N.28 : PANAS BERAPI - Catatan PANAS menjajah Felda (1)
Kesian aku tengok petugas fi sabilillah di Kerdau. Petugas PAS. Yang sakit, yang batuk mula meramai dilihat. Cuaca PRK Kerdau langsung tak sama dengan cuaca PRK Tenang. Di Tenang, siang malam dibadai air sampai yang menang PRK di Tenang jadi sakit jantung...nasib baik tak mati. Betul sangat orang kata, Temerloh adalah tempat paling panas di Malaysia. Dan Kerdau hanya 1/2 jam dari Temerloh. Siang punya la panas. Pemang panas sangat-sangat. Hingga gomo langsung tak boleh tinggal di sini. Kulitnya yang hitam juga tak mampu menyerap haba panas siang di Kerdau. Itu pasal tak keluar isu-isu skandals seks dan lucah oleh gomo di Kerdau. Nampaknya gomo gagal di Kerdau. Tiada isu bogelkan calon dapat dilakukannya. Dia tewas. Berita fitnah yang cuba dikarangnya, cair dibaham panas matahari di Kerdau sebelum sempat diterbitkan. Ikut aku, biar dia sekali cair sama, senang nak jirus terus ke longkang pekan koboi di belakang markaz PAS ni. Biar dia bercampur dengan air longkang babi, dan lendir ludah warga di Kerdau.
Hasrat aku berada di Felda tertunai sudah. Bergerak secara solo. Misi dan Visi digalas. Di Felda, siapa yang kenal aku? Dari siang sampai malam aku di Felda Jengka. Jengka 22, 23 dan 25. Kadang-kadang melusuri denai hijau pokok sawit yang luas di Felda beri ketenangan yang total. Macam kita lihat lambang bulan PAS. Hijau itu beri ketenangan. Menyejukkan mata. Bob Lokman juga selalu ulang kata macam itu. Cuma aura 'hijau'kan otak peneroka di Felda-Felda masih agak sukar ditembusi. Bukan kata, petugas PAS yang berkampung disana malas nak muntahkan ayat-ayat cintakan PAS, tidak..! Tetapi kerana ramainya Santai Klaus berbagai jantina berkeliaran di sana. Sekejap jumpa santa klaus pakai gincu dan berbuah dada. Sekejap pula terjumpa santa klaus terdedah betis dan berkaca mata. Macam-macam rupa santa klaus di situ. Termasuklah yang buncit, boroi dan bermisai.
'Kita tak payah kempen lah...! Buang masa jer..! Biar jer puak-puak (PAS) tu kempen. BN mesti menang besar. Nak apa lagi ? Semua yang kita(peneroka) mintak, Najib dah bagi..! ' itulah dialog yang aku dapat bila duduk-duduk jadi orang 'UMNO' di Felda. Sambil hembus rokok, dia ajak aku ke sarangnya. Dia bagi aku rokok, aku tolak..pasal aku bukan kaki rokok. Aku ikut saja. Maklumlah, aku kan 'UMNO' kat situ.
Lihat jam ditangan dah pukul 7.15 petang. Dah nak masuk Maghrib ni beb ! Tapi apa la beza maghrib di padang UMNO. Aku belasah saja, aku kan UMNO sekejap, hahaha..lagi pula aku musafir. Sampai di sarang, tu dia syiokk gila gedebe layan karaoke..siap joget bro! Terkedu aku. Pasang lagu kaw-kaw punya kuat..sedangkan UPU PAS seberang padang jer bro..! Syok pulak depa hala loud speaker tu ke kawasan PAS. Depa kata, nak buat apa nak kempen-kempen teruk macam puak nunn..., karaoke lagi bagus der..kita (BN) mesti menang...hahaha..! hayun karaoke senja2 bro. Melalak macam hantu. Calon sijil azhar tak sempat tazkirah ker puak2 ni, hoi maghrib tu ? Teruk betul UMNO nih..! Tak percaya tanya apa yg berlaku senja menjelang maghrib di tempat itu, lewat petang kelmarin.
Hebat Felda. Santa Kalus maharaja lela. Fixed Deposit BN sudah pasti layanannya tahap A. Hamper yang terkandut gula, tepung ,milo dan 2 tin susu sentiasa diarak trak UMNO untuk menghapuskan kemiskinan di Kerdau dan Felda. Hebat sungguh UMNO, mudah sungguh mereka mahu hapuskan kemiskinan di kalangan rakyat. Hanya dengan sebungkus hamper ! Kemiskinan dapat dihapuskan. Macam sial jer aku tengok.
bersambung..
March 2, 2011 at 10:13 AM
sama je mana mana felda pun.. aku anak seorang peneroka.. kesian nengokkan pemikiran diorang.. lagi lagi mak aku.. kena tipu ngan umno dari dulu dan selamanya.. aku doa semoga Allah berikan hidayah. amin
March 2, 2011 at 10:40 AM
Cara puak puak pas menulis bagai nak ghak menunjukkan sikap alim dan warak....dlm opis aku berlambak puak pas yg hipokrit...mereka ni sama jer dgn puak umno malah lebih terok dlm hal betina...mereka juga kaki karaoke, kaki GrO, kaki kuda , kaki nombor..mereka ini aktif dlm demo pas...aktif dlm blog...inilah hasil perjuangan pas....