Muktamar PAS (5) - Idham Lim, Salleh Man antara calon wajar diangkat menjadi AJK PAS Pusat
" Pemimpin-pemimpin yang lantang bersuara untuk menangkis serangan-serangan UMNO sangat diperlukan oleh parti dan disini pemimpin-pemimpin seperti Husam, Mahfuz Omar, Nizar Jamaluddin, Idris Ahmad, Khalid Samad, Khalil Idham Lim dan Mat Sabu begitu menonjol dan menyerlah.
Semoga slogan 'PAS Untuk Semua' akan muncul sebagai satu slogan yang akan dapat dinikmati kesahihannya oleh rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat dan oleh itu saya harap pemilihan pemimpin parti yang akan dilangsungkan di Muktamar pada hari ini akan memberikan peluang semua perwakilan memilih pemimpin-pemimpin ini untuk sama-sama berjuang untuk Islam dan juga untuk rakyat Malaysia seluruhnya., "
Pilihan blog albanjari Online : AHLI JAWATANKUASA KERJA
[Muka Baru]
1. Aiman Athirah Al-Jundi
2. Khalil Idham Lim, YB
3. Khalid Abd Samad, YB Hj.
4. Mahfodz Mohamed, Ustaz Dato’ Dr.
5. Mohd Salleh Man, YB Ustaz,
6. Mohd Taufek Abd Ghani, YB
7. Mohd Nasir Mustafa, YB
8. Muhammad Husin, YB Ustaz
9. Sa’ari Sungib, YB Hj.
10. Siti Mariah Mahmud, YB Dr.
11. Normala Sudirman,
[Muka Lama]
12. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz
13. Dzulkefly Ahmad, YB Dr
14. Kamarudin Jaffar, YB Dato’
15. Lo’Lo Dato Ghazali, YB Dr.
16. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr.
17. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr.
18. Hanipa Maidin, Hj
Pilihan albanjari Online. Jika aku diberi pilihan, aku hanya kekalkan 7 muka lama (*) dan selebihnya kita ambil muka baru duduk disitu. Berani Berubah ! Yer..untuk berubah, kita 'UBAH' yang lama-lama tu dengan yang lebih 'bekerja'. Dan 11 muka baru yang aku pilih itu pula amat diharap agar gandingan ini akan memantapkan lagi parti seterusnya meletakan PAS/Pakatan Rakyat bersama menawan Putrajaya dan humbankan BN pada PRU13 nanti.
Daripada 11 muka baru yang ditampilkan, suka aku sebut, 3 senarai nama berwarna merah perlu diberi mandat memikul amanah dan tanggunjawab dalam AJK Pusat. Mengapa ?
1. Khalil Idham Lim, YB
Satu-satunya calon cina yang bertanding dalam senarai panjang AJK di muktamar ini. Kredibiliti dan wibawanya turut diakui oleh Zentrum Studies dengan meletakkan beliau sebagai pemimpin masa depan Pakatan Rakyat PAS Perak bersama Nizar Jamaluddin. Wajar letak seorang wakil cina yang beragama islam di situ bagi melihatkan slogan 'PAS Untuk Semua' bukan sekadar slogan.
2. Mohd Salleh Man, YB Ustaz,
Wakil PAS Pulau Pinang ini jangan dikesampingkan. AJK PAS Pusat perlu meletakkan wakil dari negeri itu bagi membawa suara PAS Pulau Pinang ke Pusat. Benar ! Sebelum ini AJK Pusat ada Dr. Mujahid Yusof Rawa, tetapi tanggungjawabnya lebih menumpu memperkasa DHPP. Tidak keterlaluan jika aku kata, Salleh Man jika diangkat (yakni menang) maka bererti perwakilan dan PAS seluruh negera telah memberi wadah baru kepada PAS Pulau Pinang. InsyaAllah ! (baca di sini)
3. Normala Sudirman,
Realitikan tentang janji-janji pemimpin dan penyokong ketika mengangkatnya menjadi calon di DUN Tenang tempohari. Angkat ikon ini ke dalam AJK Pusat. Selamat bermuktamar dan memilih pemimpin yang betul. Siiru 'ala barakillah.
albanjari | 3 Jun 2011
Muktamar PAS ke 57, 2011
Tidak sedikit kata-kata kesat dan lemparan fitnah dihala terus kepada calon ini oleh blogger-blogger UMNO dan Pro-kerajaan. Bacalah blog-blog mereka, akan ada serangan politik dan peribadi ke tubuh beliau.
Malah pemimpin UMNO khususnya di Perak juga tidak kurang yang membenci beliau kerana lantang dan bisanya ucapan-ucapannya baik di pentas ceramah mahupun di sidang DUN. Sejak 3 tahun lalu, political attacked itu silih berganti menghiasi pora hidupnya sebagai seorang ahli politik pembangkang, PAS.
Bulan lalu, kerana bermulut lancang membawa isu bomoh tuhanan UMNO ke sidang dewan, beliau secara rasmi menerima surat pengantungan hadir ke sidang DUN akan datang. Rakyat negeri Perak sangat menyedari akan gandingan mantap beliau dan DS Nizar. Setiap kali melontar isu-isu rakyat di dewan, pasangan 'duet' ini sangat digeruni, malah tabiat 'menyerang' kebobrokan UMNO di dewan sering disudahkan dengan meninggalkan konklusi yang memporak poranda kem BN di sidang DUN.
Khalayak melihat kualiti calon begini sangat diperlukan oleh parti malah kredibiliti beliau yang boleh berfungsi di peringkat tertinggi parti dan nasional tidak wajar dipandang kecil. Keberanian mengambil risiko dan tanggungjawab membawa isu besar rakyat terbanyak yang diwakilinya menjadi racun kepada Barisan Nasional.
Andai ditransformasikan kepada pentingnya calon ini diletakkan di kerusi AJK PAS Pusat, penulis melihat calon ini sangat signifikan dan dilihat tepat untuk dipilih, bagi meningkatkan dan menyumbangkan idea-idea baru untuk pembangunan yang dapat mentransformasikan isu-isu nasional berkaitan hidup rakyat semua kaum di negara ini dengan lebih lantang.
Pandangan penulis positif , biarpun beliau itu seorang yang berbangsa cina, tetapi beliau juga seorang ustaz, Yang Berhormat ADUN, Ketua Penerangan PAS negeri, dan Ketua Seketariat Pakatan Rakyat, wajar untuk beliau menegur keras begitu, kerana beliau tahu hukum, hujah dan dalilnya. Dan kapabiliti calon yang mampu berkelakuan seperti seorang pemberi nasihat dan boleh meniupkan semangat amat perlu diketengahkan dan ditonjolkan pada pemilihan di Muktamar Jun ini. Kerekter sebagai seorang ' public figure' PAS yang disegani lagi digeruni musuh itu ada pada salah seorang dari puluhan calon AJK PAS Pusat ini, iaitu Drs. Khalil Idham Lim Abdullah, calon tunggal bukan melayu yang dicalonkan.
June 3, 2011 at 9:52 AM
Ambo sokong wak...kita kena berubah untuk memperkuatkan PAS dalam menentang b-end...pokjib kata mentranformasikan dalaman untuk kemenangan PRU13 nanti...Takbirrr!
June 3, 2011 at 10:44 AM
pak karamu!! hang dari dulu minat sungguh kat cikgu mala no...he he he...wakil daripahang dan kedah takda ka?
June 3, 2011 at 11:40 PM
Calon Baru Untuk Ketua Penerangan PAS Pusat
http://faris-zaini.blogspot.com/2011/06/calon-muka-baru-untuk-ketua-penerangan.html