PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Polis terjah Adun, Adun saman Utusan, Awang makin tak selamat !

Pusat Khidmat Adun Sri Muda diterjah Polis. 13 anggota dari Unit JSJ menyerbu pejabat Adun tersebut kelmarin. Terjahan dan serbuan itu dipercayai bagi membantu siasatan kononnya beliau menghina Sultan Selangor baru-baru ini. 

(*) Apa lagi YB, saman ajer Utusan tu dengan Awang Selamat, kalau boleh up lebih sikit RM 800 juta kaa..! Berbaloi-baloi..!! Kisah lanjut skrol dibawah.

Polis menyerbu Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei (gambar kecil) dan merampas peralatan komputer milik beliau bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghina Sultan Selangor melalui blognya.

Serbuan jam 11.30 pagi semalam dilakukan sekumpulan anggota polis dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor.

Shuhaimi berkata, serbuan tersebut tidak disertakan waran, bagaimanapun beliau memberikan kerjasama penuh kerana merasakan pegawai polis yang ditugaskan juga bekerja di bawah tekanan dan arahan tertentu.

Menurutnya, beliau diberitahu petugas pejabat, polis akan datang pada 11.30 pagi mencari komputer yang dikatakan digunakan untuk memuat naik bahan seperti mana yang dibuat dalam aduan polis ke atasnya.

“Polis merampas satu unit pemprosesan pusat (CPU), monitor, papan kekunci dan beberapa kad nama. Mereka cadang hendak ambil semua, saya kata tidak boleh sebab aduan ke atas saya. Jadi ambil komputer sayalah. Saya tidak tahu apa yang diambil tetapi saya berharap mereka bertindak dengan profesional, fokus kepada isu yang berbangkit.

“Polis tidak hubungi saya tetapi hubungi pejabat saya. Inilah tindakan yang kita katakan tidak sepatutnya berlaku. Kalau saya yang disiasat, maklumkan kepada saya kita akan memberikan kerjasama penuh. Kita minta polis juga profesional,” katanya.

Beliau berkata, serbuan dilakukan oleh 13 anggota polis dari unit Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) termasuk anggota yang berkawal di pintu pejabat serta tiga CSI.

Dalam pada itu katanya, sehingga kini tiada perkembangan lanjut berhubung kenyataan yang dikeluarkan melainkan rampasan komputer milik beliau.

Beliau juga akan mempertimbangkan dengan serius untuk menyaman Utusan Malaysia dan Awang Selamat.

“Saya minta polis segera menyiasat Awang Selamat yang memfitnah dan memutarbelitkan kenyataan, mengambil separuh daripada artikel yang ada di Internet, menggunakan itu untuk menimbulkan keadaan seolah-olah saya menderhaka (kepada sultan)," katanya.

Walaupun akhbar tersebut lidah rasmi UMNO, katanya, ia seharusnya lebih beretika dalam mengeluarkan pandangan supaya apa yang disiarkan boleh menyedarkan masyarakat dan memberikan manfaat bukan memburukkan keadaan.

0 comments:

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |