PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Susupan lewat - Pengalaman pilu sukarelawan tragedi korban anak yatim !

"..kejadian runtuhan ini merupakan tragedi yang paling teruk dan menyayat hati sepanjang tahun ini. “Jika sebelum ini operasi menyelamat yang saya sertai melibatkan mangsa dari golongan orang dewasa, tetapi melihat nasib kanak-kanak ini dan melibatkan jumlah korban yang besar . . . ia satu perkara yang tidak dapat dilupakan.," - ahli bomba

“Menitis air mata apabila melihat mayat anak-anak ini bertindih antara satu sama lain,” kata anggota bomba Khairul Rizal Hassan. Beliau yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah, Kuala Lumpur, berkata, apa yang dilihat itu akan menjadi kenangan yang tidak boleh dilupakan sepanjang hidupnya.

“Saya memulakan operasi menyelamat bermula pada hari kejadian lagi, melihat mayat kanak-kanak ini membuatkan hati saya sebak. Apatah lagi ada mangsa yang cedera teruk akibat dihempap batu sehingga terpaksa dipotong kakinya,” katanya kepada Bernama di lokasi tanah runtuh di Felcra Semungkis, Hulu Langat hari ini.

Beliau berkata kejadian runtuhan ini merupakan tragedi yang paling teruk dan menyayat hati sepanjang tahun ini. “Jika sebelum ini operasi menyelamat yang saya sertai melibatkan mangsa dari golongan orang dewasa, tetapi melihat nasib kanak-kanak ini dan melibatkan jumlah korban yang besar . . . ia satu perkara yang tidak dapat dilupakan.

“Walaupun sedih ketika itu tetapi sebagai anggota penyelamat kita perlu bersikap profesional dan perlu menjalankan tugas sehingga selesai,” katanya yang telah bertugas sebagai anggota bomba selama 16 tahun.

Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Lumpur Dr Che Hassandi Abdullah berkata perasaan sedih mengenai tragedi itu menyelubungi jiwanya sehingga hari ini.

“Walaupun tugas menyelamat dipikul oleh anggota bomba, tetapi pasukan kami turut bekerjasama dengan mereka sejak hari pertama kejadian lagi.

“Sedih sangat apabila melihat kanak-kanak menjadi korban di depan mata kita sendiri dan kejadian itu tidak akan dapat saya lupakan sampai bila-bila,” katanya.

Sementara itu seorang pelakon, Tengku Sarina Tengku Muzani, atau lebih dikenali sebagai Kuna, berkata, tragedi yang menimpa anak-anak yatim itu telah membuka hatinya untuk datang dan melihat sendiri keadaan lokasi kejadian yang meragut 16 nyawa.

“Saya datang ke sini bersama rakan-rakan, saya bersimpati dengan keadaan mereka dan dengan itu saya juga datang untuk melawat anak-anak yang terselamat serta memberi sedikit sumbangan peribadi kepada mereka,” katanya yang turut berkunjung ke Lembah Azwen Resort yang merupakan tempat perlindungan sementara bagi 24 kanak-kanak yang terselamat. -TMI


1 comments:

  1. Putra IJ80 said...

    Tapi rasa nya tiada ada kejadian aneh yg.berlaku.

    Berbanding dgn kejadian Higland Tower yg.runtuh.

    Apabila kerje kerja menyalamat agak sukar di lakukan secara biasa.

    Maka kami di arah utk.membuat trowong bagi memudahkan mencari mangsa.

    Dgn kepakaran ,kami menebuk tanah secara mannual bagi mengelak kalau kalau ada mangsa yg.masih bole di selamatkan.

    Aneh nya apabila kami sudah menebuk hampir 5-6 meter ,kami terdengar teriakan orang seperti ,mengerang kesakitan,.

    Apabila di panggil, senyap,

    Kami teruskan lagi dan terdengar suara tangisan,yg.sangat jelas.

    Bila di panggil, bagi salam senyap sunyi.

    Akhir nya kami mencadangkan kerja kerja menebuk trowong itu di batalkan.

    Catatan dari rekod.

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |