PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

(1) Analisa : 'saya terbuka untuk dilawan' dan 'melawan' - Mat Sabu

albanjari | Analisa 1-
Datuk Abdul Halim Abdul Rahman menyifatkan pemilihan parti Islam itu kali ini yang paling sengit. Ini kerana jelas beliau, jawatan-jawatan yang dipertandingkan termasuk barisan kepimpinan tertinggi menyaksikan persaingan nama-nama besar dengan hampir kesemua jawatan disaingi.

Saingan 3 penjuru untuk jawatan timbalan presiden dilihat sangat sengit dan 6 penjuru bagi naib presiden pula bukan satu pilihan mudah untuk memilih 3 yang terbaik. Lihat saja nama calon yang akan bertanding untuk jawatan nombor 2 itu dibawah :

1. Nasharudin Mat Isa. (sedaya upaya pertahan jawatan)
2. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (mantan Naib Presiden PAS)
3. Mohamad Sabu( mantan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat)

Ada kalangan pemerhati melihat perkembangan ini sebagai pertempuran antara 2 golongan di dalam PAS. Golongan pro-pembaharuan dan golongan pro-ulamak. 

Bezanya golongan ulamak kini meletakkan polemik kepada setiap ahli untuk memilih yang terbaik. Jika disandarkan kepada kekuatan calon, Dato' Tuan Ibrahim dan Ustaz Nasharuddin masing-masing mempunyai kekuatan yang sama rata, cuma yang membezakan antaranya ialah populariti calon lebih dimiliki oleh mantan Naib Presiden PAS yang lalu, iaitu Dato' Tuan Ibrahim berbanding Ustaz Nasharuddin.

Menyorot semula undi yang diperolehi oleh Dato' Tuan Ibrahim pada penggal lalu, beliau telah memperolehi 877 undi daripada 22 anggota yang terpilih duduk di dalam Jawatankuasa Kerja PAS Pusat oleh para perwakilan. Undi tertinggi dan calon paling popular untuk jawatan beliau sebagai Naib Presiden.

Mampukah Dato' Tuan Ibrahim mengekalkan undi tertinggi dan popular pada sesi pemilihan baru di kerusi no.2 PAS di sidang muktamar parti pada awal jun depan ? Itulah topik yang kini hangat dibincangkan oleh ahli dan blogger media baru. Apapun, penulis masih belum bersedia untuk meletakkan Dato' Tuan Ibrahim sebagai 'pemenang' pertandingan ini, tetapi lebih lunak penulis meletakkan beliau sebagai calon 'favourite' ulamak yang berpotensi untuk menang bergaya.



Calon Pro-Pembaharuan Bukan Ulamak

Mohamad Sabu kembali 'bersabung'. Jika dikembalikan sejarah lalu, mat sabu yang juga dikenali sebagai 'ayam sabung' PAS pernah mendapat 261 undi mudah dari perwakilan di muktamar parti Ke-55 pada tahun 2009 dibelakang Datuk Husam Musa (281 undi), sekaligus menyaksikan Ustaz Nasharuddin menang dengan jumlah 480 undi. Itu perkiraan masa lalu.

Kini gelora perubahan anak muda dilihat begitu mendesak agar kerusi no.2 itu diduduki oleh calon dari bukan ulamak, dan tokoh yang popular dari kalangan anak muda ini dimilki oleh Mat Sabu. Apapun yang berlaku, undi mutlak hanya ada pada perwakilan untuk memilih. Tidak hairan jika strategi kempen yang diuruskan untuk memenangkan Mat Sabu telah digerakkan lebih awal oleh golongan yang pro-pembaharuan, melalui facebook, blog dan yang terkini merayu undi melalui SMS juga digunakan.

Dalam kenyataan beliau, “ saya terbuka untuk dilawan. Malah sebelum ini berlaku pertandingan tiga penjuru ketika saya bertanding jawatan itu," - Malaysiakini, 4 Mei.

Betul, beliau terbuka untuk dilawan, dan 'terbuka' pula untuk melawan ! Dan sokongan dari golongan pro-pembaharuan turut membantu beliau 'melawan' untuk menang kerusi Timbalan Presiden. Apa pendapat penulis ? Penulis bersetuju dan sama pendapat dengan blogger Perakite bahawa mat sabu mampu menang, tetapi akan kalah jika penyandangnya Ustaz Nasharuddin Mat Isa menarik diri dan memberi laluan kepada Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, tetapi hal itu tidak berlaku.

Biarpun dari jumlah pencalonan mat sabu telah mendahului yang lain dengan menerima 45 pencalonan berbanding Nasharuddin hanya 42 pencalonan, manakala Tuan Ibrahim mendapat 39 pencalonan, itu belum cukup indah dan selesa untuk 'ayam sabung' PAS mengimpikan kemenangan mudah. Ini kerana faktor undi untuk Ustaz Nasharuddin mungkin akan berpaling kepada Dato' Tuan Ibrahim, bagi mengekalkan tradisi kepimpinan ulamak bagi jawatan nombor satu dan dua parti dari terlepas kepada mat sabu, atau pro-pembaharuan dari bukan ulamak. Dilihat tenang tapi sengit sebenarnya !

Bagi ustaz nasharuddin, beliau bersedia untuk menang dan bersedia juga untuk tewas. Bagi beliau, dia berjuang kerana Allah bukan kerana habuan dunia atau habuan yang ditawarkan oleh sesiapa. Ustaz Nasharuddin tetap bersama pimpinan ulamak dan ahli-ahli PAS yang ikhlas berjuang dalam PAS dan wala’nya tidak berbelah bagi kepada PAS. Hubungan dengan PKR dan DAP atau UMNO hanyalah sekadar hubungan politik bukan hubungan jiwa dan roh perjuangan. Ikuti v-tee beliau yg dirakam sebulan lalu dibawah.


Simpulannya, para ahli dan pimpinan diseru agar terus mendokong kepimpinan ulama yang dipersetujui sebelum ini tanpa menimbulkan polemik kepimpinan ulama dan profesional. Ini kerana di antara keduanya tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain. Pilihlah pemimpin dengan rasa dan sifat taqwa, istiqamah dan iltizam yang tinggi dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.

Setiap keputusan yang dilakukan hendaklah dibuat dengan cara realistik, bagi mencari keredhaan Allah kerana sesungguhnya Allah merahmati orang yang mengenali pemimpin dan zamannya. Pemimpin perubahan mesti sentiasa berada di barisan hadapan dan berupaya pula memberi manfaat kepada masyarakat dan semua umat.

1 comments:

  1. subhan said...

    subhanallah!
    Ana kagum dgn penguasan ilmu dan bahasa arab ust nasa.
    Ana hairan kenapa ramai sangat yg iri hati dan dengki dgn kebolehan beliau.
    Jamaah akan rugi kalau kita kehilangan pemimpin seperti beliau.
    Hargailah peninggalan almarhum ust fadhil nor utk jamaah kita.

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |