PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Hebatnya 'panglima melayu' vs. huduhnya 'pangludah' melayu mammu !

"Panglima Melayu" yang ghairah mahu meludah pada muka Adam Adli mungkin perlu menelaah kisah sejarah pada tahun 1968 ini, yang tercatat dalam buku berjudul Mahasiswa Menggugat, tulisan Muhammad Abu Bakar.

"Pada 21 haribulan, lebih kurang 500 orang Mahasiswa Universiti Malaya, selepas mengadakan majlis perjumpaan di hadapan 'Sudut Pidato' telah berarak menuju ke bangunan kedutaan Filipina di Kuala Lumpur. Apabila mendapati bahawa gate ke bangunan tersebut dikunci, mahasiswa-mahasiswa telah memecahnya dan memasuki kawasan kedutaan tersebut sambil menyanyi-nyanyi lagu 'Malaysia Berjaya' dan memekik-mekik mengutuk kerajaan Filipina. Bendera Filipina yang sedang berkibar pada masa itu telah ditarik dan tiangnya dipatahkan. Mahasiswa-mahasiswa telah bersorak-sorak mengutuk President Marcos dan menuduh beliau sebagai lanun yang ingin merampas Sabah - hak kepunyaan Malaysia."

Fahmi Reza, yang dikalungkan gelaran "pensyarah sejarah gerakan mahasiswa" tidak berhenti di situ. Beliau menceritakan apa yang berlaku seterusnya, di mana kumpulan mahasiwa ini berarak ke tempat kediaman Tengku Abdul Rahman, selepas lebih kurang satu jam di Kedutaan Filipina. "Perdana Menteri telah keluar dari rumah dan memberi ucapan memuji semangat yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar. Ucapan Tengku telah disambut dengan tepukan, dan pekikan mengutuk Marcos," petik Fahmi Reza yang membacakan kisah tersebut.

Lebih 150 orang yang hadir dalam forum berjudul "Adam Adli, Kebebasan Akademik & Kebangkitan Mahasiswa", semalam, menyambut ucapan Fahmi dengan tepukan dan gelak ketawa, apabila mengimbas bagaimana Adam Adli disifatkan oleh pimpinan dan media milikan UMNO sebagai bertindak "biadap", "tidak matang", "radikal", malah "ekstrem".

Turut hadir sebagai panelis adalah Adam Adli dan Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik, BEBAS Muhammad Safwan Anang. Forum anjuran Pemuda Dewan Perhimpunan Cina Selangor-KL di auditorim bangunannya itu dipengerusikan oleh Syukri Razab dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Aunty BERSIH, Anne Ooi, dan bekas aktivis siswa yang pertama menyaman kerajaan kerana AUKU, Soh Sook Hwa juga hadir untuk memberi sokongan.

Fahmi Reza menganalisa, serangan peribadi terhadap individu bernama Adam Adli bertujuan untuk mengalih pandangan dari isu sebenar, dan memperlekehkan seluruh perjuangan gerakan mahasiswa. Malah, menurut pengamatannya, berita dalam Utusan Malaysia ketika melaporkan insiden turun bendera ini, hanya menyebut sekali frasa "kebebasan akademik", meskipun itu tema kejadian pada hari itu - itupun kerana pertubuhan siswa yang terlibat bernama "Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik".

Fahmi menyifatkan perbuatan menurunkan bendera berwajah Najib sebagai "taktik yang kreatif untuk menarik perhatian", mengundang hadirin untuk merenung mengapa siswa ini tidak menggunakan "platform yang baik" sebagaimana yang dipersoalkan pihak yang membantah tindakan Adam.

Adam hadiahkan aksi turun bendera untuk siswa

Watak utama dalam insiden "turun bendera Najib", Adam Adli mengisahkan bagaimana bosannya siswa apabila perjuangan mereka tidak dilayan kerajaan, sebaliknya hanya Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Saifuddin Abdullah yang berjumpa dan menerima memorandum mahasiswa. Adam menganggap Najib selaku Perdana Menteri, perlu bertanggungjawab ke atas AUKU.

Ketika menjelaskan tindakannya pada 17 Disember 2011, Adam berkata, "Untuk mengibarkan sebuah panji perjuangan, kita perlukan sebatang tiang. Itu saja. Makanya, tiang yang paling sesuai ialah tiang yang dimiliki oleh orang yang kita sedang berlawan. Kita berlawan dengan Najib, berlawan dengan penguasa orang panggil, Perdana Menteri, itu tiang dia yang saya guna untuk naikkan academic freedom punya bendera, itu sahaja. Bendanya simple. Lima minit sahaja benda ni berlaku, tak ada pun berpijak-pijak, koyak-koyak, bakar dan sebagainya, itu bukan kerja saya."

Adam mengakui bahawa dirinya berpuas hati dengan aksi lima minit itu, sempat beliau tabik kepada panji perjuangan mahasiswa setelah dinaikkan. Malah, beliau mendakwa aksi itu dihadiahkan kepada mahasiswa, yang turut berpuas hati dan dinaikkan semangat kembali lantaran daripada perbuatan tersebut.

Adam yakin, orang yang mempunyai iltizam yang sama, akan buat benda yang sama jika diberi peluang sebegitu. Siswa berusia 22 tahun ini menafikan dirinya menerima arahan dari siapa-siapa, menyanggah tuduhan bahawa dirinya kuda tunggangan Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia. Beliau menegaskan, mahasiswa bersedia melawan hujah dengan hujah, dan bersedia jika agenda kebebasan akademik yang diperjuangkan mereka ditentang, tetapi bukan ditentang dengan sesuatu yang tidak masuk akal seperti label kuda tungganggan pembangkang dan sebagainya.

Sebelum ini, Safwan Anang menjelaskan dua pendirian asas BEBAS, yang ditubuhkan selepas Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengambil tindakan menggantung jawatan Profesor Abdul Aziz Bari, berikutan kenyataan pakar perlembagaan itu yang mengkritik penggunaan kuasa Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan gereja Methodist di Petaling Jaya.

Safwan menegaskan, ahli akademik sama ada di dalam atau di luar kuliah, mempunyai kebebasan untuk menyatakan pandangan, mempersoal, menguji sesuatu pandangan yang pada pandangan umum, ia bersifat kontroversi, atau bersifat tidak popular. Keduanya, institusi akademik tidak berhak untuk mengambil tindakan atau menghalang kebebasan akademik di kalangan kakitangan ataupun mahasiswa.

Sebelum bendera Najib diturunkan...

Safwan mengambil kesempatan untuk menceritakan apa yang telah dilakukan oleh BEBAS, sebelum aksi "penurunan bendera Najib" mengambil tempat. Mereka pernah mengadakan forum, mengundang mantan Perdana Menteri yang bertanggungjawab menggubal AUKU, Mahathir Mohamad untuk berdebat (namun undangan ditolak Mahathir), BEBAS pernah turun untuk berucap di speaker corner, mengadakan flashmob, roadshow dan sebagainya untuk menyampaikan mesej perjuangan kebebasan akademik.

Malah, BEBAS pernah menganjurkan forum, yang ingin mempertembungkan pandangan antara Zainal Kling dan Khoo Kay Kim dengan Abdul Aziz Bari dan Abu Hassan Hasbullah, namun berakhir dengan keengganan Zainal Kling dan Khoo Kay Kim menampilkan diri. Safwan tidak berpuas hati kerana suara BEBAS tidak diberi ruang dalam media arus perdana, sebaliknya apabila BEBAS menyediakan gelanggang untuk pertukaran pandangan, pihak yang mempertahankan AUKU enggan menampilkan diri. Keadaan yang sama berlaku, apabila Najib Razak selaku PM enggan berdebat dengan Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang, apabila BEBAS menyediakan pentas, malah siswa hanya ditemukan dengan wakil Pegawai Sulit kepada Perdana Menteri, apabila mereka tampil menyerah surat jemputan.

Safwan juga tidak berpuas hati apabila suara BEBAS yang mendesak pemansuhan AUKU tidak diendahkan kerajaan, sebaliknya diteruskan dengan perbincangan meja bulat "pindaan AUKU". Beliau berkata, tiada orang yang membawa agenda pinda AUKU, hanya pihak yang mendesak agar AUKU dimansuhkan, atau pihak yang mendesak agar AUKU dipertahankan.

Ketika menggulung ucapannya, Safwan berkata, "Mahasiswa berdiri atas ilmu. Apa yang meyakinkan kami semua berjuang sampai sekarang, kita punyai ilmu, kita punyai pengetahuan, kita baca sejarah."

"Saya nak simpulkan di sini dengan, takrifan sebuah universiti. Universiti adalah tempat berlakunya kebebasan mutlak. That is university. Dan realiti di Malaysia, terdapat banyak IPT, Institusi Pengajian Tinggi, tetapi tidak ada universiti. Atas faktor itulah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pun tidak relevan untuk diwujudkan di Malaysia."

"Kita bukan setakat tolak AUKU, kita bukan setakat tolak HEP (Bahagian Hal Ehwal Pelajar dalam universiti), kita juga tolak KPT," kata-katanya disambut dengan tepukan hadirin di bawah pentas.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Malaysia.

0 comments:

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |