PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Boikot Astro - Jangan bayar bil selama 3 bulan !

Tak tengok astro, tak mati bro ! Tapi kalo pangkah BN..rakyat boleh sengsara bro ! So apa lagi, kita pangkah dua-dua lintah darat tu mulai sekarang !! - radens

Kempen pemboikotan Astro bermula hari ini apabila lebih 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diterajui Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru tiga juta ahli dan penyokong mereka supaya tidak membuat pembayaran bil selama tiga bulan berturut-turut ke stesen televisyen berbayar itu.

Arahan itu turut meliputi pemboikotan terhadap barangan dan pengiklan yang mengiklankan produk mereka di stesen televisyen berkenaan.Langkah ini diambil setelah amaran dan rayuan yang dibuat sebelum ini dipandang sepi oleh Astro malah stesen itu dilihat semakin angkuh mempertahankan pendirian mereka.

Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, walaupun tanpa Astro, pengguna kini masih boleh beralih kepada perkhidmatan Unifi dan juga perkhidmatan menggunakan aerial seperti yang wujud selama ini. - agensi


7 comments:

  1. Anonymous said...

    Saya amat menyokong dengan saranan supaya kita boikot ASTRO untuk tempoh tiga bulan sahaja dan lihat apa akan jadi. saya sebelum ini dah pun mencadangkan demikian.. Ini lah masaalah jika sesuatu khidmat itu dimonopoli oleh satu syarikat sahaja..

  2. Anonymous said...

    Susah gak wak nak boikot tak bayar 3 bulan.. sbb nanti kena jugak reconnection fee yg rm20 tu...alang2 baik kensel je astro tuh... takde pening kepala.. yang saluran Fox tu, apsal la dibuat alihsuara, kan mahal kos tu.. sarikata dibuang.. ni la antara penyebab diorg nak naikkan harga... ampeh betoi..

  3. Anonymous said...

    Boikot tu ok,tapi tempat aku tak ada unifi...tak kan aku nak tonton TV123789 haramjadah tu!!!!!!

  4. Anonymous said...

    aku kena cas lagi rm 10, pasai stop astro warna,tamak betoi la astro nih

  5. Anonymous said...

    aku kena cas buta rm 10, pasai stop astro warna, gila babi la astro nih

  6. Hashim said...

    Potong aje line AStro...Tak bayaq 3 bulan line kena potong , nak sambung ASTRO cuma guna komputer sambung line kena bayaq $20....ASTRO kena ajaq..aku dah lama tak langgan ASTRO...

  7. Anonymous said...

    Hashim, macam mana awak lakukan?

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |