PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

(22) Muktamar PAS - Dato' Tuan Ibrahim calon pilihan ?

“Saya ada pilihan sendiri, tapi saya tidak boleh beritahu sebab undi itu rahsia,” Kata Ketua Dewan Ulama PAS pusat Datuk Harun Taib (gambar), ketika ditanya sama ada Tuan Ibrahim adalah calon pilihan beliau untuk memenangi jawatan timbalan presiden,

Menjelang hari pengundian 5 Jun ini, sebagaimana disaksikan tahun-tahun lalu, soal kepimpinan ulama dan profesional kembali muncul dalam menentukan penyandang jawatan nombor dua parti komponen Pakatan Rakyat itu. Calon yang akan bertanding untuk jawatan nombor dua parti adalah penyandangnya Nasharudin Mat Isa, yang dicabar Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli jawatankuasa kerja Mohamad Sabu.

“Itu terpulang kepada perwakilan untuk buat keputusan dan pilih, siapa-siapa menang pun tiada masalah sebab mereka ahli PAS juga. “Tapi kalau perwakilan faham, tradisi kepimpinan ulama itu harus diteruskan... ikut amalan sesiapa pun boleh tapi amalan biasa adalah kepimpinan ulama walaupun dalam perlembagaan parti tiada syarat begitu,” kata Harun kepada media.



Idris, Husam dan Nizar diramal menang - pemerhati
PAS sedang bersedia menghadapi pemilihan pada Muktamar, sedang PKR dipimpin DSAI menjelajahi negeri ke negeri memperkemas dan menyusun strategi pilihan raya yang dihidu seakan diadakan pada Julai.

Pemerhati politik pula mengambil pendirian mudah dalam pemilihan kerusi Naib Presiden PAS. Semuanya berasaskan logik. Bagi mereka salah seorang daripada dua calon berlatar belakang pendidikan agama dalam senarai calon yang bertanding jawatan itu.. Ustaz Idris Ahmad atau Datuk Nik Amar Nik Abdullah akan terpilih.

Dato Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayob pula kini sedang dicongak jasabakti dan kerjabuat mereka sepanjang memegang jawatan Naib Presiden. Ada kerja dibuat atau sekadar impak buat bising di sana sini agar kendengaran sedang bekerja. Terserahlah pada perwakilan membuat ketentuan.

Pemerhati berkata Ustaz Idris Ahmad yang akan menang dalam persaingan untuk kouta calon agama itu. Bagaimanapun yang pasti ialah undi yang diterima setiap calon tak banyak beza kerana terpaksa berkongsi enam.

Setakat ini Datuk Husam Musa dan Datuk Nik Amar menerima kredit hayat daripada TGNA. Husam dijangka menang bersama Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin berdasarkan beberapa kriteria politik.

Husam yang telah bersama PAS sejak awal menamatkan pengajian ekonomi di Universiti Malaya pada 1983, dikatakan orang yang penting dalam membantu TG Nik Aziz di Kelantan dari segi perancangan ekomoni, kewangan dan pentadbiran selain pencetus idea bernas dalam menyumbang kepada pembangunan Kelantan.

Husam ternyata sangat komited dan harta parti yang sangat tahan diuji.

Datuk Seri Muhammad Nizar pula pemimpin 'popular' yang diterima semua termasuk bukan Islam, selaras dengan motto PAS for All. Beliau dilihat sebagai pemimpin yang berpengaruh di kalangan rakyat bukan Islam, meskipun nama beliau menjadi gah bermula 2008 apabila diangkat menjadi MB Perak. (sumber - perakite blog)

1 comments:

  1. Mohd Shubhi said...

    salam. Boleh tolong linkkan blog saya http://wartashubhi.blogspot.com/ pada blog tuan. terima kasih

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |