal disitu dan dikambus semula. Ada beberapa 'aib' yang tidak dapat dituliskan untuk bahan bacaan pembaca ketika mayat diselongkar dari kuburnya. Penulis memohon maaf.
Jam 9.30 malam, semua urusan berkaitan jenazah yang dianggap 'hidup' itu selesai sepenuhnya. Cuma bunyi 'aneh' itu terus kedengaran apabila kubur itu dikambus semula. Tidak siapa yang mampu menjawabnya. Ia terus menjadi misteri. Apa yang diketahui selama 40 malam bacaan Yaasin berterusan telah dibuat di masjid itu.
** Dari apa yang diketahui, arwah Kadeer ini sebenarnya 'membela' beberapa ekor jin sewaktu hayatnya. Kerana itulah ketika arwah hidup dan berada di dapur, tidak seorang pun pekerja restoran dibenarkan oleh arwah untuk masuk membantunya. Malah jika ada yang mahu tunjuk rajin mahu membantu, habis diherdik dimarahinya.
Ketika menyediakan makanan dan masakan, dipercayai Kadeer memasukkan 'benda-benda' kotor hasil bantuan jin belaannya ke dalam makanan. Kerana itulah rasa dan enak masakan Kadeer sangat luar biasa. Ketagihan pelanggan itu yang membuatkan restoran Kadeer ini cukup maju, masakan tidak..setiap lauk yang ada tidak mengambil masa lama untuk habis.
Ada orang kata, masakannya bercampur dengan air kencing jin. Itu yang jadi sedap dan jadi ketagihan kepada orang ramai nak makan di kedai mamak. Wallahu aklam.
Sebulan selepas kematian arwah Kadeer, restoran itu agak kurang dikunjungi pengunjung. Malah pelanggan-pelanggan tetapnya dahulu banyak yang sudah lari ke kedai lain. Masakan yang dihidangkan juga tidak lagi se'hebat' masakan Kadeer. Malah ketika waktu malam, ramai pekerja-pekerja nya cabut lari kerana tidak tahan melihat bayang 'Kadeer' yang sering berada diruang dapur restoran. Tukang masak yang mengantikan Kadeer yang cukup teruk di'ganggu'. Dari apa yang dimaklumkan kepada penulis, gangguan2 itu adalah kerana jin-jin belaan Kadeer kini tidak lagi 'bertuan'. Sebab itulah pekerja-pekerja restoran itu selalu bertembung dengan 'Kadeer' di dalam restoran itu ketika waktu malam. Selalunya selepas kedai ditutup. Memang menakutkan.
Seorang ustaz sekolah agama juga menceritakan pengalamannya ketika makan direstoran itu lewat 15 tahun yang lalu kepada orang 'perantara' yang menceritakan kisah ini kepada penulis bahwa beliau dapat melihat beberapa ekor 'jin' yang mulutnya terjelir dengan muntahan lendir berada disekeliling periuk letaknya lauk-pauk yang dihurung pelanggan. Sejak dari hari itu ustaz itu tidak lagi menjejakkan kaki ke restoran tersebut.
Selang 5 bulan kemudian, restoran mamak yang sangat popular di pekan kecil itu ditutup dengan rasminya. Ini kerana restoran itu tidak lagi dikunjungi pelanggan. Malah kematian Kadeer turut mematikan terus perniagaan restoran itu. Oleh kerana perniagaan resotran yang tidak lagi berdaya maju, maka pemiliknya telah menjualkannya kepada seorang cina.
Jika sekarang, restoran yang pernah menempatkan restoran mamak paling maju di pekan kecil ini satu masa dahulu, kini telah berubah menjadi kopitiam. Dan kematian Kadeer membawa bersamanya 'misteri' yang sehingga sekarang tidak terjawab oleh ramai orang.
Kepada yang gemar makan dikedai mamak, berhati-hatilah. Tidak mustahil apa yang 'Kadeer' miliki turut dimiliki pula oleh tukang masak mamak yang lain. Jangan sampai kita termakan 'najis' dan muntah jin. Ia lebih kotor dari najis yang kita keluarkan setiap hari. Wallahuaklam
(*) Kisah ini diceritakan oleh seorang pegawai agama(sudah pencen) kepada penulis baru-baru ini untuk slot Mayat dan Iktibar di albanjari Online. Siri akan datang : Mayat dan Iktibar 2011 - Siksanya mayat pemakan riba
0 comments:
Post a Comment