Dakyah Umno dajjal - ahli PAS makin terperangkap?
Nampaknya ahli PAS sudah terperangkap dengan strategi politik Umno/BN yang cuba mengalihkan tumpuan rakyat dari isu sebenar kepada isu debat dan muzakarah.
Ternyata mereka sudah berjaya kerana jelas kelihatan pimpinan PAS dan ahlinya mula memperkatakan isu debat dan muzakarah ini sedangkan terlalu banyak isu lain yang sepatutnya menjadi perkara utama untuk kita ketengahkan.
Tiap-tiap hari media memainkan isu ini sehingga rakyat mungkin sudah lupa kepada isu minyak dan barang naik, isu ekonomi, isu jenayah, rasuah dan sebagainya.
Jangan kita terikut-ikut sama dengan permainan Umno/BN. Mereka sentiasa mencari jalan untuk mengalihkan tumpuan rakyat dari isu-isu besar yang gagal ditangani mereka.(sofiwahab)
February 8, 2011 at 10:43 PM
Aku nasihatkan hg, baca la sikit sirah nabi, wahai tungkaran hati, tentang pembukaan kota makkah dan perjanjian hudaibiyah, ada sahabat tak setuju dgn perjanjian tu, sedangkan islam sudah kuat, patutnya serang saja puak musyrikin makkah, tak perlu buat perjanjian, dah tu tahun tu tak boleh buat haji pulak, kena berpatah balik pulak, tapi mereka taat pada nabi, dan selepas tu lihat, islam terus berkembang kepelusuk tanah arab. satu pertanyaan, apakah nabi sudah tidak memperjuangkan islam bila buat perjanjian tu?