PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Bila Aku Mencarut : Lancau laa lu !!

Cina Islam kata Utusan itu 'lidah syaitan'. Sebut Utusan mahu tidak mahu kita akan merujuk kepada 2 akhbarnya yang 'melayu' iaitu Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia. Tidak mungkin Harakah berada dalam kelompok keluarga Utusan.

Lidah Syaitan :

Merujuk kepada kolum Bicara Agama, yang diterbitkan di akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 15 Februari 2004 yang membicarakan tajuk : Bicara Agama : Memahami Aurat Wanita tulisan Astora Jabat, mengiyakan kata-kata blogger Cina Islam bahawa Utusan itu 'lidah Syaitan'.

Mengapa ? Itu pasal ramai yang tak mahu pakai tudung. Jika pakai tudung pun tetap nampak 'jambul'. Kerana rambut itu bukan aurat.

"..ALLAH MENETAPKAN AURAT WANITA HANYALAH PADA QUBUL DAN DUBUR. ITU SAHAJA. SEBAB ITU SEWAKTU NABI ADAM DAN HAWA DITURUNKAN KE BUMI ALLAH HANYA MENUTUPKAN KEMALUAN MEREKA DENGAN 2 HELAI DAUN TIAP SEORANG.."

Ingat ini bukan aku kata ! Astora Jabat yang kata, Ularmak yang kata pada dia..! Memang kacau jika macam tu punya ijtihad si Astora ni. Baca Umno. Oleh kerana Astora ini berada didalam kelambu dan bergaul najis bersama didalamnya, kerana Utusan itu miliknya mutlak oleh Umno, memang patutpun ramai wanita di Malaysia ni SESAT dalam menakrifkan tentang 'aurat'. Lancau la lu..astora ! ( Carutan ni..baru mukadimah).

Tulisannya boleh dihayati dibawah ini. Godek saja box dan scroll pelan-pelan ke bawah.

Penulis berusaha menyiarkan di ruangan ini menjadi satu rencana yang dipercayai menjadi punca MENGAPA RAMAI WANITA ISLAM TIDAK MENUTUP AURAT(RAMBUT). Rencana bertajuk Rambut Wanita Bukan Aurat ditulis oleh Ustaz Zainudin Idris, pengikut Shah Waliyullah ad-Dihlawi. Berikut disiarkan rencana Ustaz Zainudin itu.

Pertikaian mengenai hukum aurat dan pakaian wanita sebenarnya telah lama berlaku di kalangan umat Islam. Setiap golongan bermati-matian dengan pegangan masing-masing tanpa menganalisis secara teliti sumber asal al-Quran, sunah dan ijmak para ulama. Selain itu mereka tidak merenungi tentang apakah hikmat yang terkandung dalam risalah Nabi Muhammad s.a.w. yang begitu umum dengan kitab suci al-Quran yang amat berhikmat lagi maha agung. Al-Quran diturunkan bukan untuk orang Arab sahaja malah untuk manusia sejagat.

Perkataan aurat menjadi sebutan biasa di kalangan orang kita dengan pengertian anggota-anggota yang diharamkan melihatnya sama ada lelaki dengan perempuan atau perempuan dengan perempuan atau lelaki dengan lelaki. Asal perkataan `aurat' daripada bahasa Arab yang bermaksud `keaiban' atau setiap sesuatu bahagian anggota yang ditutup oleh manusia secara mengejut dan malu.

Imam Waliyullah memberi takrif aurat di dalam kitab Hujjatullah al-Balighah pada halaman 688, jilid 2; beliau berkata:

``Ketahuilah bahawa menutup aurat, saya maksudkan ialah anggota-anggota yang mendatangkan keaiban dengan sebab ia terbuka di hadapan khalayak ramai mengikut adat umat yang sederhana hidupnya seperti yang terdapat pada bangsa Quraisy pada masa itu, ia termasuk di dalam pokok (asas) tamadun yang diakui di sisi setiap golongan yang dinamakan manusia, dan ia di antara perkara yang membezakan manusia daripada sekalian pelbagai jenis haiwan. Dengan sebab itu syariat mewajibkan menutup aurat tersebut, dua kemaluan manusia (qubul/depan dan dubur/belakang), dua buah kemaluan, ari-ari dan bahagian anggota yang mengiringinya termasuk pangkal kedua-dua paha dikira yang paling jelas dari segi agama bahawa ia termasuk ke dalam bahagian aurat.

Tidaklah perlu mendapatkan dalil lagi mengenai perkara itu. Persabdaan Nabi s.a.w. menunjukkan, apabila seseorang kamu mengahwini amahnya maka janganlah ia lihat pada auratnya. Riwayat yang lain pula Nabi s.a.w. bersabda: Maka janganlah lihat kepada anggota yang di bawah pusat dan di atas lutut.

Nabi s.a.w bersabda lagi: Tidakkah engkau tahu bahawa paha itu aurat? Asal hukum menutup aurat di dalam syarak difaham daripada firman Allah taala di dalam surah al-A'raf, ayat 26. Allah berfirman: Wahai anak Adam sesungguhnya Kami turunkan pakaian yang menutup kemaluan kamu dan pakaian menutup seluruh tubuh dan pakaian takwa (sederhana) itu lebih baik.

Pada ayat ini Allah mendedahkan kepada kita tiga jenis pakaian manusia, sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran. Pertama yang menutup dua kemaluan seperti pakaian Adam dan Hawa, sebagaimana Allah berfirman: Mulailah mereka berdua menutup atas mereka dengan dua daun syurga. (surah al-A'raf, ayat 22)

Kedua, pakaian yang menutup seluruh tubuh seperti burung. Ini adalah pakaian berhias-hias. Ketiga, yang berasaskan kesederhanaan, kecergasan dan keadilan itu adalah lebih baik (libasataqwa).

Sebenarnya para imam Islam telah pun menetapkan aurat yang wajib ditutup dan yang tidak wajib ditutup. Imam as-Syafii sebagai contoh mengikut adat resam Arab dan perasaan mereka yang mana kaum perempuannya suka menutup seluruh badan dan kaum lelakinya menutup sekadar tiga per empat badan. Imam Hanafi mengikut adat Ajam (Parsi) yang resamnya tidak jauh dengan Arab. Akan tetapi Imam Malik, guru kepada Imam as-Syafii menetapkan aurat mengikut adat resam orang-orang di sebelah Eropah. 

Dia membenarkan kaum lelaki menutup dua kemaluan sahaja dan begitu juga dengan kaum wanitanya. Jika terbuka buah dada dan belakang sekalipun dikirakan sembahyang mereka sah, apakah lagi di luar sembahyang.Imam Abu Bakar al-Jassas di dalam kitab Ahkamul Quran, jilid 3, halaman tiga berkata: ``Sesungguhnya telah bersetuju ummah bahawa apa yang ditunjukkan oleh ayat (al-Quran) adalah mesti menutup aurat.''

Kemudian beliau mengemukakan beberapa hadis yang sahih daripada Nabi s.a.w. dan athar para sahabat untuk menerangkan maksud aurat sebagaimana yang terdapat pada ayat 26 daripada surah al-A'raf di atas pada halaman 30, jilid tiga, beliau berkata:

``Telah datang beberapa athar daripada Nabi s.a.w. berhubung dengan masalah ini (menutup aurat) di antaranya hadis Bahzun bin Hakim yang diriwayatkan daripada bapanya dan diriwayatkan pula daripada neneknya, beliau berkata: ``Aku bertanya Rasulullah s.a.w. aurat kami apakah yang kami gunakan dan apa yang kami tinggalkan? Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Hendaklah engkau peliharakan aurat engkau kecuali isterimu atau perempuan yang kamu miliki. Lalu aku bertanya: ``Wahai Rasulullah! Jika kami berseorangan?''

Baginda bersabda: ``Sesungguhnya Allah lebih patut dimalukan kepada-Nya.''

Dalam riwayat Abu Said al-Khudri daripada Nabi s.a.w. baginda bersabda: ``Tidak harus seseorang lelaki yang memandang aurat seorang lelaki yang lain dan tidak harus seseorang wanita memandang aurat wanita yang lain.''

Pada hadis yang lain baginda bersabda: ``Dilaknat mereka yang melihat kemaluan saudaranya.''

Allah berfirman dalam surah an-Nur, ayat 30: Suruhlah kepada orang mukmin hendaklah mereka rendahkan pandangan mereka dan mengawal kemaluan mereka; itu lebih baik untuk mereka; sesungguhnya Allah amat mengetahui apa yang mereka buat.

Pada ayat 31 firman-Nya: Suruhlah para mukminat rendahkan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka; dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka melainkan apa yang zahir daripadanya.

Ibnu al-Arabi berkata dalam al-Futuhat al-Makkiah jilid 1, halaman 521 pada bahagian `pada menyatakan batas aurat: ``Sebahagian ulama mengatakan bahawa aurat lelaki itu hanyalah dua kemaluannya sahaja (qubul dan dubur). Manakala sebahagian ulama pula mengatakan aurat lelaki itu dari pusat ke lutut. Di sisi kami (Ibnu al-Arabi) hanyalah dua kemaluannya sahaja yang dikira aurat yang hakiki, iaitu anggota-anggota manusia yang dicaci, dibenci dan dianggap buruk melihatnya. Dua kemaluan itu adalah tempat kepada apa yang kami sebutkan itu adalah menepati hukum haram, anggota-anggota selain daripada dua kemaluan itu dari pusat ke atas dan dari lutut ke bawah adalah menepati hukum syubhat yang sepatutnya berjaga-jaga kerana berternak di sempadan kawasan larangan itu hampir-hampir termasuk ke dalamnya.''

Pada bahagian `Batas aurat perempuan' pula beliau berkata: ``Sebahagian ulama mengatakan keseluruhan tubuh perempuan aurat kecuali muka dan dua tapak tangan. Ada pula ulama yang mengatakan demikian dengan tambahan tapak kakinya tidak termasuk aurat.

Ada yang mengatakan perempuan keseluruhannya aurat.

Ada pun mazhab kami (Ibnu al-Arabi), aurat pada perempuan hanyalah dua kemaluannya sebagaimana Allah berfirman: Mulailah mereka menutup atas kedua mereka dengan daun dari syurga. (Al-A'raf, ayat 22). Allah menyamakan di antara Adam dan Hawa pada menutup aurat keduanya (iaitu dua kemaluan). Jika perempuan diarah menutup adalah mazhab kami, tetapi bukannya tutupan itu kerana aurat malahan itu adalah undang-undang syarak yang berkehendakkan menutup dan tidaklah pasti menutup sesuatu itu kerana ia aurat.

Dengan huraian itu jelaslah bahawa walaupun segala nas, pendapat para ulama muhaqqiqin boleh dikatakan telah ittifak (bersepakat) dan ijmak mengakui bahawa aurat sebenar yang dikehendaki oleh Allah supaya manusia menutupnya itu hanyalah dua kemaluan (qubul dan dubur) sahaja sama ada pada kaum lelaki atau perempuan tanpa sebarang perbezaan kerana menutup dua kemaluan itu adalah suatu sifat yang membezakan di antara manusia dan haiwan sebagaimana berlalu keterangan Hujjatul Islam Shah Waliyullah ad-Dihlawi, termasuklah anggota-anggota yang berhampiran dengannya seperti kedua-dua batang paha dan buah kemaluan lelaki serta ari-ari. Semuanya dikira termasuk ke dalam bahagian aurat. Akan tetapi di akhir huraiannya, Shah Waliyullah menegaskan bahawa semua hadis yang menerangkan masalah aurat dan meletakkan batasan-batasannya adalah berlawanan. Ini bererti keterangan Rasulullah s.a.w. itu tidak sama dalam masalah ini.

Mengikut pendapat Shah Waliyullah semua hadis itu sahih (jelas), maka semuanya boleh dijadikan panduan.

Pengertian aurat ini memang dimaklumi di kalangan umat Arab zaman silam. Al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. tidak memberi makna yang jelas atau keputusan yang tidak boleh dipertikaikan. Dengan sebab itu perkhilafan (beza) pendapat di kalangan para ulama Islam tidak timbul sama sekali, tetapi apa yang berlaku adalah sebagaimana yang kita semua saksikan pada hari ini. 

Punca perbahasan mengenai masalah aurat ini hanya timbul daripada kefahaman yang semata-mata diambil daripada hadis-hadis Nabi s.a.w. yang keterangannya berlawanan dan juga pendapat para ahli tafsir yang memberi keterangan di bawah ayat-ayat yang tidak sarih (jelas). Kerana sebab itulah Imam Ibnu Rusyd rahimahullah taala telah memberi penjelasan dalam Bidayatul Mujtahid, jilid 1; halaman 114: ``Para ulama keseluruhannya telah ittifak (sepakat) mengatakan bahawa menutup aurat itu suatu kewajipan yang mutlak, tetapi mereka berselisih faham tentang penutupan itu adakah ia merupakan suatu syarat yang terkandung di dalam beberapa syarat bagi sah sembahyang ataupun tidak.

Demikian pula mereka berlainan faham tentang batas-batas aurat pada lelaki dan perempuan, tetapi yang ternyata di dalam mazhab Imam Malik bahawa menutup aurat itu termasuk di dalam bahagian amalan sunat di dalam sembahyang sahaja. Di dalam mazhab Abu Hanifah dan as-Syafii menutup aurat itu sebahagian amalan fardu di dalam sembahyang. Sebab perselisihan mereka di dalam menentukan perkara itu ialah kerana hadis-hadis dan athar sahabat yang menjadi tunjang kepada masalah itu didapati saling bercanggah kenyataannya serta para sahabat telah berbeza dalam memahami maksud firman Allah (al-A'raf, ayat 31):

Wahai anak-anak Adam pakailah perhiasan kamu pada setiap kali ke masjid. Adakah suruhan Allah dengan menggunakan perhiasan itu menunjukkan suruhan wajib atau sunat jua.

Apakah yang dimaksudkan dengan perhiasan (az-ninah) itu? Imam Assudi mengatakan maksud perhiasan pada ayat itu ialah pakaian yang menutup aurat. Riwayat daripada Abu Hanifah, beliau berkata: ``Aurat terbahagi kepada dua bahagian, aurat mughallazah (aurat berat) dan aurat mukhaffah (aurat ringan).

Aurat mughallazah itu adalah qubul dan dubur dan aurat mukhaffah, iaitu anggota-anggota selain daripada apa yang telah disebut ia daripada aurat.''

Buah Dada dan Mulut Mikrofon

Itu pasal juga jika dibuka akhbar itu, sarat dengan foto-foto artis yang langsung tidak menutup aurat dengan baik. Jangankan rambut, tetek(buah dada) pun nak dibukakannya terus untuk tatapan orang melayu. Pasal apa, pasal aurat wanita itu hanya pada qubul dan dubur. Lain-lain halal untuk dilihat. KLik link ini..muntah kalau nak tengok apa yg telah tersiar di Pancaindera, Utusan.

Elok sangat diboikot akhbar Utusan ni. Ada berani ? Tak berani...! 

Jika berani dah lama Utusan tu lingkup. Pasal apa tak berani..tanya saja pemimpin Pakatan Rakyat, ramai juga yg perlukan Utusan untuk kelangsungan politik peribadi. 

Pantang disua mikrofon oleh wartawan Utusan, sampai kering liur bagi pendapat dan hujah. Mulut mikrofon sungguh ! Sedangkan dimedan ceramah, buih-buih mulut mengata, Boikot utusan, Utusan lidah syaitan. Piiirahhh...!!

Dalam majlis-majlis besar Pakatan Rakyat, media 'lidah syaitan' itu juga yang dipuja. Berlonggok mereka-mereka (orang media) di dalam majlis. Baik majlis PAS mahupun PKR. Sama saja ! Sudahnya berita yang keluar teruk di spin oleh soldadu media ber'lidah syaitan'. Tidak kah bahlul namanya tu ? Tidak lama lagi, PRK Tenang, hangpa boleh tengok gelagat pimpinan Pakatan Rakyat. Betul tak cakap aku ! 

Memperkasa Media Baru

Bagus juga agenda yang cuba diketengahkan oleh beberapa pimpinan untuk 'memperkasa' Media Baru. 


Minggu depan, sarat dengan program untuk meraikan penulis-pemulis dari Media Baru. 


Seminggu ada 3 event. Perhhh...! Mau ada yg hempas tabung gajah atau buluh. Pasal gagah nak pi join. Duit yg ada dah habis kat anak-anak baru masuk sekolah, beli barang yang semakin hari semakin mahal. 

Teringat kata seorang sahabat, ambil berkat harga nyiok tengah mahal sekarang, laa sebijik lepas kupas boleh dapat RM1 sebiji, kait nyiok belakang rumah, 5 tandan dah boleh kumpul RM2-3 ratus buat modal pi event...tapi bila tengok yang mai bentang kertas kerja..langsung tak menarik hati untuk datang. 


Cari la yang 'berjenis' sikit. Tapi kalau tanya aku, aku suka kalau pembentang tu 'Tukar Tiub'. Nampak Profesional. Kita baca pengalaman beliau. Ker modal event ciput ? Adoi..cukup ler aku carut kat atas tu..! Mintak maaf la pasai sebut , lancau..tadi. Dari aku sebut benda bukan aku punya, lebih aula' sebut lancau. 

Jika hangpa nak carut juga pada benda bukan hangpa punya, ikut suka hangpa ! Carut la sebanyak mana yg hangpa buleh. Adios.

2 comments:

  1. doll said...

    yang nak masuk frame pun banyak!nasib baik depa bukan budak2,kalau tidak dah terlompat-lompat depan kamera..

  2. SiamangBukit said...

    Bagus kalau hujah saudara dikepilkan ayat skandal bagi menyangkal hujahan astora. Kalau tidak nanti dikata astora sebagai bidaah.

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |