Umno Merlimau yang lemau - Aku Tetap Sokong UMNO Walau Rumahku Macam Reban Ayam
Gambar ini bukan di negeri Kelantan, Sabah atau pun Pahang dan bukan juga dipedalaman Sarawak. Tetapi gambar ini terletak lokasinya dekat dengan Bandar Merlimau.
Dan itu juga adalah rumah penyokong tegar Umno. Umno Merlimau. Merlimau itu di mana ye? Melaka Maju 2010 atau di Kampung Baru? Ini wajah Melaka Maju 2010 untuk DUN MERLIMAU yang bakal diadakan penamaan calon pada 26 Feb 2011 dan pengundian pada 6 Mac 2011.
Tidak kisah rumah macam reban ayam atau kandang kambing dan yang paling penting adalah menyokong hasrat kerajaan UMNO/BN dengan slogan "Rakyat Didahulukan". Mungkin tuan rumah ini tidak sedar bahawa Melaka telah diisytiharkan "Melaka Maju 2010" tetapi rumah ini bagaikan reban ayam yang tidak melambangkan Melaka Maju 2010.
Adakah tuan rumah ini telah kenyang dengan pemberian RM200-RM500 dari pihak UMNO/BN supaya menyokong parti yang kononnya memperjuangkan melayu ini. Tuan rumah ini boleh diklasifikasikan sebagai murahan kerana harga seekor kambing pun mencecah harga RM350-RM500 seekor setiap kali untuk dikorbankan.
Bukan setakat itu sahaja, harga diri dan maruah mereka yang disogok oleh UMNO/BN ini seperti pelacur murahan. Apa tidaknya dan cuba kita buat perkiraan untuk tempoh 5 tahun pilihanraya. Harga RM200-RM500 telah dibayar kepada pengundi BN untuk pilihan raya tetapi pilihan raya itu tempohnya 5 tahun. Maka untuk setiap tahun pengundi itu dapat sekitar RM40-RM100 setahun.
Begitu murah harga orang melayu khususnya yang mengundi UMNO/BN. Sedangkan harga seekor lembu setiap kali korban adalah RM2000-RM3000 seekor. Lembu kalo UMNO/BN mahu bayar RM200 pun mereka sanggup lari dan sebab itu bila masa raya korban, lembu yang dibeli oleh orang UMNO/BN selalu jadi liar dan sukar untuk disembelih.
Selain itu juga, kalau diikutkan daripada perkiraan tadi bagi pendapatan yang diterima oleh pengundi UMNO/BN dengan berbekalkan RM40-RM100 setahun, ia tidak mencukupi kerana tahun lepas sahaja harga bahan bakar naik 3-4 kali dalam setahun. Cukupkah dengan pemberian oleh UMNO/BN itu? Maka melayu selalu ditipu oleh melayu sendiri kerana mentaliti orang melayu yang menyokong UMNO/BN ini masih buta dan tuli.(kijang59)
February 8, 2011 at 1:01 PM
Melihat kepada gambar yang dipaparkan itu, "reban ayam" yang dikatakan tu, seperti rumah tambahan kepada rumah batu yang berada disebelahnya sahaja.
Macam dikampung orang rumah saya di Pahang, walaupun ada rumah batu yang selesa didepan, tetapi dibelakang rumah, dibina juga rumah pondok yang besambung dengan rumah utama. ianya digunakan samada untuk berehat-rehat, tempat memasak ataupon tempat untuk membuat industri-industri kecil mungkin juga sebagai store menyimpan barang yang tidak diperlukan.
Dikuala lumpur atau dibandar-bandar mungkin tidak akan kelihatan pemandangan seperti itu. Dikampung-kampung atau dipendalaman, ianya biasa sahaja.
February 8, 2011 at 10:29 PM
Aku pun rasa macam hang rasa anonymous, tapi aku rasa dia letak bendera kat situ pasai nak tunjuk dia susah, nanti dapat la bantuan, depa ni suka jadi tangan yg dibawah (meminta) walaupun dah senang, depa bukan fikir pasai maruah, yg depa fikir aku mesti dapat, tidak seperti pejuang PAS, berebut nak jadi tangan yg diatas (memberi), sebab tu walaupun dah 50 tahun lebih PAS ditekan, PAS masih hidup dan semakin berkembang, sebagaimana perkembangan islam diawal dulu, kerana ada orang seperti abu bakar,umar,usman,ali,abd rahman bin auf dan lain-lain, mereka semua menjadi tangan yg diatas.
February 9, 2011 at 4:48 PM
saudara.. saya rasa itu just stor kepada rumah batu tu.. di Melaka rumah kampung sebegitu adalah perkara biasa..