PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

18SX : Penangan ilmu 'ehem-ehem', dia 'hari-hari mauu..! "

6 Safar 1432H | Radens

Blog pencacai(baca Umno) tak habis-habis dengan kes Adun Selising. Cabar buat report Polis tak berani pulak. Hairan. 

Agaknya sebab hati tu dah jadi 'hitam' legam kerna dok fitnah orang tak berhenti-henti ,tu pasal jadi macam tu. Jiwa terus jadi bengap ! Itu juga la diulang2 dan ditayang2 tak henti-henti. Sedangkan kes tu tak berlaku pun. [Foto Tilam tu sekadar hiasan ehsan google]

Ini kes yang jelas telah berlaku. Awat tak bising? Bukan setakat bini orang, semua jenis perempuan dia 'balun'. Aku imbau semula kes yang berlaku setahun lalu, yg telah dikelabu asapkan. Ker semua dah lupa!

Dakwa Suami Pernah Tiduri Lebih 10 Wanita


KUALA LUMPUR: Bekas madu kepada penyanyi etnik kreatif Noraniza Idris hari ini mendakwa suaminya, Datuk Muhamad Mustafa Idrus, 54,yang juga ahli jawatan kuasa Umno Tasek Gelugor pernah meniduri lebih 10 wanita sepanjang perkahwinan mereka.

Mastura Bakar, 24, ketika memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini berkata, suaminya itu tidak adil dalam berpoligami selain banyak berfoya-foya.

"Dalam berpoligami memang dia tidak adil dan banyak berfoya-foya dengan lebih 10 wanita di hotel kerana saya mengenali dan menghubungi setiap wanita yang pernah tidur dengannya,” katanya hari ini ketika menjawab soalan peguam syarie Roslizam Rahim yang mewakilinya dalam semasa prosiding tuntutan cerai fasakh.

Dalam pada itu, Mastura mendakwa Muhamad Mustafa pernah meliwatnya setelah dia enggan tidur bersama.

“Dia (suami) suka paksa saya untuk tidur dengannya dan apabila saya enggan berbuat demikian, dia mengasari saya termasuk pernah meliwat saya.

“Jadi, sebab itu saya tertekan dan ingin memohon cerai fasakh dengannya. Bukan itu sahaja, dia juga pernah memukul, menampar dan menendang saya sebanyak tujuh hingga lapan kali apabila mempunyai masalah dan apabila saya bertanya tentang hubungannya dengan wanita lain.

“Apabila saya melarikan diri dari rumah, dia akan pecahkan barang-barang dan pernah melanggar saya dengan kereta sekali,” katanya pada perbicaraan kes tuntutan cerai fasakh terhadap suaminya itu.

Mastura juga memberitahu Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin bahawa dia merupakan isteri keempat ketika mereka bernikah pada 3 Jun 2006.

Namun, dia hanya mengetahui tentang statusnya itu semasa mahu melahirkan anak sulung mereka.

“Ketika bernikah dengannya, saya langsung tidak mengetahui yang saya merupakan isterinya yang keempat. Saya hanya mengetahui yang dia pernah berkahwin dan mempunyai anak-anak.

“Apabila saya nak bersalin anak pertama, baru saya tahu yang saya merupakan isteri keempat," ujarnya. Beliau berkata, selepas itu suaminya berkahwin dengan tiga wanita termasuk Noraniza.

“Dia sendiri mengaku telah berkahwin dengan ketiga-tiga wanita itu kepada saya setelah saya mengemukakan bukti-buktinya.

Selepas dua tahun berkahwin, tambahnya, Muhamad Mustafa mula jarang pulang ke rumah apabila selepas dia mengetahui suaminya mempunyai isteri lain.

“Kadangkala, seminggu dia tidak pulang ke rumah. Sekitar Mei 2008, dia hanya pulang sekejap dan tidak bermalam di rumah. Saya rasa seperti tempat persinggahannya.

Menurut Mastura, dia bukan sahaja tertekan sehingga trauma untuk tinggal bersama malah lelaki itu juga didakwa tidak memberikan nafkah kepadanya dan anak-anak sejak Disember 2008.

“Sejak Disember 2008, semuanya (pakaian, makanan dan rumah sewa) saya tanggung sendiri dan mendapat bantuan keluarga,” ujarnya lagi yang kini menganggur.

Sebelum ini, Mastura menanggung keperluannya dan anak-anak menerusi pendapatannya bekerja sebagai pembantu jualan di kedai barang kemas My Diamond di The Curve, Damansara termasuk berkerja di pusat rawatan spa Mustika Ratu.

Mastura dan Muhamad Mustaffa bernikah pada 3 Jun 2006 di Masjid Pengkalan Hulu, Perak dan dikurniakan tiga anak berusia dua hingga lima tahun.

Muhamad Mustafa tidak hadir ke mahkamah dan diwakili oleh peguam syarie Zaidi Ibrahim. 
Kes itu ditangguh pada esok, 6, 12, dan 13 Januari di mahkamah yang sama. [MSTAR]

KENA DENGAN PUAK HANGPA..HANGPA DOK DIAM. Terus jadi bodoh-bodoh bangang.Konon! 10 orang tu bro..apsal tak siasat semua mangsa tu? Ker semua dok 'menadah' penuh ikhlas? Tak mungkin bro..tak mungkin. Tak semurah itu perempuan akan 'kangkang' jika tiada unsur2 lain. Apa dia 'unsur-unsur' lain tu, fikir sendiri. Aku angkat semula apa yang pernah aku tulis setahun lalu disini. Tapi untuk makluman, TIADA UNSUR CARUTAN PANAS PADA ENTRI DIBAWAH. Cuma baik untuk bacaan 18SX keatas..sekadar peringatan, jangan tuntut ilmu 'kot**', ilmu agama tak pa..!

18SX Iktibar : Penangan ilmu 'ehem-ehem', dia 'hari-hari mauu..! "
Oleh : raden albanjari

Lama juga wak menung ! Wak bukan apa, naik kasihan pun ada ! Tiba-tiba teringat kisah lama sahabat dahulu. Dari apa yang wak tahu dari kisah sahabat wak (nama dirahsiakan) yang pernah menuntut 'ilmu' penguat nafsu ini di tanah Jawa, 12 tahun yang lalu hakikatnya memang 'pengamal'nya tidak akan puas dengan seorang wanita biarpun sudah punya isteri lebih dari seorang. Gelora nafsunya sentiasa membara. Matanya sentiasa ghairah. Malah 'ehem-ehem'nya sentiasa mencanak. Andai sehari tidak dijamahnya tubuh wanita, boleh naik 'gila' dia ! MasyaAllah !

Jika diimbas semula tentang apa yg pernah beliau beritahu dulu, kat mana yang tiada 'isteri'nya, kebetulan beliau seorang ahli perniagaan yang memang sering berurusan ke luar negara. Indonesia, Filipina, Hong Kong, Vietnam, kat Burma pun ada yeop ! Itu belum campur 3 isterinya yang sah dalam negara.

Hakikatnya, dia tak boleh tidak ada wanita dalam sehari ! Kalau kita sering layan penjual ubat kaki lima atau pasar malam, mereka sering jaja ayat ini " hari-hari mauu..!" !

Sebenarnya ia lebih berkaitan dengan 'jin'. Mana mungkin orang biasa boleh melangsungkan hubungan 'intim' bersama wanita(isterinya) dalam tempoh berjam-jam lamanya, dan berdozen kali dalam sehari ?

Apapun Alhamdulillah, kerana 3 tahun lalu, ditakdirkan wak telah berjumpa dengan dia di sebuah pasaraya di Prangin Mall ketika itu dia bersama 'isteri'nya, mungkin yang paling baru agaknya..fikir wak ketika itu, dan benarlah sangkaan wak. Lama juga wak berbual dengan dia. Dari apa yang dinyatakan, 'ilmu' salah itu telah hampir setahun dia buang. Dan isteri nya yang 'ramai' dulu, semua telah diceraikan atas permintaan mereka sendiri. Dan isteri yg wak lihat ketika itu adalah isterinya yang baru dinikahinya baru 4 bulan.

Sebenarnya dia menderita ketika 'mengamal'kan ilmu itu. Beliau tidak ubah menjadi 'kuli' kepada 'jin' yang menjadi dalang 'penguat' nafsunya. 8 tahun beliau sengsara. Malah tubuh badannya dulu memang antara yang 'macho' dah kurus melidi. Yang lebih parah, beliau langsung tidak dikurniakan zuriat. Sedangkan dari pemeriksaan doktor, beliau sebenarnya sorang yg normal dan mampu menerbitkan zuriat. Mungkin itu kifarah dan balasan Tuhan untuk dia agaknya. Ini bukan wak yang cakap, dia sendiri yang cakap.

Ketika ditanya tentang bagaimana dia berjaya memisahkan 'ilmu'nya itu dari terus membelenggui dirinya, dia menyatakan dia telah kembali ke Indonesia mencari dukun yang dia pernah menuntut ilmu itu dahulu, nasibnya baik kerana dukun itu masih hidup. Andai ditakdirkan dukun itu mati, maka sampai akhir hayatlah dia terpaksa memikul 'beban' paling gila itu. Untuk mengeluarkan 'ilmu' dan amalan yang telah 'sebati' dgn tubuhnya itu bukan semudah dia 'menerima' ilmu dan amalam pada permulaan dahulu. Sungguh menyeksakan !

Siksa yang bagaimana ? Jelas beliau, 'anu'nya tiba-tiba menjadi sakit yang teramat sangat, kadangkala tanpa sebarang petunjuk dan masa ketika itu, 'anu'nya tiba-tiba membesar sebesar 'betis', bila keadaan itu terjadi 2-3 hari dia tak boleh nak bangun. Hanya terbaring penuh kesakitan. Keadaan itu berlaku hampir 3 bulan lamanya. 

Mengikut kalendar Jawa, kliwon yang dibaca oleh dukun itu, fenomena ini akan berlaku selama 10 khamis atau dalam dasar perawatannya ia akan menghadapi 'dhanyang samarabumi' dalam bentuk memuliakan makhluk itu(sejenis makhluk halus). 3 bulan bukan 1 tempoh yang singkat. Mengerang sakit dan keperitan 'anu'nya. Malah kencingnya juga langsung tidak terkawal. Selama 'berubat' itu jugalah dia tinggal di tanah Jawa, menyewa pondok di pinggir rumah dukun itu.

Ketika pertemuan itu juga beliau menyatakan kepada wak bahawa dia telah pulih sepenuhnya, ohh.itu pasal wak lihat dia sudah berkopiah 'tarbus'. Malah isterinya yang baru ini juga bertudung litup biarpun tidak secantik 'taste' dia yang lalu. Biasa-biasa sahaja. Dulu ? Jangan harap dia mahu isterinya bertudung, kalau boleh tak payah pakai baju dan seluar 24 jam. Gila tak gila ? Wallahua'lam.

0 comments:

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |