PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

PANAS BERAPI - Kerana blogger UMNO semakin tolol, Dato' Tuan Ibrahim mungkin saman blogger penfitnah !

Saya tidak bertanding," kata Tuan Ibrahim mengulas isu itu, "Kenapa serang saya...BN cuba mengalih isu sebenarnya," kata beliau. "Saya sedang menimbangkan untuk saman.."
KUALA KRAU 5 Mac - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob akan menyiasat tentang dakwaan Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahin Tuan Man dikatakan membeli tanah milik peneroka Felda, di sini, walaupun dia sebenarnya tidak layak untuk berbuat demikian. Katanya, beliau ada mendengar mengenai pembelian itu namun belum menerima dokumentasi mengenai urusan jual beli tanah tersebut.


“Setiap urusan pembelian tanah peneroka perlu melalui pejabat Menteri Besar dan sekiranya penjualan itu ada, maka saya akan mengetahui mengenainya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, malam tadi.

Adnan berkata demikian ketika ditanya mengenai desas-desus Tuan Ibrahim yang juga Pengarah Pilihan Raya (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau Pas yang dikatakan membeli tanah peneroka Felda.

Pembelian yang dilakukan atas nama isterinya itu dikatakan telah menyebabkan tuan tanah asal tersebut kini hidup dalam serba kedaifan. Desas-desus tersebut mula ditimbulkan oleh beberapa blog sejak beberapa hari lalu. Adnan menambah, pemindahan milik tanah peneroka tidak dibenarkan kepada orang asing melainkan ahli keluarga sahaja itu pun dengan sebab-sebab tertentu.Ia, katanya, bagi melindungi kepentingan warga peneroka Felda.
Apakah benar dakwaan jahat blog-blog Umno tersebut?Mari kita lihat pula tulisan asal para penulis blog Umno.Penulis tidak mengetahui ianya tulisan asal siapa memandangkan ianya telah diulas oleh banyak blog pro-Umno,tetapi walaubagaimanapun tulisan tersebut hampir sama.Berikut penulis petik:

Ketika ini saya sedang berada di kawasan Pilihanraya Dewan Undangan Negeri N.28 Kerdau bagi membuat liputan berita-berita menarik yang sesuai untuk dimuatkan dalam laman blog GC. Ketika sedang minum di sebuah kedai datang beberapa orang peneroka memaklumkan satu berita yang saya fikir elok diketengahkan di dalam laman blog ini.

Peneroka-peneroka ini memaklumkan bahawa Naib Presiden PAS iaitu Tuan Ibrahim Tuan Man telah membeli tanah milik peneroka Felda Jengka 13 dengan nilai jualan RM80,000.00. Pada mulanya saya tidak begitu percaya tetapi semakan yang saya buat mendapati ramai saksi-saksi yang menceritakan perkara yang sama.

ulasan penulis: Lihatlah cara penulis blog ini menulis.Cara menulisnya langsung tanpa fakta.Dia tidak nyatakan siapa yang memberitahunya,nama pengadu,nama saksi dan butiran penting yang lain.Ini berbeza dengan pendedahan Pas ketika PRK Tenang terhadap penipuanb Azhar Ibrahim yang penuh berfakta dan bukti.

Sambung blog itu lagi:

Ladang dan tapak rumah peneroka yang dibeli oleh Tuan Ibrahim Tuan Man pada asalnya adalah milik Mahmud Bin A. Rahman dan ketika ini beliau telah meninggalkan rancangan dan menetap di kampung asalnya Luit, Pahang. Jika benar perkara ini berlaku, nampaknya PAS bercakap tidak serupa bikin.

Semasa berceramah di Felda Jengka 25 pada 2 Mac 2011 lalu, Tuan Ibrahim Tuan Man ada menyatakan keburukan Felda tetapi dalam masa yang sama beliau sendiri membeli tanah peneroka Felda. Saya berharap Felda dapat menyiasat perkara ini bagi memastikan tanah-tanah peneroka tidak jatuh ke tangan pemimpin-pemimpin PAS. Perkara ini kemudiannya diulas Utusan sebagai berikut:

Pembelian yang dilakukan atas nama isterinya itu dikatakan telah menyebabkan tuan tanah asal tersebut kini hidup dalam serba kedaifan.

sumber blog Umno :
http://generationcyber.blogspot.com/2011/03/tuan-ibrahim-tuan-man-beli-tanah.html

Lihatlah!Kurang cerdiknya Utusan dalam membuat laporan berita.Adakah mereka fikir para pembaca tidak berfikir?Mereka sebenarnya ingin memberikan gambaran kepada Tuan Ibrahim sebagai zalim kerana membeli tanah peneroka hingga menyebabkan pemilik asal tanah jatuh melarat!Logikkah?

Jika benar Tuan Ibrahim membeli tanah tersebut,ianya dibeli dan bukannya dirampas seperti Azhar Ibrahim lakukan di Segamat!Tanah dijual dengan harga RM80 ribu,dan semestinya peneroka tersebut telah berfikir untuk menjual tanah tersebut.Dan apa yang lebih penting,peneroka tersebut telah mendapat habuan daripadanya.Tapi bodohnya Utusan menggambarkan bahawa peneroka tersebut jatuh melarat akibat menjual tanah kepada Tuan Ibrahim.

Dakwaan jahat ini sendiri tidak dikesan oleh Adnan Yaakob.Jika benar Tuan Ibrahim membeli tanah tersebut, sudah tentu perkara ini heboh di Jengka.Mestilah Adnan Yaakob dapat tahu awal-awal dan menyemaknya, memandangkan kuasa tanah negeri berada dalam tangannya.Dan Adnan pastinya telah lama membongkarkan perkara ini bagi menjatuhkan Tuan Ibrahim melainkan tanah tersebut baru dijual minggu lepas!

Tuan Ibrahim walaubagaimanapun telah menjawab dakwaan jahat blog Umno tersebut hari ini. Berikut adalah jawapan Tuan Ibrahim:

Saya tidak bertanding," kata Tuan Ibrahim mengulas isu itu, "Kenapa serang saya...BN cuba mengalih isu sebenarnya," kata beliau.

"Saya sedang menimbangkan untuk saman atau tidak akhbar yang melaporkan berita ini dan juga orang yang membuat kenyataannya," kata Tuan Ibrahim. "Sepatutnya pihak yang membuat tuduhan kena siasat benarkan namanya Tuan Ibrahim atau Ibrahim sahaja," kata Tuan Ibrahim.

Beliau juga mencabar Menteri Besar Pahang itu mendedahkan berapakah jumlah tanah Felda yang telah diluluskan oleh beliau untuk dijualbeli.

Sebenarnya,isu ini sengaja diperbesarkan oleh media Umno setelah gagal menjawab pendedahan demi pendedahan Pas melalui ANAK yang membongkarkan penipuan Felda dalam Program Tanam Semula di bawah Felda Plantations dan Technoplants.

Oleh kerana mereka tidak mampu menjawab pendedahan tersebut,tindakan memburukkan kepimpinan Pas adalah jalan terakhir. Inilah sikap para bloggers Umno yang penuh dengan hasad dengki dan fitnah.



Satu trend yang diperhatikan setiap kali adanya pilihanraya kecil adalah begitu galaknya para penulis blog-blog Umno memfitnah sana-sini.Bak kata orang,tembak peluru kapur.Untung-untung orang percaya.Begitulah mereka.Fitnah zina,kahwin lari dan macam-macam lagi fitnah ditabur sana dan sini.Apa yang peliknya,fitnah itu juga akhirnya senyap begitu sahaja apabila selesai pilihanraya.

Di Tenang contohnya,fitnah terhadap kononnya Cikgu Mala pernah meninggalkan suami pertama dan meminta cerai akhirnya tidak mampu dijawab sehingga kini.Hal ini kerana ianya ternyata fitnah semata-mata.Jika para blogger Umno rasa mereka di pihak yang benar,dedahkanlah dahulu pelbagai tuduhan mereka termasuk dalam tuduhan zina terhadap Adun Selising,Perupok dan Cikgu Mala.

Dan kini,dalam pilihanraya kecil Kerdau,fitnah-fitnah di ruang blog Umno tidaklah sebegitu banyak.Mungkin didorong oleh kesuraman kempen dalam pilihanraya kali ini.Apapun,pusingan akhir dalam siri kempen di Kerdau ini menyaksikan sedikit kehangatan terutamanya terhadap modus operandi murahan Umno dalam menggangu siri ceramah Pas setiap malam.PRK Kerdau mencatat rekod apabila hampir kesemua para katak berkampung di sana diketuai oleh Ummi Hafilda.Rahimi Osman,Senatak Ezam,Zahid Mat Arip,Ibrahim Ali dibawa setiap malam berceramah bagi memburukkan PKR.Walhal,yang bertanding di Kerdau adalah Pas!

Malah,kemuncak kepada kehangatan PRK Kerdau adalah ceramah Anwar VS Ummi Hafilda di Rumpun Makmur menyaksikan pertembungan penyokong Pakatan Rakyat di markaz Pas,penyokong Umno di markaz Umno manakala para pengundi atas pagar yang mendengar di sepanjang jalan yang memisahkan ceramah Anwar-Ummi.Semalam pula,Umno cuba mengimbangi kempen Bob Lokman dan Pak Long (penyanyi Selagi Ada Rindu) dengan membawa Raja Gelek M.Daud Kilau untuk bergelek di pentas ceramah Umno.

Selain daripada perang ceramah,kem Umno makin hebat mengasak Pas di saat-saat akhir dengan menimbulkan fitnah baru terhadap Naib Presiden Pas,Ustaz Tuan Ibrahim yang juga Pengarah PRK Kerdau dengan dakwaan membeli tanah seorang peneroka secara haram.Beliau dituduh membeli tanah seorang peneroka di Jengka 13,Mahmud A.Rahman dengan harga RM80 Ribu menggunakan nama isterinya.

Perkara tersebut menjadi sensasi apabila dilaporkan oleh Utusan Malaysia dengan memetik satu wawancara dengan Menteri Besar Pahang,Adnan Yaakob.
(sumber : blog kamisokongpas|O|)

3 comments:

  1. Anonymous said...

    aku orang Felda Putri Malu. Satu kampung tau cerita TBTM beli tanah Blok 15 tu.Jangan nak kelentong laa, kan haram hukumnya....

  2. Anonymous said...

    anon12:00am... ko x yoh nk kencing kome la ngan kenyataan pedo'oah ko tuh... TBTM dh cabor kalu brani bagi la bukti... leverfool punye anon..!!!

  3. Anonymous said...

    tak habis habis nak menganiaya orang,ingatlah doa orang yang teraniaya tiada tabir atau batas disisi allah swt.waimma dia seorang kafir sekali pun.sesiapa saja penganiaya,pemfitanah berlaku zalim berserta pendusta dengan para subahatnya menyebar fitnah dari kalangan mana pun,kesemuanya akan berhadapan dengan hukum allahswt.allah tidak sesekali terancam dengan kedudokan/pangkat[piem,hakim,dll] kamu yang pasti allah tidak memungkiri janji.kami yang dianiaya, yang dizalimi dan yang difitnah tidak sebesar abok dilayang angin akan memberi kemaafan kepada sesiapa pun .kebenaran akan kami tuntut dimahkamah allah swt.

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |