selamat tinggal 'jamboi' ! - kak mah tobat bro !!
Fesyen tutup aurat - Teman Festival Fesyen Islam akan datang ?
Datin Seri Rosmah Mansor berharap Festival Fesyen Islam (IIF) akan terus menjadi pentas bagi pereka fesyen mempamerkan rekaan mereka selain menggalakkan lebih ramai menghasilkan pakaian yang menutup aurat. Isteri perdana menteri itu berkata ini akan menggalakkan kelahiran lebih ramai pereka fesyen islamik yang penting dalam memastikan kerancakan industri tersebut.
"Satu masa kelak fesyen islamik juga boleh menjadi ciri kekal semasa minggu fesyen di kota-kota fesyen dunia," katanya pada jamuan tengah hari 'IFF Eastern Treasures', di London pada Jumaat.
Rosmah yang juga penaung IFF berkata fesyen islamik kini menjadi bidang keusahawanan yang menguntungkan.
Walaupun tidak ada data perdagangan rasmi untuk industri fesyen Muslim dunia, unjuran menunjukkan angka yang positif, katanya. Rosmah berkata bagi membolehkan industri itu berkembang pesat, pertumbuhan dan pembangunan mesti meliputi semua aspek iaitu daripada fesyen mewah kepada yang mampu dimiliki semua.
Katanya beliau teruja mendengar pusat membeli-belah mewah seperti Harrods di London dan Saks di Arab Saudi telah mula menjual pakaian berunsur islamik.
"Ini satu permulaan yang sangat bagus, tetapi menjadi impian saya untuk melihat lebih banyak pusat membeli-belah seperti Bloomingdales, Macy's Debenhams dan lain-lain menawarkan pakaian dan aksesori islamik sebagai sebahagian fesyen arus perdana dunia.
"Pada masa itu barulah kita dapat menyatakan fesyen islamik benar-benar mendapat tempat," katanya. - MKINI
July 17, 2011 at 8:22 AM
Rasa nak termuntah plak...
July 17, 2011 at 8:35 AM
Aik! dah berjangkit penyakit kuning ke ni @ pembawa pengakit?
July 17, 2011 at 10:22 AM
hahahaha,takleh tahan die kate "saya teruja tengok pusat beli belah"nak shopping lagi ke kak mah oii??da jd usahawan ternama terus beli cincin ekk??kaya mek mah kite ni
Lagu 6ixth Sense Tiru Lagu OP2 Gundam 00?
2.Anjing Bermain Dengan Jerung Di Tepi Pantai(Video)
3.Rahsia Hitler,Meriam Terbesar Dunia Milik Beliau(Video)
July 17, 2011 at 5:28 PM
Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada ingin kawin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Surah An Nuur. ayat 60. fahamilah hai kawan kawan.
July 18, 2011 at 9:37 AM
Hok tua pun kena rogol jugak boh...malas dah nak komen lebih2...ambo pun jahil jugak tapi hok Islam suruh ambo buat InsyaAllah!
July 21, 2011 at 3:21 PM
diakan dah putus haid kan..apa2 biar abang jib tanggong.. dosa bini lagi dosa diri lagi... kpda rakyat lagi.bukan senang jadi pemimpin woo..