PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Bersih 2.0 : Ketua Polis beri Amaran lagi KERAS hari ini !! Huh !!

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pihaknya akan menggunakan semua langkah pencegahan yang ada untuk memastikan perhimpunan haram Bersih 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini tidak akan berlangsung.

Ini kerana katanya, polis telah mengumpul maklumat yang menunjukkan bahawa terdapatnya elemen dalaman dan asing yang akan mencetuskan huru-hara sewaktu perhimpunan itu nanti. Ismail untuk kesekian kalinya, sekali lagi mengingatkan semua pihak tidak kira dari sebelah mana sekali pun bahawa mereka tidak dibenarkan mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini sebagaimana yang dirancang.

Keutamaan polis adalah untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjamin, katanya. “Terdapat beberapa kumpulan sama ada secara terbuka atau secara rahsia merancang untuk mengumpulkan beribu orang semata-mata untuk mencipta huru-hara dengan cara menghasut orang ramai agar berkumpula pada 9 Julai nanti,” katanya pada satu sidang akhbar yang diadakan di Bukit Aman pada Rabu.

Katanya, setakat ini polis telah menahan 101 orang di seluruh negara kerana didapati cuba menghasut atau menyeru orang ramai agar menyertai perhimpunan yang dirancang itu. Dari jumlah itu, katanya, 45 daripada mereka masih lagi ditahan untuk tujuan disoal siasat atau membantu siasatan berikutan terdapatnya 1,830 laporan buat yang dibuat oleh orang ramai di seluruh negara bagi membantah perhimpunan itu.

“Berdasarkan maklumat yang polis perolehi hasil daripada siasatan, jika perhimpunan itu dibiarkan untuk diteruskan ia boleh mencetuskan huru-hara, kerosakan kepada harta benda awam, kecederaan dan juga kebarangkalian akan berlaku kehilangan nyawa.

“Maklumat risikan yang polis perolehi menunjukkan bahawa terdapatnya usaha daripada pihak tertentu termasuk elemen-elemen asing yang mungkin mengambil peluang daripada perhimpunan tersebut untuk mengeksploitasikan keadaan,” katanya lagi. Ismail menegaskan, sekiranya situasi ini tidak dibendung dari awal, ia akan mengancam keselamatan awam dan juga negara.

“Oleh yang demikian pihak polis tidak akan sama sekali membiarkan situasi ini berlaku dan tidak akan membiarkan mana-mana individu mahupun kumpulan mengambil kesempatan daripada situasi ini untuk mencetuskan kekacauan dan juga anarki di dalam negara.

“Maka polis akan mengambil tindakan yang tegas ke atas mana-mana pihak atau individu yang ingin meneruskan perhimpunan pada 9 Julai ini,” kata Ismail. Ini termasuklah keatas mereka yang menghasut atau memakai kemeja atau menunjukkan apa juga bahan yang boleh ditafsirkan sebagai mengajak atau meminta orang ramai menghadiri perhimpunan haram itu.


3 comments:

  1. Anonymous said...

    keselmatan umno danjuak juaknya

  2. serenity9260 said...

    amaran yang sangat keras macam besi kerasnya bile dihentak semula kepada kepala2 mereka

  3. Anonymous said...

    yg trang2 ckp nk buat kacau dibiarkn je pulak,pergi le tngkap brahim ali dgn omardin tu.yg mreka ni nk tgur pun tarak brani

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |