PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

N.28 | UMNO kering isu di Kerdau

Kerdau memalit duka dan gurisan luka yang teruk buat warganya. 53 tahun warga Kerdau dijajah UMNO. Siapa yang tidak tahu betapa 'bengis' dan 'kahak'nya mantan Adun Kerdau yang mati baru-baru ini. 

Foto : Pekerja-pekerja santa klaus parti lanun sedang mengagihkan 'habuan' kepada warga Kerdau petang kelmarin. 

Jika anda pelancong politik, terjahlah mana-mana kedai di deretan kedai lama di Pekan koboi Kerdau, mesti anda akan pulang membawa cerita. 

Begitu juga, terjahlah jua mana-mana warganya yang pernah berAdunkan UMNO, pasti kecewa yang anda dapat. Panas Baran, itulah imej yang UMNO berikan untuk Kerdau sejak menjajah Kerdau selama 53 tahun. Kasihan warga Kerdau.  Dah macam Libya ku lihat UMNO ni Kerdau.

Mantan Adun UMNO dahulu, memang terkenal dengan sikapnya yang panas baran dan pemarah. Jika boleh semua orang mahu dimarahinya. Tanya la apek di kedai kopi, pekan koboi Kerdau tu. Lunyai rakyat kena tengking kering dek YB UMNO. Tapi itu YB yang sudah mati. Bukan calon sijil azhar ini. Pandai denan sangkut buat gimik.

Untuk neutralkan kemarahan warga Kerdau atas sikap 'panas baran' dan kisah lampaunya, yang langsung tidak memberi untung kepada BN dan UMNO, dipilihnya seorang calon sijil azhar untuk Kerdau. Dengan harapan, segala dosa dan kecil hati warga Kerdau selama ini, berhubung perangai mantan Adun sebelum ini yang serupa 'papagomo' itu dapat diredakan. Kira cuci dosa lah..! UMNO sedang membersihkan dosa, dengan menghantar 'mubaligh' agama 1Malaysia bersama sijil arab azhar ke Kerdau. Biarpun calon sijil azhar itu langsung tidak mesra warga. Betullah dia ada sijil arab, malangnya hebatnya sijil arabnya itu tidak dapat diterjemahkan untuk nampak dia dilihat hebat berkomunikasi bersama warga di Kerdau.



Kempen masuk hari ke-4 untuk hari ini. Blogger UMNO sedang kelaparan mencari isu mahu hentam calon PAS. Tapi sehingga hari ini mereka terus kontang isu. Sebenarnya UMNO lelah dan keluh kesah sekarang. Oleh kerana asakan 'berhemah' calon PAS di Kerdau, santa klaus jadi tak tentu arah.

Pilihan akhir UMNO dan BN untuk menang hanya bergantung kepada kertas berkepala agong. Itu jalan terakhir. Tapi soalnya, Boleh menangkah BN di Kerdau ? Sakit hati dan dendam marah warga kepada YB ber'cap' kati masih kuat dan tebal. Betul. Ini kisah benar yang berlkau di Kerdau. 

Jika nak lihat zalimnya regim Libya di Malaysia, datanglah bertandang ke Kerdau. tanyalah warganya, betul atau tidak betapa UMNO cengkam warga Kerdau macam Israel kawal Palestin. Budaya tengking, marah, jerkah, maki hamun itulah simbol wakil rakyat bercap 'kati' sebelum ini. Tu pasal cepat mati, dan kezaliman itu  sangat menguris luka warga Kerdau. Teruk bro ! Dan situasi ini, amat terbaik dan sangat berpihak kepada PAS dan Pakatan. Peluang Kerdau untuk PAS memenangi PRK Kerdau semakin hari semakin baik. Tunggu saja hari keramat itu. Insyaallah. 

2 comments:

  1. Anda Sendiri Fikir said...

    Salam berjuang.... Mohon jasa baik tuan agar dapat linkkan laman htt;//bebaskanmalaysia.blogspot.com

  2. Anonymous said...

    Iyorlah labu...bercakap berapi api pun tak guno..ekau tunggu sajolah hari ngundi nanti...tengok sapo lak yg kono.....

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |