PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

(11) Pre-Mortem - Tuan Ibrahim ustaz flip-flop, husam apa pulak ? Hip Hop ???

albanjari | Kg. Milah
Kalkulasi mudahnya pertandingan untuk jawatan no.2 PAS ini menemukan golongan pro ulamak dan bukan ulamak. Undi pencalonan pro ulamak - Nasaruddin(43) + Tuan Ibrahim(39) = 82 kawasan PAS telah mencalonkan calon ulamak di kerusi Timbalan Presiden berbanding hanya 47 kawasan mahukan Mat Sabu. 

Dan sekiranya dimasukkan kurang lebih 15 kawasan lagi yang berhasrat untuk mencalonkan Tuan Ibrahim bagi jawatan timbalan tetapi tidak dapat berbuat demikian atas sebab-sebab teknikal berkaitan dengan tarikh tutup maka dominasi pencalonan memihak kepada pro ulamak.



Penulis meletakkan figur dan angka itu bagi menyanggah kata seorang blogger dimana beliau ingin mencetuskan keraguan di fikiran penulis,  keraguan apa ? Biar penulis holdkan dulu seketika ! Apapun kalkulasinya, penulis melihat laluan Mat Sabu kali ini agak sukar. Malah diatas kertas juga, penulis menjangkakan Ustaz Tuan Ibrahim sudah mempunyai undi yang baik daripada 54 kawasan PAS yang memberi pencalonan kepadanya baik secara rasmi mahupun tidak rasmi. 

Ada sahabat blogger menghubungi penulis, andai berlaku penyokong Ustaz Nasa berpaling tadah, dan menyokong Mat Sabu dan menolak Tuan Ibrahim. Apa macam ?? Penulis tidak mahu menjawab soalan 'gila' semacam itu. Mungkin artikel DI SINI boleh membantu memberi jawapan.

Mengejutkan dan mengelirukan kah ? Penulis jadi hairan. Mengapa perlu jadi keliru dan terkedu apabila Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim menyatakan kesediaannya untuk bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden PAS dalam Muktamar 2011 ? Inilah yang tidak disenangi oleh beberapa blogger yang tiba-tiba menjadi prejudis kepada kenyataan calon. 

Blogger Tulang Besi kata, “Tiada langsung di kepala mereka perasaan sayangkan parti ataupun memikirkan perasaan pengundi-pengundi yang mahukan PAS berwajah “kontemporari” atau “waqi’” Bagi mereka, yang penting adalah jawatan Timbalan Presiden mesti pergi pada orang berpendidikan agama tidak kira sebelum ini orang yang berpendidikan agama telah gagal membahu tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden.” 

Apakah ini menunjukkan ada hasrat untuk menolak atau tidak mahu ulamak memegang jawatan Timbalan Presiden ? Tetapi lebih mahukan  tokoh “kontemporari” yang bermaksud tokoh bukan dari kalangan berpendidikan agama ? Dalam ertika kata lain, Ustaz Nasarudin dan Dato’ Ustaz Tuan akan dijadikan 'kain buruk' yang layak diletakkan di bucu-bucu dapur saja di dalam PAS ?

Walaubagaimanapun penulis meraikan kepelbagaian golongan bertanding untuk duduk di kerusi Timbalan Presiden. 

Husam kembali meriahkan pertandingan
Oleh : MSO


* Nun jauh di Chengdu China, beliau membuat kenyataan ingin ikut sama merebut jawatan Naib Presiden yang pernah dimenanginya selama dua penggal.


Tidak syak lagi perubahan sikap dan ralat fikir Husam itu ekoran perubahan sikap dan pendirian Tuan Ibrahim Tuan Man yang hari ini telah menyatakan kesediaanya untuk bertanding jawatan timbalan presiden. Bermula dari keputusan inilah maka Husam turut mengubah sikap, dan belajar dari ulama? Kalau Tuan Ibrahim seorang ulama boleh mengalih kata, kenapa tidak dengan Husam lagi pun mereka dalam 'game' politik.


Apakah ini kebetulan, atau ada strategi, tidak perlu difikirkan. Yang penting demikianlah politik yang mana keputusan, kenyataan dan sikap tidak rigid. Pergaduhan juga tidak kekal hingga ke neraka! Ia boleh berubah-berubah mengikut masa dan keadaan. Perubahan ini pula bukan dosa, kerana politik itu sendiri unik dan mempunyai empat rukun yang mesti dilalui. Rukun itu ialah 4C.


Biarlah saya tidak mahu mengulas apakah Husam akan menang atau tidak. Itu perkara nombor dua. Yang penting beliau ikut sama memeriahkan muktamar dan memberi kepuasan kepada penyokongnya. Seperti mana katanya kesediaan itu membawa agenda untuk memprofesionalkan ulama dan mengulamakan profesional. Saya rasa satu tag line menarik yang mana realitinya bukan mudah untuk diurus dan laksanakan. Alasan lain kata Husam kesediaan itu kerana Kelantan perlu ada seorang pemimpin diperingkat tertinggi. seterusnya..




Timbalan Presiden : Laluan Mat Sabu agak sukar
Oleh : AlHusseyn

Jawatan Timbalan Presiden PAS akan menjadi rebutan sengit kepada tiga tokoh iaitu, Tuan Ibrahim, Mohamad Sabu dan penyandanganya, Ust Nasharuddin Mat Isa.

Ramai yang menganggap dengan kemasukan Tuan Ibrahim dalam perlumbaan kali ini akan menyempitkan lorong larian Ust Nasharuddin dan sekali gus memudahkan Mat Sabu memecut memenangi perlumbaan ini. Tetapi, penyokong Mat Sabu jangan suka sangat! Kura-kura pernah mengalahkan arnab dalam perlumbaan kerana menggunakan strategi yang bijak.

Saya menyakini, laluan Mat Sabu tidak semudah itu.Saya melihat bahawa langkah seterusnya yang bakal diambil ialah dengan memujuk Ust Nasharuddin menarik diri dengan alasan untuk menyelamatkan beliau dari menerima malu dengan kekalahan nanti.Tetapi yang sebenarnya adalah untuk memberi laluan mudah kepada Tuan Ibrahim berentap satu lawan satu dengan Mat Sabu.Kita tunggu besok, 26 Mei , tarikh akhir pengesahan menerima pencalonan; sama ada Ust Nasharuddin menarik diri atau tidak!

Kalau Ust Nasharuddin menarik diri, dia akan dilihat sebagai penakut yang tewas di luar gelanggang kerana tidak sanggup mempertahankan jawatannya.Lainlah kalau Ust Nasharuddin menarik diri diawal-awal lagi dengan membuat kenyataan tidak mahu mempertahankan jawatan tersebut.Beliau akan mengingatkan orangramai kepada Allahyarham Tun Ghafar Baba yang terpaksa menarik diri daripada mempertahankan jawatan Timbalan Perdana Menteri bila berhadapan dengan Anwar Ibrahim dahulu.

(*) aku menulis tanpa prejudis ada apa-apa kepentingan dalam parti ! Sekadar tulisan peribadi blogger marhaen PAS.

0 comments:

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |