PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Muktamar PAS (7) - Benarkah perwakilan diancam dilemma ?


Tiga orang calon ada di hadapan aku, salah seorang terpaksa aku pilih, dua lagi terpaksa aku tidak pilih. Ketiga-tiganya adalah pemimpin yang paling aku hormati, aku tidak mahu kehilangan salah seorang dari mereka dalam saf kepimpinan parti.

Sebab itu aku berjanji bahawa pemilihan ini bukan untuk membuang mana-mana calon, bahkan untuk memilih calon yang terpilih daripada calon-calon pilihan.

1- Tuan Ibrahim Tuan Man seorang yg agak baru dan kurang pengalaman dalam pentadbiran PAS, namun beliau memiliki keperibadian yang sesuai untuk untuk membimbing ahli PAS. Kurang ketegasan dan ideal untuk menggerakan parti merupakan kelemahannya.

2- Abe Mat Sabu merupakan seorang aktivis parti yang boleh dipanggil seorang penglima PAS. Ceramah dan semangatnya sukar ditandingi, bahkan hubungan istimewa beliau dengan dunia luar parti PAS merupakan aset yang bernilai kepada Parti. Hubungan beliau dengan rakyat marhaen dan akar umbi parti sukar untuk ditandingi oleh kepimpinan parti yang lain. Namun seperti Tuan Ibrahim, beliau tidak mempunyai latarbelakang pertadbiran parti yang boleh dibanggakan. Kelemahan paling besar Abe Mat adalah mudah terdedah kepada fitnah musuh.

3- Ust nasaruddin Mat Isa, Tim. Presiden PAS, seorang yang mempunyai pengalaman yang luas sebagai pentadbir dalam parti. Perwatakan agak slow dan banyak bertahan dalam menghadapi serangan musuh. Tidak mempunyai krisma untuk memimpin parti, walaupun mempunyai sokongan dari ahli parti. Kelemahan dan kewibawaan beliau jelas sejak kebelakangan ini, dimana beliau dikritik hebat mengenai kerajaan perpaduan(UG). Kelemahan dan kewibawaan dipertikaikan bukan benar atau tidak tuduhan tersebut, namum kerana kegagalan beliau menghadapi tuduhan secara berhemah dan menangani tuduhan tersebut secara pemimpin parti.  - (sumber dari pengkomen)


1 comments:

  1. puakPas said...

    Cerita ulamak tidak ulamak menghiasi kempen, ini jawapan aku :

    Ulamak? bila tiba muktamar, ada pula pemilihan, maka isu ulamak dikumandangkan, tiada modal lain ke?, selain dari modal tolol dan bahlol seperti ini?.
    Wahai manusia yang nak tipu melayu! tolong buka kitab kuning bernama "perlembagaan dan dasar-dasar PAS".
    Adakah tercatat apa yang dinamakan ulamak dan tidak ulamak dalam kepimpinan PAS?. Kalau tidak ada kenapa hendak melalak tak tentu pasal.
    Ini asas kepimpinan dalam PAS, tolong baca berulang kali, kalau tidak nampak pakai cermin mata "Kepimpinan PAS hanya wajib diserahkan kepada manusia yang bertaqwa dan mempunyai kepakaran untuk mentadbir dan menjaga parti dan ahlinya".
    Latar belakang pengajian dan sijil lulusan bukan tiket untuk dilantik sebagai kepimpinan PAS. Ini disebabkan PAS adalah Parti Islam seMalaysia, bukan persatuan ulamak seMalaysia.
    Bahkan takrif perkataan "ulamak" yang menganggotai dewan ulamak PAS masih samar dan kelabu asap. Biasanya bukan dikira nilai berasaskan latar belakang pengajian atau kelulusan, bahkan berdasarkan kopiah dan jubah yang dipakai (jgn marah aku juga ulamak).
    Kempen bentuk ini amat merbahaya kepada masa depan parti, sebab itu TGNA (aku doakan beliau dirahmati Allah) berulang kali memberi kefahaman kepada ahli PAS, bahawa PAS hanya layak dipimpin oleh manusia yang bertaqwa dan membunyai kepakaran untuk menjaga dan mentadbir parti. Namun geng yang nak menipu melayu terus menerus melakukan kerja yang tidak bertamaddun ini.
    Pernah berlaku bila Presiden PAS dilantik bukan dari ahli dewan ulamak, bahkan Yusof Rawa telah dilantik menjadi Mursyid am, sedang beliau bukan bernaung dibawah dewan ulamak.
    Yang paling mengkagumkan aku penyebaran PAS di Kelantan pada peringkat awal datang dari bukan seorang Ulamak, ini bermakna PAS datang dari bukan ulamak kemudian diperkuatkan oleh ulamak (baca Amaluddin Darus).
    Oleh itu marilah sama-sama kita bertanya dan menjawabnya, adakah Umar al-Khatab, Othman Affan dan Ali Karamallah berdasarkan mereka Ulamak?. bagaimana pula dengan Muwiyyah dan Umar bin abd.Aziz?. Kenapa pula as-Syafie dan Malik bin Anas tidak dilantik sebagai khalifah?.
    Cuba kita lihat sejarah semasa, adakah Ikhwan Muslimin sebuah gerakan Islam yang unggul? ya!. Adakah mursyid am al-Ikhwan dilantik berdasarkan kepada latar belakang pendidikan dan pengajian agama?.
    Sejarah mencatatkan bahawa tidak pernah seorang pun mursyid am ikhwan al-Muslimin seorang ulamak dari al-Azhar.
    Adakah Hasan al-Banna, kemudian Hasan al-Hudaibi, Mustafa Masyhur, Abu Nars dan Atif merupakan mereka yang lahir daripada latar belakang pendidikan agama?.
    Kenapa pula Hasan al-Baqari, Muhd Ghazali, al-Qaradhawi tidak dilantik sebagai mursyid am al-ikhwan?
    Mari kita melihat apa yang berlaku di Iran, Ahmad bin Najad dilantik menjadi presiden setelah mengalahkan Ayatullah Rasfanjani, apakah latar belakang pengajian Rasfanjani dan Ahmad bin Najad?.
    Kalau pimpinan PAS berkeras menyebarkan perpecahan dan pengasingan seperti ini, parti akan kehilangan segalanya. Namun ada positifnya, PAS akan jadi gerakan Islam pertama di dunia yang mensyaratkan "ulamak" untuk menjadi pimpinan parti .......
    Sebagai seorang ulamak aku akan menerajui kempen :
    "Tiada ulamak, tiada profesional, PAS untuk semua".
    "PAS FOR ALL".
    "PAS FOR ALL"
    "PAS FOR ALL"
    "PAS FOR ALL"

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |