PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Umno boleh kekalkan Perak jika pilih calon terbaik

" Ini macam kalo, bukan 33 kerusi, 59 kerusi pun BN boleh sapu ! Kerja 'BERSIH' SPR paling keji ! Hoi..zamry ! Lu tarak percaya sama SPR punya kerja kaa ? BN boleh menang 59 kerusi, suka mak bapak lu cakap cuma 33 ! machaa...lagi tidoq kaa !! Sebelum baca di SINI, baca dulu di bawah.



PRU13 : 33 kerusi kekal untuk BN  - kata UMNO Perak 
Umno Perak yakin ia boleh memperoleh sehingga 33 kerusi dalam pilihan raya umum akan datang jika dapat menurunkan calon-calon terbaik, berdasarkan usaha memperbaiki perjuangan parti di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

The Malaysian Insider difahamkan pemimpin-pemimpin bahagian Umno Perak rasa meluat untuk berkempen atau mendaftar pengundi baru melainkan mereka pasti mengenai calon-calon yang mungkin akan diturunkan dalam pilihan raya umum ke-13.

“Umno Perak kuat dan boleh menang sehingga 33 kerusi tetapi pemimpin-pemimpin bahagian tidak akan bergerak kecuali mereka atau calon-calon pihak mereka dipilih,” kata satu sumber Umno kepada The Malaysian Insider.

Umno bertanding di 34 daripada 59 kerusi yang ada pada pilihan raya umum 2008. Ia memenangi 27 kerusi dan satu lagi oleh MCA.

Pakatan Rakyat memperoleh 31 kerusi. Bagaimanapun Pakatan Rakyat kehilangan negeri itu pada awal 2009 ekoran tindakan melompat parti tiga wakil rakyatnya. Kelmarin, Najib yang mengetuai Umno berkata Barisan Nasional akan meletakkan muka-muka baru pada pilihan raya umum akan datang.

Pengundi kalangan muda menjadi segmen pemilih penting yang memihak kepada pembangkang pada pilihan raya umum 2008.

Bagaimanapun pendirian Najib itu boleh menyebabkan rasa tidak senang di kalangan pemimpin Umno yang mahu mereka diturunkan sekali lagi sama ada di peringkat negeri ataupun persekutuan dalam pilihan raya umum akan datang, yang disebut-sebut akan diadakan dalam 12 bulan akan datang.

“(Kepimpinan) Umno sudah mula meminta pemimpin-pemimpin bahagian agar menyediakan bilik-bilik gerakan dan mengadakn kempen pendaftaran pemilih, tetapi ada yang enggan berbuat demikian.

“Mereka mahu duit atau jaminan bahawa merek akan menjadi calon,” kata seorang pegawai Umno Perak kepada The Malaysian Insider.

Katanya, Umno Perak masih menyenaraipendekkan kemungkinan calon tetapi keputusan akhir terletak pada Najib dan syor datang daripada ketua negeri Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. “Ini sukar bagi ketua parti di peringkat. Mereka perlu tangani yang ini dengan baik bagi mengelak sabotaj seperti 2008,” katanya lagi. April lalu, Zambry melahirkan keyakinan bahawa BN boleh menang kebanyakan kerusi dikuasai pembangkang.

Bagaimanapun Ahad lalu, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, Pakatan Rakyat boleh menawan balik Perak dan 10 negeri yang lain dalam pilihan raya umum akan datang dengan memastikan peralihan lima peratus undi. (sumber : M-Insider)

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |