(8) Pre-mortem calon : BN patut ganyang calon AJK PAS Pusat ini !
albanjari | 23 Mei 2011
Pre-mortem Muktamar PAS 2011
Pre-mortem Muktamar PAS 2011
Tidak sedikit kata-kata kesat dan lemparan fitnah dihala terus kepada calon ini oleh blogger-blogger UMNO dan Pro-kerajaan. Bacalah blog-blog mereka, akan ada serangan politik dan peribadi ke tubuh beliau.
Malah pemimpin UMNO khususnya di Perak juga tidak kurang yang membenci beliau kerana lantang dan bisanya ucapan-ucapannya baik di pentas ceramah mahupun di sidang DUN. Sejak 3 tahun lalu, political attacked itu silih berganti menghiasi pora hidupnya sebagai seorang ahli politik pembangkang, PAS.
Malah pemimpin UMNO khususnya di Perak juga tidak kurang yang membenci beliau kerana lantang dan bisanya ucapan-ucapannya baik di pentas ceramah mahupun di sidang DUN. Sejak 3 tahun lalu, political attacked itu silih berganti menghiasi pora hidupnya sebagai seorang ahli politik pembangkang, PAS.
2 hari lalu, kerana bermulut lancang membawa isu bomoh tuhanan UMNO ke sidang dewan, beliau secara rasmi menerima surat pengantungan hadir ke sidang DUN akan datang. Rakyat negeri Perak sangat menyedari akan gandingan mantap beliau dan DS Nizar. Setiap kali melontar isu-isu rakyat di dewan, pasangan 'duet' ini sangat digeruni, malah tabiat 'menyerang' kebobrokan UMNO di dewan sering disudahkan dengan meninggalkan konklusi yang memporak poranda kem BN di sidang DUN.
Jika dilihat, kualiti calon begini sangat diperlukan oleh parti malah kredibiliti beliau yang boleh berfungsi di peringkat tertinggi parti dan nasional tidak wajar dipandang kecil. Keberanian mengambil risiko dan tanggungjawab membawa isu besar rakyat terbanyak yang diwakilinya menjadi racun kepada Barisan Nasional.
Andai ditransformasikan kepada pentingnya calon ini diletakkan di kerusi AJK PAS Pusat, penulis melihat calon ini sangat signifikan dan dilihat tepat untuk dipilih, bagi meningkatkan dan menyumbangkan idea-idea baru untuk pembangunan yang dapat mentransformasikan isu-isu nasional berkaitan hidup rakyat semua kaum di negara ini dengan lebih lantang.
Teguran keras beliau minggu lalu kepada isteri Perdana Menteri dilihat begitu 'berani', melalui kenyataan medianya yang boleh dibaca di sini, dan PAS sebagai parti yang memperjuangkan islam amat memerlukan calon-calon pemimpin yang punya sifat berani dan ber'hati kering' seperti beliau.
Tanpa sifat itu mustahil teguran keras yang menyentuh 'aib' isteri PM mampu dilontarkan, malah penulis sendiri 'terkejut' dengan teguran beliau itu. Teguran yang keras, tetapi sangat wajar ! Siapa lagi yang boleh diharapkan untuk menegurnya secara yang sangat berterus terang begitu ?
Pandangan penulis positif , biarpun beliau itu seorang yang berbangsa cina, tetapi beliau juga seorang ustaz, Yang Berhormat ADUN, Ketua Penerangan PAS negeri, dan Ketua Seketariat Pakatan Rakyat, wajar untuk beliau menegur keras begitu, kerana beliau tahu hukum, hujah dan dalilnya. Dan kapabiliti calon yang mampu berkelakuan seperti seorang pemberi nasihat dan boleh meniupkan semangat amat perlu diketengahkan dan ditonjolkan pada pemilihan di Muktamar Jun ini. Kerekter sebagai seorang ' public figure' PAS yang disegani lagi digeruni musuh itu ada pada salah seorang dari puluhan calon AJK PAS Pusat ini, iaitu Drs. Khalil Idham Lim Abdullah.
Pre-Mortem Calon : Bahagian 1 (Klik Di Sini)
Pre-Mortem Calon : Bahagian 1 (Klik Di Sini)
Kenyataan Media Drs. Khalil Idham Lim Terkini : Bencana di Hulu Langat : Berdaftar atau tidak bukannya persoalan utama, yang penting hulurkan bantuan segera.
19 Jamadilakhir 1432H
Kenyataan Rasmi
Pejabat Ketua Penerangan PAS PERAK
Pemimpin yang baik perlulah bersikap terbuka apabila terjadi sesuatu bencana seperti yang belaku kepada Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di di Kampung Gahal, Hulu Langatt dan mereka perlu bijak bertindak dan segala langkah yang wajar, bukannya sekadar mencari salah mana-mana pihak dan menunjuk jaguh.
Saya melihat pemimpin BN hanya sibuk dengan kenyataan yang berbelit-belit sehingga tidak menghiraukan nasib para mangsa tragedi tanah runtuh Hulu Langat yang menyayat hati tersebut.
Pakatan Rakyat Perak menyokong usaha dan langkah positif dan drastik Ketua Menteri Pulau Pinang serta Menteri Besar Selangor sendiri yang telah memberikan reaksi dan tindakan pantas dengan menghulurkan bantuan segera kepada mangsa yang terlibat.
Pakatan Rakyat yang telah memerintah di beberapa negeri dan secara tidak langsung telah memberikan model bagaimana seorang pemimpin di sesebuah negeri mahupun negara tentang bagaimana reaksi yang perlu dari seorang pemimpin apabila berlaku tragedi seperti di hulu langat Selangor ini.
Kerana itu pemimpin Umno BN harus ambil contoh dari pemimpin-pemimpin negeri Pakatan seperti di Selangor dan Pulau Pinang.
Saya sangat kesal dengan kenyataan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang dipetik sebagai berkata Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Kampung Gahal, Hulu Langat tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mana-mana agensi di bawah Kementeriannya.
Saya memuji langkah Menteri berkenaan yang mengadakan lawatan rasmi ke lokasi musibah tersebut namun Shahrizat cuma mengatakan akan mengadakan pertemuan dengan agensi dan kementerian berkaitan dalam masa terdekat untuk mengetahui status rumah anak yatim itu.
Pesoalannya berdaftar atau tidak bukannya persoalan utama pada masa sekarang. Semua pihak mahu melihat kematangan pemimpin BN yang boleh membantu seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan.
Misi membantu rakyat bukan terbatas apabila tiada status berdaftar dan bermacam lagi kerebah birokrasi, seperti sikap yang ditunjukkan oleh Menteri Pembangunan wanita dan keluarga, Shahrizat Jalil yang menyibuk dengan kenyataan kononnya Sekolah anak yatim tersebut tidak berdaftar dengan kerajaan.
Sepatutnya shahrizat menumpukan usaha membantu mangsa dan keluarga yang terlibat sesuai dengan peruntukan dan bidang kuasa yang dimilikinya sebagai seorang menteri.
Usaha mencari kesalahan semasa pelbagai pihak memikirkan langkah untuk menyalurkan bantuan adalah tindakan tidak cerdik yang ditunjukkan oleh menteri umno itu.
Kerana itu saya tidak hairan mengapa Menteri terbabit kalah di parlimennya dan dimenangi oleh Nurul Izzah yang jauh lebih muda darinya.
Tahniah kepada pemimpin Pakatan Rakyat kerana bertindak segera membantu mangsa dan semua yang terlibat dengan tragedi yang menyayat hati ini,
Sekali lagi saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, semoga anda diberi ketabahan dan kesabaran oleh Allah swt.
Ketua Penerangan Pas Perak
Drs. Khalil Idham Lim
IPOH, (22 Mei 2011)
22 Mei 2011
Kenyataan Rasmi
Pejabat Ketua Penerangan PAS PERAK
Kenyataan TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin agar rakyat bersedia secara mental bagi menghadapi tekanan ekonomi yang bakal berlaku menggambarkan satu lagi kelemahan ketara BN mentadbir negara.
Apakah rakyat disuruh bersedia menghadapi tekanan ekonomi kerana pemimpin BN gagal berusaha bersungguh-sungguh untuk bantu rakyat?
Tan Sri Muhyiddin Yassin dipetik menyeru rakyat mempersiapkan mental untuk menghadapi kenaikan harga pelbagai produk berikutan kenaikan harga minyak dan kekurangan jumlah bekalan makanan kononnya akibat perubahan iklim sejagat.
Kerajaan BN telah mengaut keuntungan besar melalui Petronas berikutan kenaikan harga minyak di pasaran dunia. Keuntungan tersebut sepatutnya boleh disalurkan kepada rakyat.
Malaysia sepatutnya memiliki kekuatan dan lonjakan kemajuan dalam bidang pertanian yang hebat setanding negara jiran seperti Thailand yang berjaya melaksanakan dasar sehingga negara jiran itu tidak bergantung harap dengan bekalan makanan dari negara luar secara total.
Kegagalan BN mengurustadbir negara kian terserlah berikutan langkah-langkah yang diambil (kononnya sangat mengambil berat kebajikan rakyat) telah terbukti ia sebagai satu pembohongan kepada rakyat.
Usaha BN membela rakyat sejak 50 tahun lepas sebetulnya tidak terbela, kecuali dikaburi laporan media pro BN yang menutup perbuatan terkutuk Umno BN yang lebih suka merompak wang rakyat selepas setiap kali diberi mandat untuk memerintah.
Sepatutnya, pemimpin Umno BN yang mempersiapkan mental untuk menjadi pembangkang di Malaysia selepas PRU13 kerana rakyat akan pasti menolak ekoran telah cuak dengan lakonan mereka.
Ketua Penerangan Pas Perak
Drs Khalil Idham Lim
IPOH, (22 Mei 2011)
May 23, 2011 at 12:33 PM
Takbirrrrr!Allahuakhbar3....