PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Surat Dari Dubai : PAS,PKR UMNO wajib baca !

5 Safar 1432H | radens

Assalamualaikum Wak,
Tetiba saya tergerak untuk menulis email pada wak selepas melayari ABO melalui Nobisha. Saya mengandaikan wak adalah orang banjar yang menetap di Perak, mungkin itu satu lagi alasan. Saya juga sering dipanggil wak disebabkan oleh loghat pekat jawa saya.

Untuk pengetahuan wak, saya bekerja di Dubai sejak hampir setahun yang lalu. Saya kerap melayari laman web PR sejak berlakunya krisis perlembagaan di Perak. 

Sebelum ini saya hanya bookmark laman marhaen dan TKO yang saya layari setiap hari sejak awal 2000-an ketika zaman dial-up. Laman marhaen adalah laman tegar saya selepas hilangnya laman web mahazalim yang saya mula melayarinya hujung 90-an.

Saya adalah ahli United Malays National Organisation lama (UMNOL) tanpa saya sedari sejak umur saya 18 tahun lagi (1985). Adalah menjadi satu lumrah bagi orang Johor didaftarkan sebagai ahli UMNOL oleh ibubapa masing2 tanpa kerelaan. Dan saya tidak pernah menbantah atau mengiakannya. Sehingga sekarang keahlian UMNO (now UMNOB) saya masih lagi aktif walaupun ketua cawangan sekarang tidak mengenali saya dan saya pun tidak tahu sapa ketua cawangan saya. Saya pun tidak tahu sapa yang membayar yuran keahlian saya. Yang pasti keahlian saya masih lagi aktif.....25 tahun dah....ahli UMNO.



Kalau saya aktif dari dulu, saya dah kaya sekarang......kaya duit dan kaya cacian. Tapi hidup tak tenteram walaupun bini dua tiga, anak dan harta bersepah. Itu tak termasuk teman wanita lagi tu... Yang pasti saya tidak sukakan dasar dan perjalanan UMNOB sekarang. Masuk UMNOB atau rapat dgn pemimpin UMNOB sebab nak projek dan nak kaya. Dah kaya mesti nak bini lagi. 

Pemimpin banyak yang talam dua muka. Dasar Islam hanya slogan semata-mata. Cakap Islam berdegar-degar tapi mengaji pun tak tahu. PM sekarang pun mengaji merangkak-rangkak. "Mahazalim" lagi kelu nak mengaji. Lidah dah kaku. Allah dah makbul Doa arwah haji Fadzhil supaya dipanjangkan umur mahazalim untuk dia melihat kerosakkan yang dilakukan olehnya sebelum ini. Dosa dia pada rakyat amat besar.

Selama lebih 20 tahun memerintah kita dibebani hutang luar yang sehingga 7 keturunan tak habis bayar. Mahazalim yang menimbulkan "tol" jalanraya dan hapuskan biasiswa. Sepatutnya kita tak perlu bayar tol dan semua pelajar masih menikmati biasiswa apabila ke Universiti. Kita tak perlu terlalu laju dalam mengejar status negara maju atau perindustrian. Dengan PR saya masih berbelah bagi.

Jiwa saya lebih kepada perjuangan Islam. Namun saya kurang yakin dengan barisan kepimpinan PAS sedia ada. Saya menghormati Tuan Guru Nik Aziz sebab kezuhudan dan kesederhanaan beliau, bukan sebagai Menteri Besar Kelantan. Saya tak pernah pun berjumpa atau berjabat tangan dengan Tuan Guru. Tak pernah pun pergi Kelantan. Saya juga menghormati tuan haji Salahuddin Ayub sebab istiqommah dan komitmen beliau dalam PAS. Yang lain lain tu termasuk ketua No.1, saya kurang respek sikit.

Mungkin saya tak pernah mengikuti perkembangan dan perjalanan beliau secara dekat. Bagi saya No.1 sekarang masih tak layak nak jadi PM. Nak jadi PM kepada Malaysia baru mesti kreatif dan sanggup turun padang, bukan setakat pandai beri arahan dan menerima lapuran sahaja. Kita bukan berada dalam suasana sekolah pondok lagi. Yang masuk PAS selepas tahun 2000 dan menjadi pemimpin No.1 negeri sekarang lagi saya tak respek. Ia seperti Ajinomoto yang menambah sedap makanan tapi pendek umur secara tidak langsung.

Saya lebih menghormati Haji K. Samad berbanding YDP skrg. PAS perlu lebih ramai orang seperti Haji Nizar, lambang kepada pemimpin PAS versi baru.

PKR saya tak minat langsung. Namun saya lebih menyanjungi Brother Anwar disebabkan oleh kezaliman mahazalim. Brother Anwar telah dizalimi, dihianati dan dimalukan dengan begitu teruk sekali oleh Mahazalim dan saya tak akan lupakan peristiwa yg telah menjadi sejarah tersebut. Saya rela menjadi pembantu peribadi Brother Anwar kalau diberi peluang. Beliau pernah dipenjara, dipukul dan ditelanjangkan oleh pembesar negara. Mental beliau sungguh kuat. Kita pun tahu beliau pun tak bersih jugak masa dalam UMNOL. Masuk kandang najis mesti terpalit bau walau tak menelan najis tersebut.

Persepsi saya terhadap Mahazalim tak pernah berubah. Beliau adalah sehina-hina manusia dibumi kita sekarang ini. Saya pun turut berdoa sama supaya Mahazalim lambat mati. Biar dia merasa azab berbaring lama kat katil cuma hanya mata yang terkebil-kebil sementara menunggu ajal tiba sebagai balasan dosa-dosa beliau kepada rakyat Msia selama ini. Betul dia bapa pemodenan Msia. Tapi lebih byk kemusnahan yang disorokkan berbanding sedikit kejayaan yang diwar-warkan. Bagi sya PKR hanyalah parti politik survival.

Pemimpin yang ada sekarang lebih kurang pemimpin dalam UMNO L&B. Cuma lebih baik sikit jer, kalau ada. Kalau ditakdirkan PKR berkuasa nanti (yakni tanpa melibatkan PR yang lain) depa pun sama jugak, membalun dan membahan kekayaan negara. Contoh dah ada didepan mata. Rasanya tak ada orang nak dengki pasal kuari-kuari ni. Muda-muda lagi dah naik Timbalan, takkan nak naik merz 320 lama kot ?

Salam,
Dubai, UAE 

6 comments:

  1. Anonymous said...

    Baru dok setahun dubai tak yah sembang la bro...

  2. chor said...

    aku setuju!

  3. SearchForHeaven said...

    duduk lama dalam UMNO..
    kemudian kata teraju PAS tak bleh harap.. erm...

    isi asal OK dah.. tapi selit yang mengatakan Pimpinan PAS takde ciri2 untuk mentadbir.. wa rasa.. ada belitan berbisa tu..

    PAS dasar Quran dan Sunnah..

    bukan tak bleh.. ir Nizar, khalid Samad dan salahuddin jadi presiden..

    tetapi tengoklah hujah agama mereka dalam isu2 kalimah ALLAH, raya haji dan sebagainya..

    benda ni.. kalau dinilai dari sudut presepsi.. memang terbaik..

    TAPI ingat PAS parti ISLAM..

    kena nilai persepsi dari sudut ISLAM dan Pandangan rasul dan ALAH..

    kalau.. main hadir je majlis orang agama lain..
    main sokong je kemahuan agama orang lain..
    main redah je.. feqah2 islami..

    kerana nak persepsi bahawa kita ini terbuka....
    hermmmmmmm...
    itu macam dah menghampiri ISLAM leiberal

  4. pokku(putrajaya) said...

    ada yg baik dan buruk drp sedara kita ni...hok ambo raso ambo akan pilih PAS jah...perjuangan bersama Islam...Takbirr!

  5. Anonymous said...

    Mahazalim umur panjang. Jangan jadi macam x-PM Israil yang tergolek tak mati-mati sampai sekarang.

  6. Anonymous said...

    Kita jarang nak dengar komen orang... asek fikir diri sendiri betul...

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |