PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Muktamar PAS (11) - 'Takziah' kepada semua calon 'terpilih menang' !

Daripada banyak SMS yang masuk pagi ini, ini yang begitu mengejutkan. Wak salin tampal semula untuk paparan pembaca,
" aku mengisytiharkan bahawa semua urusan dan sumbangan aku untuk PAS dihentikan berkuat kuasa serta merta sebagai bantahan orang sunni memerangi syiah dan erdogan. Tindakan ini muktamad.." - SMS
Ada siapa yang berani komen? Ulasan ringkas melihat keputusan undi perwakilan, nampaknya TIADA seorang pun wakil didalam jawatankuasa PAS Pusat dari Perak. Apakah tindakan Nizar bertanding ke jawatan Naib Presiden itu satu kesilapan ? ulasan akan menyusul..



Analisa 1
Tinta MSO | Mohd Sayuti Omar



KEMENANGAN untuk Mohamad Sabu berbau sejak awal-awal lagi. Ada dua faktor ataupun gambaran yang bakal memberi kemenangan kepada Mat Sabu. Dalam catatan saya di kolom Arus Bawah dalam Siasah saya telah menyatakan sesuatu yang akan mungkin berlaku kejutan dan ia bakal memberi kemenangan kepada Mat Sabu apabila kedua tokoh al ulama Nasharudin Mat Isa dan Tuan Ibrahim Tuan Man tidak mahu kompromi.

Tanpa kompromi salah seorang darinya menyebabkan ia bakal memberi bahana kepada golongan al ulama war satur ambia. Bila pepercahan undi di antara keduanya berlaku maka Mat Sabu akan menang dengan mudah. Tampak andaian itu tidak meleset. Mohamad Sabu mendapat 420, Tuan Ibrahim 399 dan Nasharudin 224. Jelas kalau undi Nasharudin dan Tuan Ibrahim dicampur 623 ini bermakna Mat Sabu akan kekurangan undi sebanyak 200 undi.

Gambaran kedua bagaimana kedua calon al ulama itu akan hanyut ialah apabila Utusan Malaysia berkempen bermati-matian mahukan kepada ulama. Setengah pihak merasa seronok bila Utusan mengangkat martabat ulama dan membelanya. Secara zahir tindakan Utusan itu semacam ianya mahukan kepada tokoh ulama yang berada di nombor dua. Paling jelasnya Nasharudin.

Tetapi itu adalah strategi dan tektik Utusan saja. Di sini berlaku tindakan reverse psykologi. Apa sebenarnya yang dikehendaki Utusan ialah supaya tokoh ulama tidak berada di situ. Utusan khasnya dan tuan mereka lebih senang kepada Mohamad Sabu, atas beberapa sebab dan faktor.

Apabila Utusan...menyokong ulama menyebabkan perwakilan akan marah kepada tokoh ulama yang mendapat sokongan Utusan dan Umno. Di sinilah perwakilan membuat tindak balas dengan mengambil Mat Sabu. Jadi berjayalah Utusan memerangkap perwakilan dengan mengikuti jarum yang dikehendakinya.

Kenapa Umno sukakan kepada Mat Sabu? Jawabnya tidak ada sebab lain melainkan kerana Umno mengira mereka ada modal besar bila Mat Sabu duduk di nombor dua. Mereka akan menggunakan isu peribadi Mat Sabu unuk bahan kempen pilihan raya. Isu moral yang mereka gunakan untuk melemahkan PKR dengan isu Anwar akan dipolitikan kepada Pas dengan menggunakan isu peribadi lapok Mat Sabu.

Mungkin perwakilan sedar atau tidak. Kalau perwakilan sedar hal ini tetapi mereka tetap mahukan kepada Mat Sabu sudah tentu mereka mengira isu peribadi lapok itu tidak memberi bekas. Jadi walaupun Umno akan tayangkan peribadi Mat Sabu khususnya mengenai kelancangannya berucap ia tidak menjadi bekas.

Dari sudut lain kemenangan Mat Sabu dan tiga Naib Presiden, Sallahudin, Husam dan Mahfuz menjelaskan perwakilan bijak dalam menilai kepada tokoh yang berkualiti dari segi kerja untuk pargi. Perwakilan mahu kepada aktvis bukannya tokoh yang berimej saja. Perwakilan sudah lama memberi peluang kepada tokoh berimej ustaz yang hanya berdoa di tikar sembahyang saja.

Tidak dapat dinafikan baik Mat, Sallahudin, Husam dan Mahfuz merupakan tokoh yang kuat berkerja. Mereka ini dilihat senantisa berada di hadapan dan mampu menggerakkan parti. Mereka adalah aktivis yang berjaya menyelam kehendak anak muda dan berjaya pula menimbulkan isu dan tuntutan yang dingini oleh anak-anak muda. Barangkali kumpulan baru ini bolehlah dinamakan Masahusmah - dekat-dekat dengan nama Osama pakar perang psikoligi du abad ini. (sumber)

3 comments:

  1. Anonymous said...

    "Gambaran kedua bagaimana kedua calon al ulama itu akan hanyut ialah apabila Utusan Malaysia berkempen bermati-matian mahukan kepada ulama. Setengah pihak merasa seronok bila Utusan mengangkat martabat ulama dan membelanya. Secara zahir tindakan Utusan itu semacam ianya mahukan kepada tokoh ulama yang berada di nombor dua. Paling jelasnya Nasharudin.

    Tetapi itu adalah strategi dan tektik Utusan saja. Di sini berlaku tindakan reverse psykologi. Apa sebenarnya yang dikehendaki Utusan ialah supaya tokoh ulama tidak berada di situ. Utusan khasnya dan tuan mereka lebih senang kepada Mohamad Sabu, atas beberapa sebab dan faktor.

    Apabila Utusan...menyokong ulama menyebabkan perwakilan akan marah kepada tokoh ulama yang mendapat sokongan Utusan dan Umno. Di sinilah perwakilan membuat tindak balas dengan mengambil Mat Sabu. Jadi berjayalah Utusan memerangkap perwakilan dengan mengikuti jarum yang dikehendakinya."

    Saya kurang setuju dgn pendapat di atas.
    Seperti yang semua tahu, utusan ni bukan lah cerdik sgt. Dorg xreti kias2. Bila diaorg promote BN khususnya, dorg akan promote dgn dasyat skali. Jadi, jelas di sini apabila utusan nak pimpinan ulama, Nasharuddin khususnya, maka memang dorg harapkan itu.
    Sebab apa? sebab 'Perpaduan' lah.
    Apabila terlibat dalam linkungan politik, apa saja boleh berlaku. Walau bagaimanapun, perjuangan tetap perjuangan. Menang kita berjuang, kalah pun kita berjuang. Jgn menang lupa diri, dan kalah undur diri.

  2. ibnmustaffa said...

    Komen hamba;

    Hamba benci syiah kerana syiah benci sahabat.

    Hamba melaknat syiah kerana syiah melaknat sahabat.

    Sonang je jawapannya.....

  3. Anonymous said...

    SALAM. APA NI.. SEMUA ANAK MUDA MAU MAT SABU LA.. SKRG KAMI DA BERSEMANGAT BALIK NK LAWAN UMNO. SBLM NI DA XDA SEMANGAT PASAL BARISAN X UMMP. LA NI DAH BERUBAH. MAT SABU JIWA ANAK MUDA.

    NI APAHAL TIBE2 MASUK BAB SYIAH, LA SUNNI LA.. KEPALA OTAK KO ORG LA, YG KITA NK LAWAN NI BN. NI BARISAN PAS YG BARU BETUL2 KAW2 PUNYA SAMPAI UMNO PUN SAKIT PERUT. BILA LAWAN KITA SENAK DAN BERPELUH, ITU TANDAKNYA KEKUATAN MEMIHAK PADA KITA. KO ORG BISING2 NI MCM X SUKA JE PAS JD KUAT BALIK. KALO ADA PIKIRAN MCM TU, BGS BUANG JAUH, BUROK BENAR KELAKUNYA. KITA BG CHANCE REGU NI DULU, X PERFORME , AKAN DTG KITA TUKAR. BUKAN SUSAH.. UDAH LA, AKU NK JUMPA AMOI CINA AKU NK PROMOTE PAS PD MAK BAPAK DIA. SBLM TU KO ORGH BACA MALAYSIA TODAY, ANALISA RPK DGN BARISAN BARU PAS SKRG, DPT MENGIBANGI KEKUATAN PKR DAN DAP DAN DIA TAMBAH MMG BETUL2 BOLEH GANTIKAN UMNO. INI BACAAN PAKAR POLITIK. X BGS LAGI?

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |