PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

PANAS BERAPI - “ Hoi Matsaman, jangan buat fitnah la...! ”

 “Hoi Matsaman, jangan buat fitnah la.” Aku tau, kalau aku yang cakap…semua orang minta bukti, minta empat saksi..mungkin ada yang akan suruh aku buat sumpah laknat. Tapi kalau Anwar yang cakap…tak perlu empat saksi, tak perlu bawa bukti..sebab Anwar Utusan Tuhan. Apa cakap dia, tidak ada yang benar melainkan yang benar belaka. - MSK




Pada 9 April 2008, sebulan selepas PRU 2008, Azmin Ali mengeluarkan kenyataan dalam Malaysiakini, PKR membeli bangunan 10 tingkat untuk dijadikan Ibupejabat PKR.

Apa yang menarik dalam kenyataan Azmin dalam Malaysiakini itu ialah, “parti itu telah menubuhkan urusetia parti itu, termasuk membeli sebuah bangunan baru 10 tingkat di Tropicana, Damansara.” klik di sini

Bila bangunan itu sudah diduduki, aku tengok ia hanya 5 tingkat. Sebenarnya, PKR menggunakan dua lot 5 tingkat. Bila aku tanya Azmin, dimana bangunan 10 tingkat, dia kata dua lot kali 5 tingkat sama juga dengan 10 tingkat. Aku kalah, sebab dia pakar matematik…ijazah dari Amerika. Aku pulak setakat belajar mattermatic dari Pak Akop..Universiti Kg. Gerachi.

Bukan aku saja yang teruja..ramai juga yang teruja dengan ‘pembelian’ tersebut. Baca saja komen dalam blog Anwar Ibrahim. klik di sini

Dalam bulan Februari 2011, baru aku tau. Ingatkan Tipah saja tertipu, rupa-rupanya Matsamankati pun kena tipu.

Sekitar bulan March, aku dah dapat tau Ibupejabat PKR bermasalah. Masa tu aku Tanya kat Firdaus Christopher, orang kanan Zaid Ibrahim, mengapa parti KITa tak ada Ibupejabat..sebaliknya menggunakan pejabat Zaid. Chris menjawab…. tunggu enam bulan. Lepas PKR keluar, KITA masuk.

Masa tu baru aku tau, rupanya bangunan itu milik John Soh Chee Wen. Dan PKR ‘menyewa’ bangunan tersebut tanpa membayar sewa. Mungkin dalam akaun saja ada tertulis keluar masuk tapi hakikatnya, PKR tak bayar kat John Soh.

John Soh adalah rakan karib Anwar. Selepas PRU 2008, John Soh menawarkan bangunan tersebut kepada PKR dan sebagai balasan, Anwar melantik John Soh kedalam Biro Politik PKR. Semuanya bagus pada masa itu, sehinggalah Pemilihan PKR 2010.

Semasa pemilihan, John Soh memihak kepada Zaid dan ini menyebabkan Anwar marah sebab Anwar mahu John Soh membantu Azmin. Bila John Soh memihak kepada Zaid, Azmin kekurangan dana untuk kempen Timbalan Presiden, lantas meminta pertolongan kroni Khir Toyo, iaitu Salim Khan, bos syarikat Gapurna.

Azmin dan Anwar menerima penajaan dari syarikat Umno, tetapi sebaliknya, Anwar dan Azmin mencanangkan bahawa Zaid adalah ejen Umno. Dan orang lebih percaya kepada Azmin dan Anwar bahawa Zaid adalah Trojan Horse dan ejen Umno, sedangkan merekalah sebenarnya ejen Umno.

Tanya Khalid Ibrahim, mengapa Khalid tidak berani mengambil tindakan terhadap kes PKNS dan Gapurna.

Dalam Sarawak 2011: Penilaian Semula #3. aku tulis tentang kronologi tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Zaid, John Soh dan Jeffrey Kitingan membantu SNAP di Sarawak. Anwar memintas pergerakan mereka bertiga ini dengan melabelkan SNAP sebagai ejen Umno dan mendapat dana dari Umno. Orang percaya cakap Anwar dan SNAP mendapat tamparan hebat apabila orang melabelkan mereka sebagai ejen Umno.

John Soh dan Jeffrey give dengan SNAP, kerana bukan mudah untuk melawan Anwar. Tetapi dalam masa yang sama, Anwar mencipta terlalu banyak musuh. Dan akhirnya John Soh menghalakan senapangnya kepada Anwar. John Soh bertekad untuk menentang Anwar.

Anwar kehilangan funder, lantas mencari ganti John Soh untuk kempen PKR di Sarawak dan dia meminta tolong dari Sng Chee Hua. Anak Sng chee Hua, Larry Sng digugurkan dari bertanding atas tiket BN. Sng Chee Hua meletakkan calon porksinya, George anak Lagong untuk bertanding di Pelagus. Anwar menghadiahkan George anak Lagong kerana ia merupakan tokoh Dayak. Anak Lagong dipecat dari PKR kerana bertanding di Pelagus, tetapi itu hanya sandiwara.

Anwar mendapat penajaan dari jutawan BN Sarawak, tapi yang jadi ejen Umno ialah SNAP.

Dalam laporan Malaysiakini, Bendahari PKR, William Heng berkata bahawa ini bukan masalah PKR, sebaliknya masalah tuanpunya bangunan. Tetapi peliknya, William tak tau siapa pemilik bangunan, “I can’t remember lah, I’ll have to check and get back to you,” sedangkan dia adalah bendahari PKR. William berkata, PKR membayar sewa setiap bulan, tetapi lagi pelik, William tak tau berapa jumlah sewa yang dibayar. William berkata, “The rental average is RM2,000 per floor. So we pay about RM10,000 to RM20,000 a month,”. Fakap la.

William tak tau jumlah sebenar yang dibayar kerana PKR tak pernah bayar. Dan John Soh tidak mahu membayar kepada bank kerana mahukan PKR keluar dari bangunan tersebut. Salah satu cara ialah dengan membiarkan pihak bank melelong bangunan tersebut.

Apakah John Soh mempunyai masalah kewangan sehingga tak dapat nak bayar kepada bank? Come on la. Harga bidaan paling maksima 1 juta seunit. 10 unit baru 10 juta. Tunggu saja pada hari lelongan tersebut. Dan cuba perhatikan, siapakah yang akan membeli bangunan tersebut.

PKR nak pergi kemana? Kalau ikut kata William, mereka ada pilihan untuk mencari tempat lain atau terus menyewa disitu. Sebenarnya PKR sudah ada tempat lain iaitu di Shah Alam. Sudah ramai petugas-petugas PKR sudahpun membuat kerja-kerja dari sana. Tetapi bangunan tersebut adalah milik kerajaan negeri. Kalau lingkup dalam pilihanraya nanti, kena pindah lagi la.

Mengapa PKR terlalu banyak masalah? Kerana terlalu banyak musuh. Dan kalau diperhatikan kepada ‘musuh-musuh’ yang tercipta yang sekarang menentang PKR, kita akan dapati..ianya tidak dapat lari dari Azmin. Kerana terlalu sayangkan Azmin, Anwar mencipta terlalu ramai musuh.

Aku harap, Roziah Ismail dan Setiausaha Sulitnya, Zahariman, baca apa yang aku tulis ini, sebab aku dah bagi tau kat depa awal-awal…seawal bulan Januari, “If we can put you up…we can also bring you down.” Jangan sombong!!

Aku tau, akan ada yang akan komen mengutuk aku. “Hoi Matsaman, jangan buat fitnah la.” Aku tau, kalau aku yang cakap…semua orang minta bukti, minta empat saksi..mungkin ada yang akan suruh aku buat sumpah laknat. Tapi kalau Anwar yang cakap…tak perlu empat saksi, tak perlu bawa bukti..sebab Anwar Utusan Tuhan. Apa cakap dia, tidak ada yang benar melainkan yang benar belaka.

1 comments:

  1. Anonymous said...

    Mengapa anwar sayang sangat pada azmin? itu kena tanya shamsidar.

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |