PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Jumpa Anwar, saya nak tumbuk dia !

Ayam kurma tak habis. Nasi minyak basi. Air sirap dah tukar kuning. Bunga telur pun dah layu. Tak boleh jadik ni bro ! Hantar kad wangi 3 ribu keping, tapi yang datang seribu jer bro ! Tolak tepi, tengah, belakang - kenduri kahwin yang aku buat sudaaa..rugi RM45 ribu ! Sapa nak tanggung kos 'rugi' aku tu ? Aku jumpa Anwar Ibrahim, saya nak tumbuk dia. Apa yang dia nak lagi...aku dah rugi nih ?
* Depa buat kenduri kahwinkan anak, nak cari untung ker bro ? Pening ayahanda mikiornyer !!



"Kalau jumpa Anwar, (Datuk Seri Anwar Ibrahim) saya nak tumbuk dia. Apa yang dia nak lagi...bertaubat sajalah." Kata-kata kemarahan itu diluahkan oleh seorang ibu, Kamariya Rejab, 59, yang kecewa setelah majlis perkahwinan anak tunggalnya yang sepatutnya berlangsung meriah bertukar muram gara-gara tindakan pertubuhan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang didalangi Anwar mengadakan demonstrasi jalanan di ibu negara pada Sabtu lalu.

Akibat terlalu marah dan kecewa, wanita itu membuat laporan polis pada hari kejadian dan nekad untuk menyaman penganjur perhimpunan haram itu yang didakwa telah mengakibatkan dia mengalami kerugian RM45,000.

Menurut Kamariya, dia yang bekerja sebagai pembantu pejabat di pejabat Kedutaan Malaysia di Singapura sanggup berulang-alik ke rumahnya di Desa Pandan, Kampung Pandan di sini sejak enam bulan lalu untuk menguruskan persiapan perkahwinan anak perempuan tunggalnya, Rehan Jaharudin, 29.

"Rehan adalah satu-satunya anak saya dan sudah lebih 50 tahun saya menunggu detik manis untuk menyaksikan majlis perkahwinannya berlangsung dalam suasana meriah.

"Selama lebih 20 tahun saya bekerja keras menyimpan wang untuk perbelanjaan perkahwinannya tetapi alangkah kecewanya apabila ia berlangsung dalam suasana muram disebabkan ramai tetamu tidak dapat hadir kerana takut terperangkap dalam kesesakan jalan dan Kuala Lumpur bertukar wajah menjadi seperti 13 Mei 1969," katanya.

Kamariya ditemui pemberita semasa datang untuk mendapatkan khidmat guaman percuma yang disediakan oleh Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) di Bazar Masjid India di sini, hari ini.

Menurut Kamariya, dia menjemput seramai 3,000 tetamu untuk meraikan majlis perkahwinan Rehan dengan menantunya, Mohd. Dzulfikar Mahtar, 29, pada Sabtu lalu di kediamannya tetapi hanya 1,000 orang yang hadir.

Selain saudara-mara dari seluruh Semenanjung, katanya, dia turut menjemput kenalan dari Singapura dan juga rakan setugas anaknya di pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Putrajaya serta tempat lamanya di Tenaga Nasional Berhad.

"Saya dan suami, Jaharudin Khan, 63, yang merupakan siak masjid berasa sedih kerana hanya jiran-jiran yang tinggal di Desa Pandan sahaja yang boleh datang menyebabkan lauk-pauk yang ditempah dari syarikat katerer terkenal dengan kos RM45,000 terpaksa disedekahkan kepada tetamu untuk dibawa pulang," katanya.

Kamariya berkata, peristiwa sedih itu bukan sahaja membuatkan dia menangis tetapi terpaksa dihantar ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan diberi cuti sakit tiga hari kerana terlampau tertekan dengan penganjuran perhimpunan haram itu. - Agensi

14 comments:

  1. notsy said...

    satu lagi, demi kepentingan diri nak tumbuk pemimpin

    Video Najib Dimalukan Di London!!

  2. mr edz said...

    hahahha.. itulah Islam suruh buat kenduri kawen sekadar yang perlu je la.. buat apa nak bermegah megah.. rugi pasal salam seluk kot.. hahahhaa

  3. Anonymous said...

    mak aih!!!kenduri untuk bersedekah ada untung rugi ka? Yang saya tau kalau ikhlas bersedekah dapat ganjaran pahala,tak tau pula ada untung untung dan rugi rugi yang lain.Yang selalu untung semasa kenduri kendara yang membazir adalah pihak hotel,catering,perunding dan andaman....

  4. Anonymous said...

    Err... Ape nk rugi yer makcik oi! Majlis nikah niatnye utk menghebahkn anak kita da selamat, majlis makan pun sepatutnye skadar meraikn tetamu. Inilah jdnye kalo cakap tanpa ilmu

  5. serenity9260 said...

    alamak aii brader,anak xde pesbuk ke??sampai ke berita pon da bagitaw mase bulan 5-6 kate 709 ni bersih yg punya.caya sgt la ckp tigasuku ngan meloya kata tak dpt sambutan.amek ko,sambut ngan tv je la

    Lagu 6ixth Sense Tiru Lagu OP2 Gundam 00?
    2.Anjing Bermain Dengan Jerung Di Tepi Pantai(Video)
    3.Rahsia Hitler,Meriam Terbesar Dunia Milik Beliau(Video)

  6. Anonymous said...

    biar lauk lebih..dapat bersedekah. itulah hikmahnya. mungkin rezeki penduduk setempat. itu pun nak diungkit?

    Yang dirisaukan lauk dan makanan tak cukup. Bersedekah tu kalau ikhlas dapat pahala.

  7. Anonymous said...

    Mokcik ni yang p buat keja kahwin masa tu buat ape nak marah pun marah kat polis noo saman aje polis tu yang tutup jalan bagi jem, 2000 orang lagi jemputan p bersih

  8. SCUD said...

    hahahahahahah... tumbuk lagi itu FRU,Polis,patriot,perkasa dan wartawan pasal semua ni ada kat jalan sampai orang tak boleh lalu....kalau kuat sangat tumbuk lah najib..dah tau ada perhimpunan masih buat pada hari tu..najib/rosmah pun tak shooping di malaysia hari tu ,diorang pi luar negara ..you pi buat luar negaralah macik oii..pastu jemput orang ratus ribu untuk hadir .....lu pikir sendirila macik..

  9. kenatipuolehumporno said...

    Macam nie pon ada , tak pa nanti Najib bagi 45juta.

  10. C++ said...

    duit cekau tak cukup la bro... kalu dapat orang datang 3000, baru la boleh cover. itupon sorang kasi RM10

  11. Anonymous said...

    mak aih... kenduri nikah kawin pun ada untung rugi?setahu saya,kalau kita ikhlas bersedekah sewaktu berkenduri,kita untung pahala insyaAllAh.Yang selalu untung dlm kenduri yg membazir adalh pihak hotel,perunding perkahwinan dan para catering makanan.

  12. Anonymous said...

    Bukan dsai yg salah. siapa yg menutup dan menyekat kenderaan bergerak ke KL pada ari tu makcik oooiiii!!

  13. Anonymous said...

    org tak ramai datang sebab bersih ka sebab makcik ni tak rreti nak carpur ngan org.... nasi/lauk lebih bebanyak tu pi la hantaq dekat geng bersih dapat pahala wooo bagi makan org yg berjuang ke jalan Allah...
    Bodo piang punya makcik... nasib baik tak jadi mak aku....

  14. pokku(putrajaya) said...

    wakpo tak panggil kami masa berdemontrasi BERSIH tempoh hari...buleh jugak tolong perabih lauk2 tu...setakat Rm10 seorang xpayah susah2, InsyaAllah kami bagi buat mokcikkk oiiii...ikhlas lagi!silap mokcik jugaklah tak jemput kami peserta2 BERSIH...

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |