PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

(12) Pre-Mortem - [UPDATE] Mat Sabu boleh sapu seat Timb. Presiden PAS, Aziz Bari rosakkannya !

Pre-mortem yang dikeluarkan oleh blog Perakite kelmarin, 'Abang Mat Timbalan Presiden PAS ?' mungkin ada betul dan kemungkinan untuk Mat Sabu merasa duduk di kerusi no.2 tertinggi di dalam PAS. Dibawah penulis petik semula tulisan beliau,

Walaupun jika diukur daripada segi pencalonan itu (Tuan Ibrahim bukan calon pilihan), tetapi beliau adalah antara calon popular kebelakangan ini. Mungkin ini disebabkan ada usaha untuk mengekalkan gandingan ulama bagi kerusi nombor satu dan dua.

Apapun (jika Abang Mat menang) ia tidak harus dilihat daripada sudut negatif kerana ia bersesuaian dengan dasar PAS untuk menjalinkan kepimpinan ulama dan profesional terus diperkukuhkan. Pola pengundian sudah pasti berubah. Meskipun sesetengah pihak beranggapan Tuan Ibrahim mempunyai kelebihan..., yang jelas ialah "it might happen" undian "in favour of ulama will split."

Ada juga kalangan anggota parti PAS yang mengingatkan bahawa sebahagian besar penyokong Abang Mat (selama ini menyokong beliau kerana membantah Nasharudin) dan penyokong Nasharudin sendiri akan berubah haluan kepada Tuan Ibrahim berasaskan keterampilannya.

Bagaimanapun Abang Mat ternyata mempunyai kelebihan tersendiri. Beliau adalah pemimpin rakyat.. pemimpin disenangi rakyat. Bukan sahaja disenangi rakyat bahkan disenangi di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat, kerana sikapnya yang banyak memperjuangkan hak rakyat dan pengalamannya yang telah jauh melalui jerih perih bersama rakyat.- Perakite

Namun hasrat Mat Sabu kembali kabur dan sukar bila ada seekor Prof. pula mengeluarkan kenyataan dibawah.

Kita kena sedar bahawa kelayakan 'ulama' ini tidak ada dalam perlembagaan PAS. Ia hanya timbul kerana pengaruh revolusi Iran pada tahun 1979 dan begitu kedengaran sebagai slogan untuk menjatuhkan Asri Haji Muda pada tahun 1982. Selepas itu slogan itu terus ditiup untuk menjadi retorik parti. Tetapi dalam keadaan politik yang sudah berubah dan PAS perlu merakyat dan membuka pintu kepada non-muslim, ulama tidak lagi penting. Malahan ia seperti menjadi liabiliti apabila mereka yang digelar ulama gagal menjalankan kerja," - Prof. Aziz Bari



Tahu dimana silap dan pincangnya kenyataan itu ? Pembaca boleh fikir sendiri. Bodoh !

Meletakkan perkataan ulamak di dalam PAS itu sebagai satu 'liabiliti' tidak kena langsung, seolah-olah menghina semua golongan ulamak dan agamawan di dalam PAS. Biarpun kenyataan itu mungkin hanya ditujukan kepada satu atau dua individu ulamak, tetapi tidak bolehkah dimurnikan perkataan 'liabiliti' itu kepada perkataan lain yang lebih baik ucapannya ?

Banyak perkataan yang boleh digunakan tanpa perlu menguris hati ulamak dan agamawan, seperti kehendak rakyat mahukan lahir golongan itu yang sifatnya lebih aggresif, progresif, proaktif bagi memperkasakan parti, tapi jangan pula dipromosikan ulamak itu sebagai 'liabiliti' kepada PAS !

Seorang calon Naib Presiden PAS yang turut bertanding juga memaklumkan peluang Mat Sabu untuk duduk di kerusi no.2 itu cerah berbanding Nasharuddin. Tetapi perlu diingat undi dari golongan yang dipanggil 'liabiliti' itu juga diperlukan oleh Mat Sabu.

3 comments:

  1. Hayat said...

    Profesor cuma cakap benda yang sama macam seminar Disember 2009 dulu, tak berubah pun.
    Liabiliti? Memang la, kita cuma ada 2 benda, aset atau liabiliti.
    Tak buat kerja, lembab, atau salah penghakiman (rujuk kes Khalid Samad digantung 6 bulan), memanglah BEBAN sebab BEBAL.
    Prof ni lagi lembut tak macam ABC (Abu Bakar Chik) yang tak sopan masa seminar Disember 2009 dulu.
    Sila rujuk blog lama Ustaz Zolkharnain Abidin (bekas ADUN Santan)

  2. Anonymous said...

    semua terpulang pada ahli PAS utk menilai...

    takkan la tak nampak lagi kemampuan PAS sekarang utk berdepan dgn UMNO..

    PAS kena igt PAS byk kehilngan kerusi kt UMNO...so, PAS kena barubah..lantik org yg boleh menambahkan sokongan..bukan yg membawa rebah....

    takbir..! Support Mat Sabu utk Timbalan Presiden...

  3. Anonymous said...

    Apa mat sabu tahu soal ekonomi...mat sabu bab maki hamun dan cerita dongeng utk meramaikan ceramah ok lah bagi kat dia...mat sabu bagai clown dlm pas...nanti satu dunia ketawakan pas kerana mempunyai pemimpin mat clown mcm indonesia yg memiliki Gus Dur....semoga mat sabu akan kalah....matsabu@ mat clown bukan calon sesuai utk pas menuju alaf baru....kesian kat pas ketandusan pemimpin ...

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |