Carut Isu - PAS Hina UMNO ? Patut pun !!
Time Maghrib sementara tunggu azan di masjid. Tiba-tiba saja hati jadi 'panas'. Sedap mulut saja otai Umno berserban ni bilang sama aku tadi, " PAS ni tak dak kerja lain, memanjang dok 'hina' Umno, PAS tu bagus sangatkah? Najib tu dah baguih..nak bagi elok kita yang melayu..bla..bla.." Berderau otak aku beb ! Berderau ..sup..sup. Bila dia dok sebut macam tu, laju jer otak aku ingat dan imbau semula kisah Najib tahun lepas.
PAS Hina UMNO ? amboi noo..buat lupa pulak, ker nak bagi rakyat simpati. Yang UMNO dok hina PAS lebih dari 50 tahun tu apa dia? Betui la..penyamun selalu lupa orang yang dia samun, tetapi orang kena samun tetap akan ingat penyamun.
Teringat muka sayu Najib masa dia sebut benda ni satu masa dulu, bila Najib berkata, UMNO sentiasa terbuka untuk menjayakan apa sahaja cadangan atau rundingan membabitkan perpaduan orang Islam dan Melayu. Dan, setiap rundingan tidak sepatutnya disertai dengan prasyarat kerana ia boleh membantutkan usaha tersebut.
''Dan satu lagi, (PAS) jangan terus hina UMNO dalam ucapan-ucapan mereka. Kalau hendak berbincang janganlah kita mengutuk satu sama lain," katanya.
Runding ? Bunyi macam UG ? Macam jer..! Tapi nampak sangat UG tu bukan idea PAS. Cara Najib sebut pun rakyat boleh tahu. Jangan pulak pi salah baca? PAS ni macam-macam laa..! Jangan la letak macam-macam syarat. Kesian la kat depa tu !! BN tengah semput tu..!! Takpa malam ni aku tak carut sesapa. Tapi hati gua masih dok hangin..!
(*) Padan muka pak Ji Umno..sapa pun tak mau layan tadi..Hahaha !
(*) Padan muka pak Ji Umno..sapa pun tak mau layan tadi..Hahaha !
January 10, 2011 at 10:16 PM
dua kali lima.
pas hina umno,umno pas.
yang buat tu bukan semua orang pas dan bukan semua orang umno,tapi depa yang mentedarah kerana politik
serban buka tunjuk alim dari dulu hingga sekarang.songkok pula tak semesti tunjuk dia melayu.
pasai tu banyak alim dalam pas tak pakai serban dan banyak melayu dalam umno tak pakai songkok