Hassan Ali dan semangat 'nasionalisme melayu'nya !
SAYANG BANGGAT ! Itu kata orang banjar. Apa nak buat, " kerana samsu tekak terbakar ! ", dan kita tahu DHA 'semangat' Islamnya tinggi tapi kurang memahami fiqh politik...nak bawa Islam mesti penuh dengan hikmah dan strategi. Jika rasa sangsi, tanyalah pada " urang bahari " kerna mereka lebih lama makan 'garam' !
2. PAS memecat Dr. Hassan Ali bukan kerana DAP, bukan kerana soal Anwar, bukan juga kerana mengkritik apa yg kurang baik, tetapi disebabkan beliau telah membelakangi 'manhaj' dan disiplin parti, ini pokoknya...beliau telah beberapa kali membuat kenyataan TERBUKA yang mengkritik keputusan dan DASAR parti walaupun sudah diberi amaran dan teguran berkali-kali.
APA PUN, PAS tetap beri peluang untuk beliau membuat rayuan...kalau beliau ikhlas bersama jemaah, beliau akan kembali membuat rayuan..jika tidak?? duduk la hang dalam "summer camp" hang tu sampai tua !
3. Syeikh Qaradhawi, Muhd Al Ghazali, Syd Sabiq dan lain-lain juga pernah diambil tindakan oleh hizbi Ikhwan Muslimin..namun mereka menunjukkan keikhlasan dan kekal bersama pjuangan Islam hingga penghujung usia..Ketika Muhd Al Ghazali dipecat, Hasan Hudhaibi berkata:
"Kami memecat beliau bukan sebagai menafikan ilmu dan tawadhu'nya, tetapi kepentingan menjaga disiplin dalam kerja jamaah adalah diutamakan."
4. Barbalik persoalan pemecatan keahlian ini, PAS tak pernah gugurkan perjuangan Islam, tapi hanyalah strategi seperti mana strateginya Nabi SAW membawa Islam sehingga terpaksa gugurkan Kalimah 'Bismillah' dan 'Rasulullah' dlm Perjanjian Hudaibiyah..
5. Gugur kalimah bukan bererti gugur perjuangan, Gugur kalimah 'Islamic State' dan swing kepada 'Welfare State' hanya semata-mata strategi yang langsung tak bercanggah dengan Islam. Yang faham, fahamlah..yang tak faham tetap kekal dungu serupa umnuu.
6. Insyaallah, Majlis Syura Ulama' PAS dipenuhi ulama', tokoh-tokok agama dan orang-orang alim, mereka pastinya arif dan sudah melakukan 'istikharah' sebelum membuat keputusan..
7. Pada DR HASAN ALI, anda boleh meneruskan perjuangan dan cita-cita anda melalui badan NGO, luar daripada PAS, sebab PAS ada perlembagaan, PAS bukan milik individu, tapi jemaah, kena faham fiqh politik dan adab jemaah kalau nak sertai 'haraki' PAS, lepas itu kalau nak pakai RTM, TV3, Utusan Malaysia hari-hari pun tak mengapa !
Kesimpulannnya, Selamat berjuang diucapkan kepada Dr. Hassan Ali, dan kepada Harakah Islamiah (PAS) dan saf kepimpinannya, teruskan perjuangan memartabatkan islam di tanah Malaysia ini ! Dan Insyaallah, kami sekelian hamba Tuhan dan seluruh jamaah dalam parti akan kekal menyokong PAS selagi mana PAS memperjuangkan dasar agama ALLAH. ALLAHUAKBAR!! - Muhaimin Amin/FB
January 10, 2012 at 3:09 PM
umno kena nuntut ilmu nasionalisme dr Hassan Ali.Umno tak cukup kaw!!
January 11, 2012 at 3:53 AM
harap tuan dapat listkan blog saya http://yomamaparpu.blogspot.com/
January 11, 2012 at 10:21 PM
selamat tinggailah ahsang lu kalu mau lawang jipung waaa bolee sokong la tapi lu mau lawang sama PAS lu boleee jalang laaa.sana alaaa amnuuu lu boleee tanyaaaa la sama lia olang ok ha.