PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Syria - Jika dah Presiden solat macam tu, gerombolan lagi caca-marba !

Presiden Syria dan gerombolan solat, eh..! Pasai apa depa solat tungang-lungging ? Tok Imam tak bagitau kaa ...atau tak sempat nak belajar ?




Kisah Benar di bumi Syria kini
Saya baru melihat satu video berkenaan kekejaman pemimpin Syria Bassyar Assad (singa betina) yang berterusan membunuh orang islam tidak mengira jantina, tidak mengenal umur dan tanpa rasa belas kasihan & tanpa rasa bersalah. Dunia islam terus dicatat oleh keganasan para pemimpin yang kononnya beragama islam. Dunia islam terus dicemari dengan kekejaman, dan keganasan! Umat islam yang kuat bepegang kepada agamanya sering dikambing hitamkan sebagai pengganas, sedangkan pengganas itu wujud pada sebahagian pemimpin umat islam umpama Bassyar Assad, Muammar Ghadafi, Husni Mubarak, Zainal Abidin Ali dan lain-lain lagi.

Saya terkenangkan satu insiden antara saya dan salah seorang anggota immigration Syiria sewaktu memasuki Negara tersebut pada awal bulan februari 2011. Beliau bertanya kepada saya: "Kenapa tidak melancong ke Mesir? Bukankah disana ada Jihad sekarang?". Saya jawab: "Saya keluar dari Saudi bukan untuk berjihad, tapi untuk melancong dan melihat tarikh serta sejarah penduduk Syam!". Dalam hati saya berdetik: "Tunggulah sekejap lagi, silap-silap gaya kebangkitan di bumi Mesir akan merebak ke Negara kamu Insyaallah".

Terima kasih dan tahniah kepada Syeikh Muhamad al-Zu'bi menjelaskan pendiriannya dengan jelas dan berani. Beliau telah menyeru para ulama Syiria yang berdiam diri bahkan menyokong kekejaman assad secara langsung mahupun tidak agar bangkit melaksanakan kewajipan. Dimanakah Mufti Syiria terhadap kekejaman pemimpin kafir ini? Dimana syeikh Ramadhan al-Buthi yang kononnya menjadi tulang belakang kepada sekalian ulama Syiria? Rakyat Syiria dan umat islam seluruh dunia menunggu satu kalimah al-Haq yang menentang kekejaman, mempertahankan maruah agama dan kebebasan rakyatnya!

Adakah Syeikh al-Buthi masih lagi terlalu sayang terhadap saki-baki umurnya yang sudah terlalu senja? Adakah Bassyar Assad akan membantunya dihadapan Allah kelak tatkala beliau akan dipersoalkan dihadapan Allah? Sejarah yang tercatat ini, adalah aib besar kepada mereka (para ulama Syiria) yang membuktikan seolah-olah kehidupan dunia lebih utama berbanding amanah agama, ilmu, nasihat pemimpin dan semangat ukhuwwah islamiyyah, berbanding jawatan dan gaji-gaji yang mereka terima?

Bumi Syam telah mencatatkan sejarahnya yang tersendiri apabila melahirkan sekalian ramai para ulama yang hebat. Pejuang agama yang benar-benar ikhlas dalam menyebarkan ilmu dan kebenaran. Nama-nama mereka disebut dan dikenang hingga akhir zaman. Budi dan jasa mereka tidak hilang begitu sahaja di dunia apatah lagi di akhirat kelak. Bumi Syam (Syiria) telah melahirkan ulama-ulama hebat umpama Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, Az-Zahabi, Imam Ibn Kathir, Imam An-Nawawi, Imam Ibn Daqiq al-I'ed, Imam Ibn Qudamah, Mujahid Solehuddin al-Ayyubi dan lain-lain lagi bintang hebat. Apakah ulama Syiria sekarang sudah tidak punya semangat dan ruh nenek moyang mereka?

Saya tidak pasti, sudah berapakah bilangan mereka yang dibunuh dikalangan rakyat Syiria, pemuda, kanak-kanak, orang tua, lelaki dan wanita? Bassyar Assad menghalalkan segala cara demi mahu terus berada ditampuk pemerintahan sekalipun dengan menggadaikan ratusan bahkan ribuan nyawa penduduknya! Sekalian makhluk menjadi saksi terhadap kekejaman kamu wahai Basyyar pewaris kekejaman dan kezaliman bapanya Hafiz Assad! Semoga Allah menurunkan azab yang keras kepada kamu didunia sebelum akhirat. Kami doakan agar azab keras dan pedih menimpa kamu wahai Bassyar setimpal dengan dosa besar yang kamu lakukan terhadap manusia!!

Mufti Syiria Ahmad Badruddin Hisun akan mencatat sejarah baru Syiria sebagai ulama Suuk yang memelihara pangkat, gaji dan bermuka-muka dengan pemimpin zalim, fasik dan kafir itu. Nama kamu tidak lain hanya akan mencemarkan kehebatan sejarah bumi syam, menoda keberanian para ulama dan penduduknya suatu ketika dahulu.

Apapun, tahniah kepada rakyat Syiria yang mempertahankan hak, mencari kemuliaan, dan berjuang menentang kekejaman golongan Nusairiyyah kafir! Kami doakan semoga Allah menurunkan bantuanNYA, mendatangkan tentera-tenteraNYA dan menimbulkan rasa gerun dan takut dalam hati pemimpin-pemimpin khianat, zalim dan fasiq itu. Sesungguhnya Allah maha berkuasa keatas segala sesuatu.

1 comments:

  1. Unknown said...

    Baso jahil tukil punya pemimpin zalim,

    Kecik-kecik tok se mampus sudah besar menyusahkan orang.Berapa ramai ulamak yang dah dibunuhnya masih lagi nak tunjuk Islam konon.

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |