Muktamar PAS (12) - Imej 'orang kampung' Mat Sabu menangkan beliau ?
"Imej orang kampung yang dibawa oleh Mat Sabu, menyuntik undi besar kepadanya.." - SMS
Keputusan pemilihan jawatankuasa pusat PAS yang diumumkan hari ini menggambarkan bahawa 'tsunami' kumpulan Erdogan atau pro-Pakatan Rakyat telah melanda parti Islam itu. Asakan padu Erdogan turut menyingkirkan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai selebriti PAS dan calon pilihan kumpulan pro-ulama, Ketua Penerangan Idris Ahmad. Di peringkat jawatankuasa pusat pula, sekurang-kurangnya 10 daripada 18 yang dipilih juga daripada kelompok Erdogan atau cenderung kepada kepimpinan Mohamad.
Tsunami besar ini selari dengan trend pemilihan dalam pemilihan muktamar di mana hampir semuanya dimenangi golongan wakil rakyat dan profesional. (kenyataan jahat oleh MKini)
Komenter 1 | Anuar Hashim
Perakite : Perak tidak mempunyai wakil yang memenangi kerusi AJK PAS Pusat.
Kesemua calonnya yang bertanding antaranya ialah YB Idham Lim, Haji Asmuni Awi dan Ustaz Haji Norazli Musa gagal mendapat tempat di hati perwakilan. Nampaknya di dalam senarai AJK terbaru ini, tiada wakil dari bukan melayu dipilih. Semua melayu !
Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin yang memperolehi undi tertinggi bagi kerusi AJK Pusat pada Muktamar lepas, menarik diri daripada bertanding kerusi AJK PAS Pusat kali ini. Beliau mempunyai potensi dipilih sebagai AJK jika bertanding. Namun Nizar memilih untuk hanya bertanding jawatan Naib Presiden tetapi kecundang.
Jika beliau bertanding hanya kerusi AJK, beliau sekali lagi dilihat mempunyai potensi besar muncul sebagai calon memperolehi undi terbanyak sekali lagi. Andaian ini berdasarkan keputusan yang diperolehi Datuk Nik Amar Abdullah yang kecundang bagi kerusi Naib Presiden apabila hanya memperolehi 321 undi, tetapi memenangi kerusi AJK dengan memperolehi lebih banyak undi iaitu 470 undi.
June 4, 2011 at 12:45 PM
Taniah! pro ulamak dan non ulamak telah kalah, pro UG dan anti UG telah hancur, ulamak dan erdogan telah binasa, ulamak dan profesional telah mati.
PAS menang! PAS menang lagi!. UMNO tetap akan kalah walaupun siapa yang menang di kalangan ahli PAS.
PAS telah menang.
Marilah sama-sama kita memohon ampun kepada Allah, kerana kotornya pemikiran kita, jahatnya hati kita, dimana kita sama-sama telah menyebarkan pelbagai cerita dongeng dan gelaran jahiliyyah, sesama ahli PAS demi untuk dipilih sebagai panglima perjuangan Islam, dimana kesannya adalah perpecahan dalam kesatuan ahli parti kita.
Selepas hari ini tiada lagi gelaran dan kepuakan seperti sebelum ini disebarkan kecuali dari mulut busuk para MUNAFIQ dalam perjuangan Islam.
Para ulamak dalam PAS mestilah bersyukur, kerana begitu ramai manusia bangkit untuk membantu mereka membangunankan Islam di Malaysia.
Para ulamak dalam PAS mestilah berterima kasih, kerana mereka boleh menumpukan lebih banyak masa untuk mendidik begitu ramai ahli PAS yang setia dan laparkan ilmu dan tarbiyyah.
Mereka yang bukan ulamak, mestilah bersyukur kerana inilah masa mereka membantu kerja para ulamak dan menjadi sendi dan tulang kepada usaha para Rasul.
Mereka yang terpilih mesti berusaha untuk menjadi ulamak dengan belajar agama secara profesional daripada ulamak dalam PAS.
ini hakikatnya,
Abe Mat Sabu telah menang dengan cemerlang, Tuan Man Tuan Ibrahim menang bergaya, Nasaruddin Mat Isa menang menang lagi.
Ketiga-tiga panglima PAS ini telah menunjukkan jasa yang amat besar kepada perjuangan Islam. Kekalahan dalam pemilihan bukan bererti kalah dalam perjuangan. Ketiga-tiga panglima ini mesti diketengahkan dan diletakkan ditempat sewajarnya selepas daripada ini.
AMARAN.
Sila buang perkataan berikut dari blog anda, pro ulamak, non ulamak, pro UG, anti UG, Erdogan. Perkataan kotor dan cemar ini tidak sepatutnya wujud dalam blog yang tidak BANGAN.
June 4, 2011 at 2:09 PM
'ayam terlepas, tangan bau taik'. Ungkapan yang sesuai untuk geng 6 jahanam yang turut lingkup bersama Nizar yang ingin mereka lingkupkan. Hambikkkkkkk!