PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

PRK lagi, lepas Merlimau ke Kerdau plak !

PRK lagi ! Muttakhir ini ramai pulak Adun BN mati. Jika yang mantan tu, tak mati biasa, tembak kepala pun ada..supaya cepat ajal..hadoiiy ! Untuk keluarga Adun Kerdau, aku ucapkan takziah. Seperti biasa, jika ada panggilan jihad, selepas Merlimau ke kerdau aku beb !

ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada Umno meninggal dunia pada jam 6 petang tadi, menurut siaran Buletin Utama, TV3.
NONE

Allahyarham dikatakan menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke hospital selepas dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya.


Sejak setahun lalu, Zaharuddin seringkali keluar masuk hospital kerana pelbagai penyakit. Kali terakhir adalah pada November tahun lalu di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Hospital di Temerloh kerana tekanan darah yang tidak menentu.



Allahyarham juga sebelum ini pernah dimasukkan ke IJN pada 9 Mei tahun lalu apabila berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus.

Kematian itu menyaksikan pilihan raya kecil kali ke-16 bakal diadakan selepas pilihan raya umum 2008. Ia adalah pilihan raya kecil pertama di Pahang.

azlan

Mengikut undang-undang pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari.


Ketika ini, parti-parti politiksibuk membuat persiapan bagi pilihan raya kecil ke-15 bagi mengisi kekosongan kerusi dewan undang negeri Merlimau, Melaka akibat kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan kerana sakit jantung.


Zaharuddin, 63, menang kerusi DUN Kerdau pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim.

Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratusMelayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus kaum-kaum lain.

1 comments:

  1. Putra IJ80 said...

    Yang pasti orang FELDA tak perlu kait buah,biar buah berguguran busuk di lahap dek ulat,tikus apa apa aje lh.

    Duit akan berterbangan dari celah celah ketiak Menteri,AJKK,JKK,Ketua Kampung,Ketua Blok,dan dari berbagai pertubuhan wanita di ketuai Mak Ijat.

    Walaupun busuk, hanggit,hanyir,dapat dapat di cium dulu,ambik berkat.

    Kan orang FELDA nie, ganti orang asal.(hidup di hutan)

    Jgn maree!!!!.

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |