Saat macam ni, ganaz - ganaz gua pun boleh "nguyop" bro !
Nota FB kak leha : " Ribuan muslimin dan muslimat datang ke pemakaman dr lo' lo'...maaf tiada ruang untuk snap gambar untuk tatapan yg tidak dapat hadir...hanya tahlil dan esakkan, " Foto terkini sila ke bawah.
Dalam sesi Dewan Rakyat Mac lalu, Arwah Dr Lo’ Lo’ Ghazali pernah menulis nota kepada Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee meminta untuk berucap, notanya “Tolong bagi saya berucap, saya takut inilah kali terakhir saya berucap kerana tidak sihat.
Ambil duit mak ni..mak dah niat nak buat tahlil buka puasa untuk arwah ayah kamu dengan duit mak, buat kat masjid..mak tak tahu, entah mungkin ini duit mak untuk kali terakhir ...##*&^% (terputus) saat itu dia lain macam bro, bulan puasa, dia ucap pagi, wak lihat dia masih lagi cergas walaupun wak tahu dia sedang tanggung siksa sakit, dan lewat petang wak datang untuk hantar juadah buka puasa untuk mak, tetapi seusai habis solat mahgrib di masjid, wak dihubungi oleh adik wak, nak bawa mak ke hospital..selepas itu dia koma 3 hari seterusnya meninggalkan kami ke alam baqa'. Al-Fatihah utk mak wak, dan arwah dr. lo'lo.
Jenazah Almarhumah ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali sudah selesai disolatkan dan diimamkan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Masjid Al-Akram, Dato' Keramat, Kuala Lumpur. Ribuan hadirin yang memberi penghormatan terakhir tiba di perkarangan masjid itu dengan kawalan Unit Amal PAS yang telah bersedia sejak awal pagi lagi bagi melancarkan aliran trafik di sana.
Terdahulu, pemimpin Pakatan Rakyat telah berada di dalam masjid untuk sama-sama menunaikan solat jenazah yang melimpah sehingga ke luar pintu masjid. Dr Siti Mariah Mahmud, rakan baik Almarhumah semasa hayatnya menyifatkan Almarhumah seorang yan tegas tetapi sangat berdisiplin dalam menunaikan amanah rakyat dan parti.
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan isterinya yang juga Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail turut hadir memberi penghormatan terakhir seterusnya menunaikan solat jenazah bersama-sama puluhan pimpinan Pakatan Rakyat. Almarhum Dr Lo' Lo' menghembuskan nafas terakhir jam 10.15 malam tadi di Hospital Selayang, Selangor akibat barah paru-paru. Jenazahnya akan dikebumikan berhampiran dengan masjid. Sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah buat roh Almarhumah moga dicucuri RahmatNya dan ditempatkan bersama-sama orang-orang solehah. AL-FATIHAH (sumber - JalanPulang)
July 18, 2011 at 11:43 AM
Al Fatihah...
PAS sudah tidak lagi memperjuangkan Islam demi menjaga hati parti sekutu mereka. Pas lebih Takut DAP dari Allah.