PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Blogger RBF dimalukan ? Patutpun..!

Jawapan untuk RBF !  Memang patut permintaan kamu untuk join Majlis Bersama TGNA ditolak oleh Sekretariat. Mungkin kamu sudah lupa apa yang telah kamu fitnahkan keatas tubuh TGNA. Fitnah RBF keatas TGNA, baca di SINI. 


RBF naik hangin pasal kena 'reject'. Baca dan skrol dibawah, memang patut pun diREJECT..mangkuk tu. Dan juga baca apa jawapan untuk RBF dibahagian paling bawah. Makluman, tiada carutan dalam posting ini !!

RBF Hangin 1 Badan..! Padan muka lu..!!

Pada 20.12.2010 saya menghubungi Pejabat Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan di talian 09 7433529 untuk mendaftar bagi menyertai pertemuan blogger-blogger dengan MB Kelantan yang akan diadakan di KL. Sini

Pendaftaran saya diterima dengan baiknya. Lebih kurang 15 hari selepas itu saya mendapat khabar dari beberapa rakan yang menyatakan pertemuan itu bakal diadakan di Hotel Grand Season KL pada hari sabtu (15.01.2011) jam 8 malam.

Itu saya hanya dengar dari rakan-rakan. Penganjur tidak memaklumkan apa-apa kepada saya walaupun mereka berjanji akan menghubungi semula untuk memaklumkan tempat dan tarikh.

Sehingga ke hari rabu (12.01.2011) saya masih belum mendapat apa-apa berita dari mereka. Lalu pada tarikh berkenaan saya menghubungi Pejabat Urusetia Penerangan Kerajaaan Kelantan bagi mengetahui status penyertaan saya. Mereka kata akan hubungi saya kembali.

Hari ini pada jam 3.11 petang tadi saya menerima panggilan dari satu nombor sulit (private no), pemanggilnya seorang lelaki yang memaklumkan penyertaan saya dibatalkan. Apabila saya bertanya kenapa , dia berkata dia hanya terima arahan untuk memaklumkan kepada saya.

Saya tidak berpuashati lalu saya terus mengasaknya bagi mengetahui kenapa penyertaan saya dibatalkan. Jawapan yang dia berikan sama dan akhirnya dia mendiamkan diri dan memutuskan talian.

Memandangkan nombor yang dia gunakan untuk hubungi saya adalah nombor sulit, maka saya tidak dapat menghubunginya kembali. Saya cuba mengubungi Pejabat Urusetia Penerangan Kelantan, tetapi tiada jawapan kerana hari ini adalah hari cuti di Kelantan.

Sekarang anda semua boleh lihatlah betapa baculnya parti Pas. Tempohari bukan main lagi jemput semua blogger datang tanpa mengira idealogi politik. Sekarang apabila orang nak datang dia tidak benarkan pula.

Apa yang nak takut sangat ? takut aku 'serang' Nik Aziz ke ? jangan jadi bacullah beb ! Cakap berkobar-kobar kononnya mereka pejuang demokrasi tulen, kebebasan media dan sebagainya. Tiba-tiba batalkan penyertaan aku tanpa sebarang sebab. (RBF)

Jawapan untuk RBF : 

Mengulas terdapat tulisan ‘mengarut’ yang ditulis sesetengah blogger di laman mereka, beliau berkata, usahkan blogger berbuat demikian, bahkan anak sendiri sekiranya menulis perkara ‘mengarut’ akan dimarahi.

“Sama ada blogger, tuk guru atau ibu bapa, serupa saja. Hidup atas dunia ini mestilah faham bahawa kita adalah menumpang di bumi Allah SWT.

“Oleh kerana kita menumpang segala perkara termasuk padi beras yang dimakan atau udara untuk bernafas, hatta manusia itu sendiri dijadikan Allah SWT, maka kita tidak boleh menderhakakan Allah,” katanya.

0 comments:

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |