(19) Muktamar PAS - Benarkah perwakilan susah nak pangkah ?
[..] Ini kali pertama parti itu berhadapan dengan persaingan paling sengit bagi kesemua jawatan utamanya tetapi menasihatkan lebih 1,000 perwakilan agar tidak mengundi “secara emosional” dalam memberikan mandat baru hujung minggu ini.
Pengerusi Tetap PAS Abu Kassim Abdullah berkata, beliau secara peribadi merasakan sukar untuk membuat pilihan calon yang terbaik untuk mengisi kedudukan sama ada bagi jawatan timbalan presiden ataupun naib presiden.
“Ini pandangan peribadi saya... cakap banyak pun susah nanti, dulu sangat jelas, nak pilih tiada masalah. Sekarang nak pangkah mana satu, saya rasa sangat sukar, saya sendiri pun tidak tahu nak pangkah siapa.
“Saya rasa berbanding dengan pemilihan tahun 2009, ini adalah (pemilihan) yang paling sengit, tetapi lebih sengit daripada tahun-tahun lalu,” kata beliau yang memegang jawatan pengerusi tetap sejak 24 tahun lalu. - selanjutnya
Pewakilan muktamar, jangan lupa bawa Perlembagaan PAS.
Pejabat Ketua Penerangan PAS Perak.
Saya ingin menarik perhatian mengenai beberapa persiapan yang sebaiknya dilakukan oleh perwakilan PAS seluruh negara sebelum mereka melangkah ke Muktamar PAS tahun ini sebagai perwakilan bagi memenuhi amanah yang ditetapkan oleh kawasan masing-masing.
Mungkin saya tidak selayaknya untuk memberi pandangan seperti dibawah namun paling kurang ianya memberi ingatan kepada diri saya sendiri.
1. Semua perwakilan saya kira sewajarnya memastikan membawa setiap seorang atau sekurang-kurangnnya bagi setiap kawasan senaskah buku Perlembagaan PAS . Ini penting sebagai rujukan semasa timbul kekeliruan sepanjang pengendalian sidang terutamanya sesuatu yang berkaitan dan peraturan yang sedia ada.
Membawa nasakah perlembagaan parti setiap kali muktamar adalah sesutu yang sangat penting terutamanya semasa ada usul berkaitan dengan pindaan perlembagaan.
2. Perwakilan juga hendaklah membudayakan untuk mencatat perkara penting berupa usul, cadangan, amanat pimpinan dan sebagainya sepanjang tempoh muktamar berlangsung seperti yang dianjurkan oleh Islam. Kerana itu bahan catatan secukupnya hendaklah dibekalkan oleh panitia atau di bawa sendiri oleh setiap perwakilan.
3.Khusus bagi perwakilan yang mengidap penyakit yang memerlukan rawatan pemakanan ubat secara rutin maka saya ingatkan supaya perwakilan yang terlibat untuk membawa bekalan ubatan secukupnya. Ini adalah untuk mengelak gangguan kesihatan dan menjejaskan prestasi kehadiran selama sidang.
4. Bagi yang ditugaskan sebagai pembahas bagi setiap negeri, saya mencadangkan adalah sebaiknya disediakan teks perbahasan supaya perbahasan pada muktamar lebih berkualiti dan menepati masa yang telah ditetapkan. Perlulah diingatkan bahawa perbahasan tersebut menjadi perhatian dan dinilai oleh banyak pihak termasuk kawan dan lawan dan sekaligus meletakkan PAS sebagai parti yang lebih disegani dan dihormati dipersada politik tanah air.
5. Semuga penginapan yang sepatutnya telah ditempah sekitar Taman Melewar dan Kuala Lumpur bagi memastikan kesihatan dan stamina perwakilan juga menjadi keutamaan.
Akhirnya saya mengharap semua perwakilan dan pemerhati diberikan keselamatan oleh Allah SWT sepanjang perjalanan pergi dan balik dari muktamar. Harapan saya semuga muktamar pada tahun ini akan melonjakkan semangat jihad semua petugas parti untuk melakukan sesuatu yang terbaik bagi memenangkan PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRU Ke 13 yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.
Kenyataan Media,
DRS. KHALIL IDHAM LIM
PARIT BUNTAR, 30 Mei 2011.
0 comments:
Post a Comment