Apa wajarnya layan pendemo Bersih 2 dengan M-16 ?
Bersih 2 itu umpama negara memerangi komunis kah ?
Saya masih ingat buku sejarah itu. Ini kerana saya juga membacanya. Ia buku wajib baca. Katanya Parti Komunis Malaya (PKM) dikatakan didominasi oleh orang cina, membunuh banyak polis atau tentera yang berbangsa Melayu. Tetapi banyak ahli PKM terdiri daripada orang Melayu tidak dinyatakan dalam sejarah tingkatan dua. PKM juga dikatakan mereka ialah golongan yang anti-agama. Komunis sama dengan Orang Cina, yang anti-agama.
Pada masa yang sama, Orang Melayu juga dibina sebagai orang Melayu mesti beragama Islam, Orang muslim ialah Orang Melayu. Ini juga persepsi yang dibina sejak dulu. Di Malaysia, terutamanya masyarakat Cina, apabila seorang cina memeluk Islam, dia akan dianggap sebagai menjadi Orang Melayu. Sebenarnya banyak orang muslim bukan orang melayu, banyak muslim ialah orang cina yang sentiasa dipandang berbeza, begitu juga banyak orang Melayu di Bali beragama Hindu, banyak orang Melayu di Filipina beragama kristian.
Sebagai seorang Melayu yang beragama Islam, diracun oleh surat khabar yang sentiasa memainkan sentimen bangsa dan agama, apabila rasa diri akan diancam oleh komunis yang berimej orang cina dan anti-agama wujud di Malaysia, lalu menimbulkan ketakutan atas kedudukan orang Melayu dan Islam yang dimainkan oleh surat khabar setiap hari, maka strategi kuno sering digunakan.
Maka UMNO akan keluar secara tiba-tiba menjojolkan diri. Seperti kepala kura-kura yg keluar dari tempurung. Atas kata memperjuang untuk bangsa, agama dan negara, ia turut mengeronyok bersama Perkasa yang tidak lain untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. Slogan pun di'nyanyikan'. Slogan untuk mendapatkan sokongan tetapi menjurus meniup api perkauman.
Dengan menimbulkan situasi yang tidak aman, ini adalah satu alasan yang baik untuk lakukan tangkapan yang haram. Ini bukan kali pertama berlaku. Pada tahun 1987, operasi lalang, banyak orang yang ditahan dibawah ISA dan dilabel sebagai “menyebar ideologi Komunis” dan sebagainya. Lalu untuk apa M16 digunakan disaat semua peserta yang hadir hanya mebawa garam dan air mineral ? Biarpun tiada tembakan dilepaskan. Aneh !!
July 20, 2011 at 8:42 AM
out of topic jap, seingat saya semasa belajar di sekolah definisi Melayu dalam perlembagaan Malaysia Artikel 160 ialah:
1) Menggunakan bahasa melayu
2) Beragama Islam
3) Mengamalkan cara hidup Melayu
So basically sape2 pun bley jadi orang melayu sekiranya kene dgn ciri2 (yang sngt sedikit) di atas... O_o hoho....kalau mcm ni punya nipis borderline Melayu dgn bangsa lain, apa yg nk dicanangkan sngt psl bangsa Melayu ni?
July 20, 2011 at 1:26 PM
peh,jimbit,jimbit.org nak g demo je,bukan perang.
1.Pertandingan Menyalut Badan Dengan Lebah(Gambar)
2.Koleksi Anak Patung Harry Potter Sewaktu Bayi
3.Anak Monyet Bermain Game Di iPhone(Video)