PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

PANAS BERAPI - Sapa nak jawab ! Barbican Haram...???




Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal’ di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.

Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri ‘bir halal’ itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian.

Menurut sumber, JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia untuk pengesahan dan hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol.

“Berikutan penemuan itu, JAJ memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan selanjutnya. Sementara itu, sumber Jakim berkata, kebanyakan pengguna Islam yang gemar minum minuman itu mungkin tidak menyangka kewujudan alkohol dalam minuman itu berikutan ia dikilang dan diimport dari negara Islam di Timur Tengah.

Menurutnya, tambah meyakinkan apabila label pada luar produk berkenaan tertera tulisan minuman itu bebas alkohol dan hadir dalam pelbagai jenis perisa buah-buahan.

“Ia mula popular sejak lebih setahun lalu di kalangan masyarakat apabila minuman botol itu mudah diperoleh di kedai runcit, restoran termasuk kafe pada harga antara RM3 hingga RM5 sebotol.

6 comments:

  1. bahtera hidup said...

    kat mekh pun ada jual air ni

  2. bahtera hidup said...

    hhmmm..kat mekah pun banyak jual air ni..

  3. Anonymous said...

    kat mekah pun ada KFC, McDonald dan produk Amerika. Bukan makna kalau ada jual kat Mekah semuanya boleh melantak. masa kita tak tahu tak apa, bila kita dah tahu, kita jangan minum.

    Sekarang ni kat Mekah ada kawasan shopping bawah tanah. kat situ orang pompuan buka aurat ramai.

    Kita jangan ikut Mekah, tapi ikut Islam. Mekah itu ditadbir oleh manusia yang belum tentunya patuh pada Allah.

  4. Anonymous said...

    Salam Wak!

    Di dalam sesebuah negara yg tak berapa kisah bab2 halal haram, macam Malaysia ni, org yg meminum nya sendiri lah yg perlu jawab!

    Minuman & makanan kita, kita sendiri lah yg menentukannya. Jgn salahkan org lain!!

  5. Anonymous said...

    air ade di jual kat malaysia tanggugjawab sape..

  6. Anonymous said...

    namapun dah semacam..barbi..kan.sepatutnya seiring islam sebagai agama rasmi, pihak jakim, jab kimia dan pengguna mempunya i saluran y jelas utuk membuat pengesahan halal haram makanan ni. mintak je 111juta bina dan buat makmal yg canggih utk kesan sebarang elemen kebabian...dr kat malaysia ramai..

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |