PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Mari kita lihat 'telurr' Umno/BN !

Peluang Terbaik untuk rakyat melihat apakah Umno/BN punya 'telurr' atau pun tidak. Ini juga peluang terbaik bagi rakyat untuk mentafsir apakah ajakan debat oleh DSAI ini bakal mengulangi kisah debat ter'pospon' ketika era pemerintahan Che Det (Debat Umno vs. PAS) suatu masa dahulu. Itu harapan rakyat. Belum pun gendang di'palu', Najib jadi cemas lalu menolak ajakan itu. Soldadu pula yg mengambil tempat, apa barang Nazri atau KJ nak ber'tarung' di gelanggang yg bukan tarafnya mereka perlu ada disitu.

Jika KJ atau Nazri nak sangat berdebat, sahut saja cabaran Debat anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat. Itu baru betul gelanggangnya. Bukan tunjuk hero untuk berkisah di gelanggang yg bukan tempatnya. Ketua Pembangkang lawannya Najib. Baru betul ! Jangan jadi bangang 40 kali. Takut jadi sial sudahnya. Untuk KJ dan Nazri, dibawah ini gelanggangnya yg layak untuk kamu !

Kenyataan Media: Debat janji 100 hari Pakatan Rakyat

Dewan Pemuda PAS Malaysia sememangnya telah merancang untuk menganjurkan Forum Janji 100 Hari Kerajaan Pakatan Rakyat antara Barisan Nasional vs Pakatan Rakyat pada 18 january 2011 di Chinese Assembly Hall KL pada jam 9.30 malam.

Sehingga kini pihak Dewan Pemuda PAS belum mendapat kesanggupan dari pihak UMNO dan BN. Maka saya berharap YB Khairy Jamaludin yang kini beria - ia benar mahu mendebatkan janji 100 Hari kerajaan Pakatan Rakyat sanggup menjadi panel forum tersebut. Adapun Anwar Ibrahim, biarlah ia berdepan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Insya-Allah, Dewan Pemuda PAS Malaysia akan menghantar surat rasmi kepada beliau esok. Pihak kami sangat memerlukan pandangan dari pihak UMNO dan BN terhadap Janji 100 Hari Kerajaan Pakatan Rakyat apabila menerima mandat sebagai Kerajaan kelak.

Forum ini adalah untuk mencari kebenaran bukan mencari publisiti murahan jauh sekali untuk bertegang urat. Sebaliknya ia adalah medium yang disediakan oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia untuk mengemukakan hujjah dan idea yang bernas serta ruang kritikan atau pandangan kedua terhadap Janji 100 Hari Pakatan Rakyat. Orang ramai dijemput hadhir.

Mungkin Umno/BN perlu buat 'lakonan' Debat lagi agaknya. Macam kat bawah ni..! Jika itu yang berlaku, memang sah DEBAT yg diharapkan akan jadi 'sejarah' semula. Konpem tak akan jadi..pasal tak berapa nak berani. Telur tersontot bro..tersontot jauh ke dalam, nak kalo...kena pakai 'jari' kalau nak kuarkan telur tu...Manual ler tu, kalau tak.. lagi jauh ke dalam 'telurr' tu dok dalam kandut Umno/BN. Wakakaka...



0 comments:

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |