PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Adukak : Sakat Hadi Tanpa Adab !

Kelmarin sambil hirup kopi di warung bersama rerakan blogger tersasul berkisah hal Adukak. Apa kisahnya dan dimana lebamnya. Sudahnya untuk elak kopi tumpah atas meja, seorang sahabat blogger berkata,

" kalau dia mai tempat aku dan buat terjah-terjah macam tu..usahkan penampak, penumbuk pun aku tala bagi kat dia..! Kurang ajaq namanya tu ! ".
Ustaz Zol kata apa pula. Baca dibawah.

5 Safar 1432H | Ust Zolkharnain Abidin.

Sebarang kekasaran tidak wajar disokong walau siapa pun yang melakukannya. Polis pernah dikritik keras kerana bertindak kasar kepada para demowan. Dalam situasi yang sangat mendesak sahaja, kekasaran dibenarkan. Itu pun dalam ruang yang masih terbatas.

Dilaporkan bahawa si Aduka dikasari berhampiran rumah TGHH oleh penyokongnya (anak-anak didiknya). Jika laporan ini benar, maka tindakan itu di luar kebiasaan. Kebiasaannya, sesiapa sahaja perlu dilayan dengan baik kecuali orang itu tampil dengan tujuan tidak baik dan bertindak tidak baik.

Entah siapa si Aduka ini. Saya tidak mengenalinya dan saya pun jarang menjenguk blognya kerana saya kurang selesa dengan gaya tulisannya. Tapi, rasa-rasanya dia masih anak muda yang berdarah panas.

Apabila saya tidak menyokong tindakan kasar terhadapnya, itu tidak bermakna saya menyokong tindakan si Aduka ini. Sudah banyak kali diberitakan, bahkan saya pernah menonton video si Aduka ini berusaha untuk ‘menyakat’ TGHH.

TGHH adalah tuan guru. Menghormatinya adalah wajib. Paling kurang sebagai orang yang lebih berusia daripada kita. Ringkasnya, dalam situasi apa pun, si Aduka wajib menghormati TGHH.

Sekurang-kurangnya sebagai seorang yang lebih berusia sekali pun ada banyak perkara dia kurang bersetuju dengannya. Samada secara langsung atau tidak langsung, TGHH adalah guru kepada rakyat Malaysia. Beliau adalah guru agama dan guru politik juga.

Sekitar tahun 80 an dan awal 90 an, kaset-kaset kuliahnya beredar di mana-mana. Bahkan boleh dikatakan tidak ada rumah orang PAS dan rumah orang Umno, kecuali kaset ceramah atau kuliah TGHH ada di rumahnya.

Usah sesiapa menafikan perkara ini. Buku-bukunya juga dibaca oleh banyak orang. Pendek kata, generasi muda, semuda si Aduka ini, sewajibnya menghormati dan memuliakan TGHH sebagai pendidik masyarakat dan warga.

Sampai ke hari ini, bahkan saat ini TGHH adalah guru, beliau mengajar dimana-mana sahaja termasuk di dalam ceramah politiknya. Bahkan, ketika menyampaikan ucapan di hadapan orang bukan Islam pun beliau masih mengajar Islam kepada mereka dan kepada semua orang.

Menghormati guru adalah wajib. Suatu hari Imam Abu Hanifah bangun menghormati jenazah seorang Yahudi yang diusung di hadapannya. Muridnya menuntut jawapan mengenai tindakannya itu. Beliau menjawab, “Yahudi itu gurunya.” Muridnya mempersoalkan, “Bagaimana?” Jawab imam, “Yahudi itu pernah bertanya kepadaku mengenai cara untuk mengenali anjing yang sudah baligh. Aku tidak tahu jawapannya. Dia memberitahuku, apabila anjing itu mengangkat kakinya ketika kencing.”

Abu Hanifah mengiktiraf Yahudi itu sebagai gurunya walau sekadar mengajarnya mengenai usia anjing baligh sahaja. Bukankah TGHH adalah guru kepada kita semua? Justeru, beliau wajib dihormati dan bertindak kasar terhadapnya adalah berdosa.

Untuk apa di Aduka ini cuba ‘menyakat’ TGHH? Katanya, untuk menuntut penjelasan. Penjelasan apa? Adakah tidak cukup dengan seribu penjelasan yang tersiar-siar dimana-mana sebelum ini? Saya percaya si Aduka ini berniat tidak baik, serong terhadap TGHH.

Bagi saya, si Aduka ini cuba memalukan TGHH, menjatuhkan maruahnya di hadapan orang lain, memperlekehkan wibawanya, bahkan memperkecilkan TGHH. Niatnya serong. Dia bukan berusaha menjernihkan keadaan dalam perkara yang dia tidak berpuas hati tetapi cuba memerangkap TGHH dengan jerat yang dipasangnya.

Bagi saya, si Aduka ini memang berniat jahat. Bahkan tindakannya, meluru, menyerbu, menyekat di tengah jalan dengan soalan-soalan provokatif (seperti yang pernah saya tonton di dalam video sebelum ini), adalah tindakan tidak beradab dan jahat.

Kalau dia adalah penyokong PAS atau ahli PAS, dia adalah penyokong dan ahli yang jahat. Kalau dia bukan penyokong atau ahli, memang itu kerja penentang PAS yang selamanya jahat terhadap PAS.

Semua orang faham, TGHH bukan nabi atau malaikat. Beliau tidak maksum dan terdedah kepada salah dan silap. Tetapi itu bukan tiket untuk sesiapa sahaja memalukannya atau menjatuhkan maruahnya.

Jika seorang peminta sedekah di tepi jalan wajib dihormati, dikasihani apatah lagi seorang pemimpin kepada sebuah jamaah seperti TGHH.

Buat anak muda yang berdarah panas seperti si Aduka ini, belajarlah menjadi manusia matang. Belajarlah untuk meletakkan ‘otak’ di tempat yang betul. Belajar menghargai dan menghormati orang lain.

Ingatlah, jika kita dipanjangkan umur, kita juga akan tua. Apa perasaan kita jika pada ketika itu kita diperlakukan oleh orang lain seperti kita memperlakukannya kepada orang lain pada hari ini.Kecuali, si Aduka memang jenis orang yang tidak tahu berfikir dan tidak ada perasaan.

Buat TGHH, kami bersama dengan Tuan Guru dalam apa situasi pun, bukan demi Tuan Guru tetapi demi perjuangan Islam yang kita dokong bersama ini. Allahu Akbar…

1 comments:

  1. ~♥ UmmiAnni ♥~ said...

    aku setuju dgn ust.zul ni..pandangan sama dgn aku..aduka tak beradab..klu dia mengharapkn penghormatan sebagai tetamu..dia kena hormat org tua dulu..baru nk mengata org lain buruk perangai..

    1 jari menuding pada org lain..4 pada diri sendiri..

    wallahualam

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |