PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

(9) Pre-Mortem Muktamar 2011 - Syabas Dato' Tuan Ibrahim !

SYABAS buat Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man yang akhirnya bersetuju untuk bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PAS. Tidak sia-sia doa kami ! Alhamdulillah. 

Perkembangan terbaru ini, buat Mat Sabu berada dalam keadaan yang dilihat sukar, saya juga berharap kali ini biarlah Timbalan Presiden PAS mendapat undi yang tertinggi walaupun akan berlaku pertandingan tiga penjuru diantara Mat Sabu, Dato' Tuan Ibrahim dan Ustaz Nasharuddin.

Nanti komenter panjang wak malam ini ! Panas dan Berapi !!



Sokongan untuk Husam bagi jawatan Naib Presiden, Syabas !!
Exco Kerajaan Negeri Datuk Husam Musa mengumumkan kesediaan untuk menerima pencalonan bagi jawatan Naib Presiden PAS pada muktamar PAS awal Jun ini. 

“Atas perkembangan di dalam dan di luar parti, saya dengan penuh rasa rendah diri mengumumkan untuk menerima pencalonan bagi jawatan naib presiden. Kepada Allah saya bertawakkal. Bimbingan pimpinan dan ahli sangat saya harapkan kerana tanggungjawab dan tugas kepimpinan bagi parti Islam adalah berat,” demikian menurut kenyataan beliau.

Menurutnya, meskipun pada awalnya hanya merasakan bercadang bertanding untuk AJK Pusat sahaja, perkembangan mutakhir membuat beliau menimbang semula pendirian. Beliau berkata, memandangkan perkembangan terbaru pengumuman penyandang Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menawarkan diri untuk jawatan lebih tinggi, maka beliau terpaksa menimbangkan semula pendirian berpandukan pandangan kawasan.

Sementara itu, Mazlan Aliman menolak pencalonan bagi jawatan naib presiden, kecuali bertanding AJK Pusat sahaja. Setakat ini yang mengesahkan bertanding Naib Presiden ialah Idris Ahmad, dua penyandang Naib Presiden iaitu Salahuddin Ayob dan Datuk Mahfuz Omar.

Dua lagi nama yang dirasakan sedang membuat pertimbangan rapi bagi jawatan berkenaan ialah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan dan mantan Menteri Besar Perak Dato Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

3 comments:

  1. Anonymous said...

    Insyaallah Tuan Ibrahim Tuan Man akan menang.Takbirrr......

  2. Anonymous said...

    Insyaallah Tuan Ibrahim Tuan Man akan menang.Takbirrr......

  3. Anonymous said...

    Yang mengerakan revolusi di Mesir tunisia tu puak puak ustaz kah???.Betapa jahilnya orang PAS kalau lantik TITM

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |