PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

N.28 PANAS BERAPI - Aku cabar denan sangkut jawab isu ini !

Hari ini banyak benda bikin aku panas di Kerdau. Cuaca di sana, memang semua sedia tahu, memang super panas. Tapi aku jadi panas sangat tengok denan sangkut macam tak rasa apa-apa saja, dengan kes yang kita cabar BN jelaskan kepada rakyat. Hoi..! Sudah-sudahlah dok bagi hamper, bagi susu, bagi garam, bagi sos kat Kerdau ni...! Bila nak jawab semua yang dibawah ni ?

Ker nak aku carut semua pemimpin BN Pahang dengan kata-kata macam papagomo dan parpukari baru nak respon? Apapun BN memang macam sial, macam bangkai...bila berhadapan dengan situasi yang buat semua telur mereka tersontot jauh ke dalam berhubung dengan apa yang perlu rakyat tahu.

Lewat malam sikit, bila cuaca sejuk, tunggu carutan berapi aku nak bagi di Kerdau ni. Jahanam punya BN !




KERAJAAN BN PAHANG MASIH MEMBISU !
Dakwaan Menteri Besar Pahang bahawa PAS tidak punya isu dalam PRK N28 Kerdau ternyata adalah satu kenyataan yang cukup meleset. Semalam, kami telah mengemukakan sekaligus mendedahkan pelbagai kebejatan serta ketempangan pengurusan pentadbiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan beliau. Kami akan terus membuat asakan tentang beberapa lagi kepincangan ini termasuk syarikat-syarikat yang menyaman kerajaan negeri atas pelbagai dakwaan pelanggaran perjanjian kontrak dalam urusan pembalakan dan perlombongan yang berjumlah hampir RM300 juta.
Hari ini kami mahu mendedahkan pelbagai perlakuan salah guna kuasa pemimpin Umno/BN Pahang khususnya dalam tempoh berkempen di PRK N28 Kerdau ini serentak menggambarkan betapa tertekannya Umno berhadapan dengan rakyat yang lebih matang dan bermaklumat. Pendedahan ini juga membuktikan bahawa DUN Kerdau jauh terpinggir dalam arus pembangunan negara.
Justeru kerana kegagalan merancang pembangunan secara bersistematik, maka Perdana Menteri dan Menteri Besarnya amat tertekan sehingga sanggup mengisytiharkan projek luar kawasan mengundi diresmikan dalam kawasan mengundi.
Janji yang dibuat dalam pilihanraya kecil Sanggang pada tahun 2000 bagi membekalkan air bersih di kampong orang Asli Paya Sendayan gagal ditunai sehingga kini. Pada PRK kali ini, PM sekali terpaksa menjanjikan peruntukan RM9.25juta bagi menaikan taraf loji air Batu Sawar. Tindakan membekalkan air 3 hari sekali yang sedang berjalan adalah gambaran sebenar pengabaian nasib rakyat yang kini mahu dipancing undi mereka.
Maka tepatlah tuduhan rasuah dan membeli undi rakyat oleh pimpinan tertinggi Umno/BN apabila Perdana Menteri sendiri melakukannya dihadapan umum tanpa segan silu dengan menyatakan bahawa ”Saya bukanlah hendak membeli undi. TETAPI kalau kamu menyokong kami (BN), saya akan tambah lagi peruntukan esok atau lusa. Dengan syarat kamu tunjukkan sokongan kepada BN terlebih dahulu”.
Ucapan ini mengingatkan rakyat apa yang juag diucapkan oleh Perdana Menteri dalam PRK Sibu dengan kata-kata rasuah beliau ”You help me, I help you!”. Sebagaimana pengundi di Sibu bijak menilai lantas menolak sogokan tersebut dengan terus memberi undi kepada calon Pakatan Rakyat, demikian juga harapan kami kepada pengundi DUN Kerdau.
Kerana terdesak bagi mendapat undi kaum Cina, India dan kaum asal, PM secara terbuka meluluskan peruntukan RM400,000 untuk Dewan Terbuka Kampong Seri Kerdau, RM150,000 untuk Balai Bomba sukarela dan RM100,000 untuk Kuil Hindu. Ini tidak termasuk pemberian berbentuk hampers dan makanan yang diedar di kampong Baru Kerdau oleh Menteri Kesihatan sebagaimana dilaporkan oleh RTM.
Keseluruhan peruntukan yang diisytiharkan oleh Perdana Menteri adalah melebihi RM10juta yakni 10 kali ganda peruntukan sebenar pembangunan di setiap parlimen. PAS mengharapkan satu tindakan tegas mesti diambil oleh pihak SPRM dan SPR yang terang-terangan bertentangan dengan peruntukan Akta Kesalahan (Penjalanan) Pilihanraya (1960).

Sehubungan dengan ini, Dewan Pemuda PAS negeri akan membuat laporan Polis, SPRM dan SPR atas pelanggaran Akta Pilihanraya.

1 comments:

  1. Fooart said...

    Salam,

    bila difikirkan sedih hati tengok pejuang-pejuang yang benar-benar ingin menolong rakyat. Apabila ada cdangan Dewan Pemuda PAS negeri untuk membuat laporan Polis, SPRM dan SPR atas pelanggaran Akta Pilihanraya, rasanya tiada apa yang akan berlaku. Letih je yang dapat. Yang bakal terima repot pun kroni dia orang. Biarlah Mahkamah Allah membalas segala keburukan mereka. Allah Maha Adil. Bagi pengundi-pengundi di kampung yang masih mengundi BN, teruskanlah dengan kebodohan anda semua. Bila hati dah hitam, memang susah nak dibersihkan melainkan Rahmat Allah sahaja. Sama-sama kita mendoakan kejayaan PAS memperjuangkan Islam ke tempatnya yang sebenar.

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |