PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Gracias..Ustaz Taliban ! Misi kamu yang hebat !!

5 Safar 1432H

Wajah yang ditunggu2 akhirnya muncul pada jam 8.30 melalui pintu ketibaan antarabangsa. Maka berpelukanlah rakan-rakan yang menanti beliau. Beliau muncul bersama saudara Fuad Helmi, seorang anak muda berasal dari pasir Mas Kelantan yang turut bersama-sama Norazli ke Gaza. 

Sdr Fuad berlepas bersama-sama Norazli kira-kira sebulan lepas untuk mengikuti bersama delegasi Asian Caravan to Gaza yang turut disertai sama delegasi dari Indonesia, Pakistan, India dan juga Jepun.

Selesai bergambar kenangan, maka berpisahlah dua saudara seislam itu, Norazli bersama-sama saya, Haji Mustapha Wahab dan PakYa (seorang pengusaha dan sahabat karib Norazli menaiki mobil menuju Ipoh, manakala Sdr Fuad yang ditunggu isterinya bersama-sama rakannya menuju destinasi KL untuk ke rumah masing-masing.

Haji Mustapha atau Tok Pa kelihatan segak dengan mufler Palestine sambil menolak troley barangan Norazli. Selepas itu, kami terus berlepas dengan Pa Ya memandu mobil menuju Ipoh. Berkali-kali Norazli menyebut ingin menjamah nasi Malaysia kerana selama sebulan lepas terlepas juadah yang dijamahnya puluhan tahun. Katanya, kadangkala beliau memakan mi segera Indo sebagai pelepas kempunan.

Berulangkali beliau bercerita sambil diselangseli dengan pertanyaan demi pertanyaan saya dan tok Pa yang cuba memahami situasi beliau semasa menyertai rombongan ke Gaza itu. Bercampur sedia, marah dan kesal begitulah kesimpulannya.

Kami berhenti makan satey kajang di persimpangan sungai Buloh.. isteri Norazli kerap kali menelefon bertanya udah sampai di mana? Hmmm biasalah isteri menanti kepulangan suami. Sesudah menjamah satey, kami solat di surau R & R Sungai Buluh, selepas itu Azli terus menceritakan pengkisahannya merantau dan mengembara di negara Asia Barat itu. Dari Taheran, Al Arish, Turkey, Damscus (Syria) dan Gaza... kisah2 kalangan Syiah di Iran dan pelabagi hal yang amat tidak secocok dengannya.

Lama kelamaan semuanya terlena kecuali saya dengan Pa Ya yang memandu. Kira-kira jam 12 kami tiba di rumah al fadhil Ustaz Azli di Ipoh, lantas kami memunggah dua beg besar miliknya dan bersedia berangkat ke rumah masing-masing.

Namun isteri Norazli mohon dijamah pulut dan rendang yang telah disediakan. Selepas itu, pada jam 12.30 pagi Pak Ya mohon berangkat pulang ke Beruas, manakala saya dan Tok Pa beransur ke Taiping. Kami sampai di Changkat Ibol jam 1.45 pagi, dan saya kemudian terus memandu sendirian ke Penang dengan kepala penuh kisah dan angan, sehinggalah sampai di pagar rumah di Kepala Batas pada jam 3 pagi. ( Hj. Anuar Hashim)

(*) Rujukan foto sila KLIK ke sini.

1 comments:

  1. FZT said...

    ustaz taliban tak sesuai di malaysia wak oii, ulamak kepala lutut marah kepada taliban ni. wak ni berani main main dgn ulamak kepala lutut.hehhee

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |