N.28 | PANAS BERAPI - (edisi pagi) Blogger Cucu Mat Kilau belot ?
Seorang aktivis popular Pakatan Rakyat (bekas PKR) kini dipercayai telah 'hilang' sejak tengahari kelmarin. Beliau yang sebelum ini terkenal dengan sikapnya yang 'mesra PAS' langsung GAGAL dihubungi oleh rakan-rakan blogger dan pimpinan. Kehilangan beliau yang dianggap misteri itu mula dirasai apabila kelibatnya yang sentiasa ada di markaz induk PAS kini terus gagal dikesan. Malah telefon bimbitnya ditutup.
Beliau (yang dikenali dengan nama pena 'cucu mat kilau')seorang blogger, dan juga seorang bekas calon pernah bertanding mewakili PR atas tiket keadilan pada PRU12 lalu sebelum ini, telah berjumpa dengan Datok Tuan Pesuruhjaya PAS Pahang dan ada menyatakan hasratnya untuk menjadi ahli PAS beberapa hari lalu. Dari sumber sebelum ini beliau dikhabarkan akan menyerahkan borang masuk PAS malam ini kepada Dato Seri Presiden Tuan Guru Abdul Hadi bin Awang di satu majlis ceramah mega di Kerdau.
Namun misteri kehilangannya dan terus gagal dihubungi, berserta foto dibawah sangat menimbulkan berbagai tanda tanya kepada rakan-rakan beliau dan media di Markas Induk PAS Kerdau. Dipercayai foto yang diambil oleh skuad 'paparazi PAS' pula menunjukkan beliau berada di rumah Ketua Bahagian UMNO Maran di Felda Jengka 22 petang kelmarin. Rujuk bulatan hitam dalam gambar dibawah.
Berbagai persepsi dan spekulasi mula timbul di kalangan rakan, atas kehilangan misteri blogger cucu mat kilau, dan kehadiran foto diatas turut sama mengundang berbagai persoalan yang gagal dirungkai, apakah stand politiknya sudah mula berubah? Tunggu saja laporan terkini berkaitan kehilangan beliau dari masa ke semasa di albanjari online
Apakah beliau akan menyertai UMNO/BN? Apa jadi dengan hasratnya untuk masuk PAS yang sebelum ini telah heboh diwar-warkan di sini ? Hanya cucu mat kilau ada jawapannya. namun kehilangannya sangat menimbulkan berbagai persoalan di Kerdau khususnya oleh rakan-rakan terdekat.
ISI KAN CONTENT
March 4, 2011 at 10:56 AM
Salam Wak...
Dengar cerita dari seorang sahabat yang juga blogger di Pahang mengatakan dia sudah dibeli..
Terpaksa atas faktor kewangan..
Nak disalahkan dia sorang rasanya tak patut.. pasal selama ini dia membantu PKR/PR tak ada siapapun yang sudi membantu dia dari segi kewangan..
Bak kata sorang pemimpin utama tu.." Allah.. Dia sorang blogger saja..."
"Dia sorang blogger saja..." kata pemimpin itu bila diminta bantuan untuk menyelesaikan isu saman Rais terhadap Din Binjai..
March 4, 2011 at 11:36 AM
Salam
Apa nak dikato... "don't count the chicks before it hatch"...
Bersedia yang menerima barita terburuk tetapi jadikanlah ia sebagai iktibar dimasa hadapan...
Hingga ketemu lagi...selamat malam M'sia...dimana jua anda berada...
March 4, 2011 at 2:50 PM
salam wak..mohon link blog ana http://addin77.blogspot.com..t.kasih
March 4, 2011 at 2:51 PM
salam wak..mohon link blog ana http://addin77.blogspot.com..t.kasih
March 4, 2011 at 3:44 PM
benarlah kata orang, perjuangan memerlukan pengorbanan.. tanpa pengorbanan perjuangan itu akan musnah di pertengahan jalan. Menyertai mana-mana parti politik tidak menjadi kesalahannya tapi biarlah berprinsip... biarlah ikhlas tanpa mengharap sesuatu balasan. Berjuang atau menulis biarlah kerana Allah. Begitu juga dengan penulis blog,'Cucu Mat kilau' tak habis-habis dengan ceritanya yang penuh misteri dan muslihat. Namun begitu jika beliau nak masuk PAS ke .. atau nak keluar dari PKR ke ..itu dia punya pasal. Yang peliknya, kenapa kita besar-besarkan isu ini, sedangkan beliau pulak bukanlah pemimpin peringkat tertinggi. Jika pemimpin besar lainlah pula dapat mempengaruhi rakyat bawahan. Kepada "Cucu Mat Kilau", jika kita benci atau tidak sehaluan dengan Nakhoda, janganlah kita pecahkan kapalnya. Hidup kita biarlah berprinsip dan berlandaskan kebenaran ..
March 4, 2011 at 6:36 PM
Cuba baca blog Mohd Sayuti Omar....
Entri terbaru ada bayangan??????
March 4, 2011 at 8:18 PM
kan dah kata..jangan dok seronok sangat dengan berita yang tak pasti..tambah2 pulak x-pkr..mana boleh percaya bro. nasib baik dia belot awal..kalau jadi macam kickdipallat tak ke jem orang2 pas! satu lagi bro..kalau boleh jangan dok suka sangat dok post berita spekulasi yang pasti lagi..nanti dok syok sendiri.
p/s: minta maap kepada penyokong pkryang baca ni-penyokong pas tegar!
March 4, 2011 at 9:17 PM
dipersilahan masik amno dengan segala hormatnya semuga Allah melaknat kamu dunia dan akhirat
March 5, 2011 at 12:04 AM
TAK KAN TAK FAHAM KOT, PAS SESAT KENA KENCING LA TU
HAHAHAHEHEHEHE
March 5, 2011 at 12:24 AM
ala bro kalau betul..ada x menambah x de x mengurang....
March 5, 2011 at 2:04 AM
banyak haiwan sesumpah kat pahang. ada gambar sebagai bukti.
kita dah tau. kenalah hati-hati. sediakan racun tikus supaya sesumpah tak masuk rumah kita.
dah masuk sesumpah esok, tak guna dah.
March 5, 2011 at 4:53 AM
Salam Wak,
Ingatkan ADUN & MP je boleh lompat2 ni...
Nampaknya budaya lompat2 ni dah popular di kalangan blogger. Terutamanya selepas selepas dipelopori oleh blogger Kickdefella yang terus U-Turn macam haram...
March 5, 2011 at 11:16 AM
Jikalaulah, pru 13, PR menang dan memerintah pusat, apa ya akan jadi pd kekatak-katak ini?
Jadi berudu kooot?.... :D
March 5, 2011 at 11:03 PM
Wahai balaci UMNO - Siapa sesat??? UMNO ke PAS??? Ahli Karat UMNO ni hatinya hitam .Nur Islam langsung tak terpancar di hatinya.Sebab itu UMNO GILA. Gila rasuah, gila betina, gila berkaroake, gila pangkat, gila nak jadi pemimpin, gila kuasa,satulagi gilaa - Gila suka lihat rakyat susah.Lepas tu tabur duit...canang seluruh dunia... tunjuk yg mereka suka membantu.Buatlah UMNO selagi BERKUASA.Dah tak ada kuasa nanti....datang GILA MEROYAN pula.