PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Muktamar PAS (3) - Penyokong Mat Sabu kena telan pahit-pahit!

albanjari | -
Cakap-cakap sesama sahabat mengiyakan bahawa pemilihan kerusi Timbalan Presidenlah yang paling sengit. Malah banyak andaian sudah kelihatan senget menyebelahi team pro ulama. Pro-perubahan yang meletakkan Mat Sabu mungkin terpaksa akur jika Mat Sabu tewas untuk kali ke-2. Malam ini dan sebentar lagi ada pertemuan penting di Bangi, dan aku panggil itu sebagai 'deklarasi Bangi'.

Apapun kandungan dan agendanya, maaf aku tak upaya nak detailkan. Namun ia berkaitan soal pemilihan pemimpin esok. Wow ! Malam yang panas di Bangi. Seperti apa yang aku prediksikan pada artikel sebelum maghrib tadi, penyokong Mat Sabu kena telan pahit-pahit!

Nak kirakan kehendak aku, aku juga mahu lihat Mat Sabu duduk di kerusi itu. Takpa..bagi la dia peluang untuk 2 tahun. Kita 'test' !! Tengok apa yang dia boleh bagi ! Tapi..siapa aku ? Sekadar boleh berfatamorgana. Kerana aku tahu, cakap-cakap halus, dan kenyataan dari orang kuat Dewan Ulamak menjelaskan lagi 'selera' perwakilan. Bukan mudah nak tukar makan nasi kepada makan spageti hari-hari. Kecuali 'keajaiban' berlaku.

Baca catatan awal di SINI. Blogger MSO dalam artikelnya menjelaskan lagi 'selera' itu. Baca dibawah. Nak buat macamana, selera melayu tetap akan makan nasi hari-hari !



Tinta MSO | Mohd Sayuti Omar

Nasharudin Masih Belum Kalah?
"Mat Sabu Mengharapkan Berlaku Perpecahan Besar Undi Nasha dan Tuan Ibrahim Man, Tuan Ibrahim Mengharapkan Undi Husam dan Undi Nasha. Nasha Pula Mengharapkan Undinya Kekal".

KEMENANGAN Nik Abduh untuk jawatan timbalan Dewan Pemuda Pas sedikit sebanyak memberi gambaran apa yang berlaku dalam muktamar penuh esok, pemilihan pemimpin.

Walaupun kemenangan itu atau barisan kepimpinan Pemuda bukan menunjukkan mereka menyokong mana-mana calon namun selera di dalam pemilihan dewan itu boleh dijadikan gambaran kepada apa yang akan berlaku esok. Dalam hal ini nampaknya selera orang tua tidak jauh bezanya dengan selera anak muda.

Bahawa ada selera untuk 'mengulamakan' Pas nampak jelas. Berdasarkan itu bahawa tokoh yang bermirip kepada ulama atau agamawan berpeluang untuk menang. Dengan mengambil kira keadaan ini, bermakna Mohamad Sabu kini sudah ketinggalan di belakang.

Kata seorang penyokong Mat Sabu yang 'ralik' membaca blog saya, kedudukan Mat Sabu kini sudah tenat. Ibarat kata kalau digunakan jet tiga tan pun Mat Sabu sudah tidak boleh naik. "Sheikh pada ana Mat ni sudah teruk, kalau buh (bubuh) jet tiga tan pun dah tak naik dah?" begitulah katanya.

Saya tanya dia kenapa mudah berputus asa, Mat masih ada peluang. Beliau terus menjawab; "susah sheikh Husam pun sudah mainkan dia," katanya. Saya terkejut tidak faham kenapa Husam sudah mainkan Mat Sabu.

"Dulu kawasan dia calonkan Mat kemudian dia pula nampak seperti sokongan Tuan Ibrahim Tuan Man, dah berat dah Mat... buh jet tiga tan pun dah tak naik," katanya sambil ketawa bergereket, ket ket kettt.

Terkeduh juga saya dengan kata-kata penyokong Mat ini. Dia... saya kenali sejak awal mahukan Mat bertanding jawatan tinbalan ketua. Dia optimis Mat akan menang kalau berdepan satu lawan satu dengan Nasharudin kerana penyokong Husam akan menyokong Mat. Itulah sebenarnya formula mudah yang dihisabnya, mengatakan Mat akan menang mudah.

Namun apabila Tuan Ibrahim masuk senario berubah. Mat ditinggalkan menangis sendiri. Ini politik. Tetapi dalam masa sama pula nasib buruk yang menimpa Pas turut akan berjangkit kepada orang lain. Kalau penyokong Mat ingin membalas dendam mereka akan mengajar Husam pula yang bertanding jawatan Naib Presiden. Kini kedudukan atau harapan untuk menang bukan saja tidak ada kepada Mat tetapi Husam juga akan merasai demikian.

Bukan saja penyokong Mat itu yang melihat harapan Mat Sabu sudah menipis tetapi orang lain. Portal berita yang sebelum ini jelas berkempen untuk Mat nampaknya sudah mengalih arah dan kiblat memberi kepada Tuan Ibrahim. Ini ada petanda-petanda jelas bahawa Mat dalam suasana tenat sedang di bawa ke ICU.

Berbeza dengan Nasharudin walaupun diasak kuat oleh para penyokong atau orang yang mengharapkan Tuan Ibrahim boleh menjadi alternatif kepada Mat Sabu untuk bertempur dengannya, tetapi beliau steady sahaja. Nasharudin masih boleh tersenyum dan menerima apa yang dilakukan ke atasnya dengan tenang. Dia tidak nampak tertekan apa-apa. Bagi Nasharudin seolah-olah mengira kekalahan sudah dalam tangan, kemenangan merupakan bonus. Jadi dai tidak begitu give-up.

Asakan dan berbagai cara memperlecehkan beliau kini menjadi modal kepada beliau, bila mana sudah timbul simpati kepadanya. Walaupun mulanya beliau dirasakan perlu berundur, tetapi kerana silap langkah dan teknik, perasaan itu sudah bertukar menjadi simpati. Simpati ini berlaku bila mana timbul gerakan untuk menyingkirkan dengan cara tidak terhormat.

Misalnya pujukan atau tekanan mental dikenakan kepadanya agar berundur dan memberi laluan kepada Tuan Ibrahim. Pemerhati dan perwakilan mengira kenapa harus dilakukan begitu kepada. Kenapa perlu ditolak beliau (Nasharudin) pada saat akhir selepas beliau membuat keputusan untuk betanding. Jarang orang membuka semula kain kafan setelah ikatan dikemaskan di kepala dan di kaki.

Tindakan itu bertentangan semangat demokrasi. Semacam ada niat untuk memberi kemenangan percuma kepada Tuan Ibrahim. Kita persoalan kalau betul hendakkan Tuan Ibrahim kenapa tidak disyurakan? Tindakan atau usaha untuk mengangkat Tuan Ibrahim ini pada saya kurang bijak kerana ia memberi impak kepada dua calon selain Nasharudin ialah Mat Sabu.

Mat Sabu beriya untuk menentang Nasharudin selepas diberikan kibaran bendera hijau yang kemudian disentap diganti dengan bendera merah semula. Apa yang berlaku dan dilakukan ke atas Mat Sabu ini boleh menyebabkan Mat Sabu juga bertukar arah dan fikiran mengarah orangnya agar memberi kemenangan kepada calon lain yang dimaksudkan.

Pada perkiraan saya Nasharudin masih mampu mempertahankan kedudukannya. Jika diambil kira jumlah undi yang diperolehinya dalam muktamar dua tahun lepas, beliau masih mampu bertahan, Dalam muktamar dua tahun lalu beliau mendapat 480 undi mengalahkan Husam Musa yang mendapat 281 undi dan Mohamad Sabu 261.

Katakan undi dasar beliau itu merosot sampai 15 persen ini bermakna beliau masih ada undi asas sebanyak 408 undi. Katakan Tuan Ibrahim akan meraih kesemua undi yang diperolehi Husam 261 dan dicampur dengan undi Nasharudin yang merosot 15 pesen (72), ini bemakna tuan Ibrahim baru mendapat sebanyak 353 undi. Katakan undi Mat Sabu pula merosot sebanyak 10 peratus (26) undi dan undi itu pergi ke Tuan Ibrahim ini bermakna Tuan Ibrahim baru memperolehi 379 undi.

Kedudukan itu menyebabkan Nasharudin masih berada di hadapan dengan kelebihan sebanyak 29 undi.

Soalnya apakah kedudukan ini berlaku dan Nasharudin dapat mengekalkan undinya? Ada pendapat mengatakan undi yang diperolehi Nasharudin itu adalah undi golongan agama, di mana undi ini (480) akan terbelah dua apabila Tuan Ibrahim masuk 'menggantikan' Husam. Sekiranya berlaku pecah undi, semisalnya lebih 30 peratus undi asas Nasharudin lari kepada Tuan Ibrahim, menyebabkan kedudukan itu akan berubah di mana Tuan Ibrahim akan menang.

Perkembangan saat-saat akhir saja atau kalau ada sesuatu kejutan senario itu oleh berubah. Kalau suasana hari ini masih berterusan, Nasharudin dijangka akan dapat mengekalkan kedudukannya untuk penggal ke empat. Sementara kedudukan Mat Sabu pula akan terselamat sekiranya Tuhan menghendakkanya jadi begitu.

* NEXT Artikel dibawah akan menyusul sebentar lagi : 

Muktamar PAS (4) : PAS letak Ketua Penerangan PAS Pusat dari bukan melayu ?  
Muktamar PAS (5) : Kredibiliti calon bukan melayu islam serlahkan PAS For ALL 
Muktamar PAS (6) : Dato' Anuar Tan tarik diri, Drs. Khalil calon tunggal cina bertanding ! 

1 comments:

  1. puakPas said...

    Tiga orang calon ada dihadapan aku, salah seorang terpaksa aku pilih, dua lagi terpaksa aku tidak pilih.
    Ketiga-tiganya adalah pemimpin yang paling aku hormati, aku tidak mahu kehilangan salah seorang dari mereka dalam saf kepimpinan parti.
    Sebab itu aku berjanji bahawa pemilihan ini bukan untuk membuang mana-mana calon, bahkan untuk memilih calon yang terpilih daripada calon-calon pilihan.
    1- Tuan Ibrahim Tuan Man seorang yg agak baru dan kurang pengalaman dalam pentadbiran PAS, namun beliau memiliki keperibadian yang sesuai untuk untuk membimbing ahli PAS.
    Kurang ketegasan dan ideal untuk menggerakan parti merupakan kelemahannya.
    2- Abe Mat Sabu merupakan seorang aktivis parti yang boleh dipanggil seorang penglima PAS. Ceramah dan semangatnya sukar ditandingi, bahkan hubungan istimewa beliau dengan dunia luar parti PAS merupakan aset yang bernilai kepada Parti. Hubungan beliau dengan rakyat marhaen dan akar umbi parti sukar untuk ditandingi oleh kepimpinan parti yang lain.
    Namun seperti Tuan Ibrahim, beliau tidak mempunyai latarbelakang pertadbiran parti yang boleh dibanggakan.
    Kelemahan paling besar Abe Mat adalah mudah terdedah kepada fitnah musuh.
    3- Ust nasaruddin Mat Isa, Tim. Presiden PAS, seorang yang mempunyai pengalaman yang luas sebagai pentadbir dalam parti. Perwatakan agak slow dan banyak bertahan dalam menghadapi serangan musuh. Tidak mempunyai krisma untuk memimpin parti, walaupun mempunyai sokongan dari ahli parti.
    Kelemahan dan kewibawaan beliau jelas sejak kebelakangan ini, dimana beliau dikritik hebat mengenai kerajaan perpaduan(UG). Kelemahan dan kewibawaan dipertikaikan bukan benar atau tidak tuduhan tersebut, namum kerana kegagalan beliau menghadapi tuduhan secara berhemah dan menangani tuduhan tersebut secara pemimpin parti.

    3-2=1 lebih susah dari 3-0=3.

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |